"Bakpo termenung tu?" Tegur MekWan melihat anak sulungnya sedang termenung jauh di balkoni rumah. Wajahnya memperlihatkan sedang memikirkan sesuatu.
"Mama, kalau ada lelaki sukakan Nufa, maa bagi ke Nufa kahwin muda?" Tanya Nik Nufa teragak-agak. Hatinya mempunyai firasat bahawa semua yang terjadi siang tadi adalah angkara mamanya memandangkan Adam sedang dekat dengan mamanya. Kenapa tiba-tiba tanya pasal kahwin? Adam dah cakap sesuatu ke pada Nufa?
"Nufa dah ada calon ke? Siapa?" Tanya MekWan sengaja mahu bertanya lagi.
"Takde calon, kan Nufa tanya KALAU. Dah lah maa Nufa masuk tidur dulu." Ujar Nik Nufa meminta dirinya kerana merasakan dirinya sedang dijodohkan dengan lelaki bermata hijau itu.
Nak mengelak lah tu!
"Abe, Nufa tanya pasal kahwin tadi. Saya peliklah." Adu Mek Wan kepada suaminya. Lagipun dia harus tahu apa reaksi suaminya jika ada orang mahukan Nik Nufa menjadi isteri. PakYah yang sedang menyenaraikan keperluan meniaga untuk esok terus mendongakkan kepalanya memandang Mekwan pelik.
"Bakpo? Dia nak kahwin ke? Dengan siapa?!" Tanya PakYah suara mulai meninggi. Berderau darah Mekwan risau dimarahi suaminya.
"Taklah. Dia tanya jah. Saya peliklah. Kalau dia nak kahwin, misal kata ada yang nak memperisterikan Nufa, abe bagi ke Nufa kahwin muda?" Tanya Mek Wan serba salah. Apatah lagi apabila dia dapat merasakan Adam sudah benar-benar tertarik pada anak sulungnya.
Pak Yah memandang isterinya sekilas. Soalan isterinya benar-benar membuatkan Pak Yah berfikir sejenak.
"Kalau ada yang nakkan Nufa, abe tak kisah. Asalkan dia orang baik, dia mampu jaga anak kita." Ujar Pak Yah meneruskan pekerjaannya. Mekwan terus ke dapur tidak mahu menambah lagi kekusutan kepala suaminya yang sedang sibuk.
🥀
"Mama suka Nik Nufa tu. Agak-agak bila mama boleh hantar rombongan meminang untuk Nik Nufa?" Tanya Datin Hawa gembira. Dia yakin sebentar lagi dia akan mempunyai rakan memasak di dapur, seperti yang dia idamkan sejak kak Tia berpindah setelah berumahtangga.
Ishh mama ni. Berharap sangatlah. Macamlah Mek Wan dengan Pak Yah bagi aku kahwin dengan anak dia. Nak ke Nik Nufa dengan aku ni?
"Nantilah dulu mama, Adam bincang dengan orang tua dia, dengan dia dulu. Macam cepat sangat je nak meminang." Balas Adam nada bergetar. Dia tidak mahu jadi manusia yang biadap main petik je bunga di taman orang tanpa meminta izin.
"Kalau macam tu takpelah. Mama tunggu green light aje." Ujar Datin Hawa sedikit mengeluh.
Macam mana nak cakap dengan Mek Wan dan Pak Yah aku nakkan anak dia ni? Kalau aku kena reject macam mana?
"Mula, mula kau kena plan pikat hati bakal mertua kau dulu. Lepas dah win barulah boleh tawan anak dia pulak. Yes..." Omel Adam seorang diri berjalan berpeluk tubuh mundar mandir dalam biliknya.
Adam segera menerpa ke atas katil apabila bunyi telefonnya berdering. Alaa Azad, spoil je!
"Haa waalaikumussalam. Sorrylah tak bagitahu kau yang aku dah balik Malaysia."
"Yee takpe. Aku sedar aku siapa. Aku tak penting dalam hidup kau."
Merajuk pulak si Sheikh Azad ni. Dia ni bestfriend dunia akhirat aku yang paling ikhlas. Zaman sekarang ni susah nak jumpa lelaki macam dia. Lelaki melayu terakhir. Cuma yang menjadi masalah dia, dia tak pernah percaya cinta. Dia trauma sejak abang dia sakit kena tinggal masa hari akad nikah. Kesian...
"Sorrylah Azad. Aku terlupa. Eh esok jumpa jom, dekat restoren baru bukak area rumah aku. Ada banyak benda aku nak cerita. Penting! Datang tau!" Arah Adam nampaknya sudah tidak sabar mahu berkongsi cerita hangatnya dengan Azad. Pandangan Azad mungkin dapat membantunya.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...