"Ye abang nak makan apa?" Tanya Nik Suhana. Lelaki itu kelihatan pelik, siang hari buta pakai baju sweater tutup kepala. Dah kenapa?
"Bagi air kosong satu."
Air kosong je? Baik minum kat rumah bang oi!
"Makan?" Tanya Nik Suhana lagi sengaja menambah.
"Taknak." Balas lelaki itu kedengaran garau sekali. Nik Suhana terus masuk ke dalam untuk mengambil air sejuk namun wajahnya jelas memikirkan siapa lelaki itu. Kalau orang jahat? Ish!
"Stressnya muka? Kena ngorat eh dengan abang tu?" Usik Nik Nufa yang masuk ke tempat membuat air untuk mengisi air suam ke dalam botolnya.
"Mengorat apanya, tuh akak tengok dah tebiat ke lelaki tu panas-panas buta pakai sweater siap tutup kepala lagi. Jangan-jangan---"
"Jangan-jangan apa?"
"Nak sabotaj kedai kita tak? Mana tahu ada pesaing yang dengki. Kejap lagi mesti masuk bilik air, lalu dapur... lepastu dia lepaskan lipas kat dapur. Mana tahu kan," fikiran Nik Suhana sudah menerawang memikirkan drama di televisyen.
"Sinilah air tu akak hantar. Takde apelah, kalau dia buat perangai aku kan ada." Nik Nufa terus membawa air sejuk berjalan menuju ke meja hujung di seberang jalan. Memang benar kata Nik Suhana, lelaki itu memang aneh.
"Air encik,"
"Tambah air buah." Panggil lelaki itu sebelum sempat Nik Nufa kembali masuk ke dapur.
"Air buah apa tu? Ada buah kelapa, nenas, epal, laici, tembikai, oren---"
"Buah hati." Balasnya dalam nada mendatar.
Eh dia ni! Nak bergurau ke apa? Aku ni pesakit kanser hati tau, nak tahu hati aku ni rosak ke tidak cuba cari pasal tengok.
"Customer tengah ramai tau, kalau rasa nak order apa-apa baik cepat. Saya tengah sibuk ni." Tegas Nik Nufa sudah naik angin lagi-lagi menjadi tekanan apabila matanya terpandang pelanggan di meja lain belum dilayan. Melihat lelaki itu seperti tidak serius mahu menambaj pesanan, Nik Nufa segera mengangkat kaki untuk pergi ke meja lain namun langkahnya terbantut apabila terasa lengannya digenggam kuat.
"Eh lepaslah! Kau jangan buat hal kat kedai mak bapak aku. Nak makan minum buat cara nak makan minum!" Bentak Nik Nufa melepaskan pegangan tangan lelaki tadi dengan kasar.
"Wooo garangnya." Balas lelaki tadi nada bersahaja lantas membuka penutup kepalanya.
"Adam!" Jerit Nik Nufa memukul-mukul bahu lelaki itu. Tak guna kau Adam, terkejut aku. Mati-mati ingat orang jahat mana datang nak buat kecoh tadi.
"Dah, dah stop. Sakit-sakit. Ampun ampun!" Rayu Adam mengelak sebelum Nik Nufa terus menerus memukul lengannya.
"Kenapa balik awal? Patutnya awak balik esok kan?" Tanya Nik Nufa hairan. Angin takde ribut takde tahu tahu dah tercongok kat sini!
"Macam mana tak balik kalau dah kerja habis awal. Lagipun... ada yang rindu saya."
Mila lah tu yang rindu dia. Tapi, aku pun rindukan kau Adam.
"Hmm kalau nak makan masuk dalamlah. Duduk jauh-jauh buat apa. Saya banyak kerja." Ujar Nik Nufa terus meninggalkan lelaki itu. Kelihatan air mukanya sedikit berubah apabila terkenangkan Adam balik ke sini bukanlah untuk dia semata-mata tapi untuk Mila juga.
Adam tahu Nik Nufa bukanlah masuk ke dalam untuk meneruskan kerja sebaliknya menyembunyikan sesuatu sehingga tidak keluar dari bilik sejak tadi. Nik Nufa melabuhkan punggungnya di sisi katil teringatkan kata-kata Adam tadi. Ada yang rindu... sungguh wajahnya juga menggambarkan dia benar-benar gembira. Entah kenapa hati ni sakit sangat, mungkin betul kata Adam. Aku memang tak rela dan menentang diduakan.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...