"Akak buat apa tu?"
"Tengok ni... baru chemo 4kali rambut dah gugur." Nik Nufa melihat dirinya di dalam cermin. Dia memegang beberapa gumpal rambutnya yang gugur.
"Biasalah... itu kan kesan ubat kak. Abang Adam tak bawak akak keluar harini?" Ujar Nik Suhana membaca buku di katilnya.
"Dia cakap harini busy. Family matter. Lagipun dia kena tolong mama dia belikan hantaran tunang. Minggu depan kan dah nak tunang." Terang Nik Nufa. Nadanya masih merisaukan tentang keguguran rambutnya.
"Kalau macam tu... kita ajak ayah keluar nak? Ayah cutikan harini. Adik nak makan aiskrim." Cadang Nik Suhana teruja berlalu keluar dari bilik mencari ayahnya.
"Ayah, keluar jom. Adik nak makan aiskrim..."
"Hok aloh... aiskrim kedai bawah ada jual." Bantah Pakyah meneruskan senarai hantaran tunang.
"Alaaaa..." keluh Nik Suhana berjalan lemah ke biliknya.
"Bakpo?" Tanya Nik Nufa.
"Ayah busy jugak..."
"Nufa! Siap-siap. Kita keluar beli barang hantaran." Laung Pakyah dari luar.
Keluar? Tak aci! Tadi Su ajak ayah taknak keluar.
"Tercegat kat situ buat apa, tukarlah baju sekarang." Tegur Nik Nufa melihat adiknya mencebik.
🥀🥀🥀
"Adam! We need to talk." Ujar Dato Hazlan. Suara meninggi. Adam tidak sempat mengelak apatah lagi terlihat jengilan mata papanya yang besar.
"Mana Adam pergi tiap-tiap hujung minggu? Rest apa sampai off phone?!" Bentak Dato Hazlan.
"Pergi--pergi...."
"Adam ikut mama keluar beli hantaran!" Laung Datin Hawa sudah siap berbaju kurung. Barang kemasnya dibetulkan.
Yay! Mama memang penyelamat.
"Okay paaa, Adam got to go."
Budak bertuah. Orang tengah berbual dia lari macam tu pun. Hawa pun tak menyempat beli hantaran.
"Adam tahu tak Nufa suka apa?"
"Entah."
"Macam mana nak tunang kalau tak tahu pasangan suka apa? Hish budak-budak ni." Rungut Datin Hawa seorang diri.
Adam memandang kedepan fokus ke destinasi namun kepalanya bercelaru apatah lagi teringat kata-kata Dokter Sabrina tempoh hari.
"Saya cuma risau... if Nufa give up hmmm. Adam, awak penguat semangat Nufa. Always be with her?"
"Eh Adam! Dengar tak apa mama cakap tadi?" Tegur Datin Hawa menyentakkan Adam.
"Err ahh apa apa?"
"Mama cakap mama nak belikan hantaran jam, kasut untuk pakai kahwin nanti, handbag, lagi apa?" Omel Datin Hawa sendiri.
"Aaa aiskrim?!"
"Eh Adam! Aiskrim orang tak buat hantaranlah. Jangan kata hujung minggu ni, esok pun dah cair. Semua mama nak kena fikir." Rungut Datin Hawa memuncungkan mulutnya.
"Bukanlah. Maksudnya Adam teringin nak makan aiskrim."
Adam keluar dari keretanya hanya mengikuti Datin Hawa persis anak manja. Sesekali Adam menundukkan mukanya apabila digelakkan gadis sekeliling. Who cares Adam? She's your mum!
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...