Part 27

6.9K 413 19
                                    

Datin Hawa menolak Adam masuk ke dalam rumah dengan kasar sehingga tubuh lelaki itu terjatuh atas sofa. Adam tahu jiwa mamanya benar-benar terganggu sekarang apatah lagi setelah melihat anaknya membela perempuan daripada lelaki yang paling dia benci. Mila yakin kali ini Datin Hawa pasti akan memaksa Adam supaya segera bersatu dengannya. Dia menerpa ke arah Adam dengan niat ingin membantu namun pegangan tangan Mila dilepaskan dengan pantas.

"Mama nak Adam kahwin dengan Mila hujung bulan ni!"

"Tapi Adam tak kenal lansung calon pilihan mama tu, Adam taknak." Balas Adam membantah dalam nada lembut tidak mahu menambah lagi kemarahan mamanya.

"Apa masalahnya? Boleh kenal kan? Dulu pun Adam tak kenal jugak dengan perempuan tu, jangan nak melawan. Keputusan mama dah muktamad---"

"Awak tak berhak buat keputusan sendiri. Saya tak izinkan." Dato Hazlan mencelah dalam keributan dua beranak itu tadi untuk menyelamatkan masa depan anak lelakinya.

"Saya tetap nak Adam kahwin dengan Mila!"

Pap!

Datin Hawa memegang pipinya yang dirasakan panas. Nafasnya mulai tidak teratur menahan api kemarahan. Mila menjauhkan diri daripada tiga beranak itu untuk menyelamatkan diri lantas memakai kasutnya sebelum keluar dari rumah itu. Sungguh Adam tidak menyangka orang tuanya akan berbalah teruk sebegini.

"Saya ni suami awak, awak tinggikan suara dengan saya?!" Bentak Dato Hazlan wajahnya mulai merah kerana sangat marah. Datin Hawa masih memegang pipinya yang terasa sakit, mulutnya terkunci bagaikan berat tak mampu untuk melawan lagi.

"Saya bersabar dengan perangai awak dah cukup lama. Awak sibuk berdendam dengan bekas teman lelaki awak sampaikan awak tak kisah lansung perasaan saya. Saya ni siapa dalam hidup awak, Hawa?!" Suara Dato Hazlan yang tadinya sudah tenang kembali meninggi. Beg kerja yang dia pegang tadi dicampakkan ke lantai sebelum meninggalkan anak dan isterinya dibawah. Mata Datin Hawa yang tadinya berkaca kini berjurai air mata. Dia baru sedar ada hati yang terguris dengan pembawakan dendam yang masih bertapak dihatinya. Hawa berdosa abang...

                          🥀🥀🥀

"Kalau ayah nak marah, ayah marah Nufa sorang? Jangan marah adik." Nik Nufa merenung tepat ke mata Yahzid menganggap lelaki itu akan menghukum kedua mereka.

"Ayah tak marah anak-anak ayah..."

Nik Nufa dan Nik Suhana berpandangan sesama sendiri terkejut mendengar pengakuan ayahnya. Tak kena marah? Betul ke ni?

"Tapi kenapa? Nufa dah malukan ayah tadi. Nufa berhak kena tegur tak kira apa pun alasan ayah. Jangan-jangan ayah simpati dengan Nufa sebab sakit?" Teka Nik Nufa masih tidak faham ayahnya bersikap sedemikian malah menganggap penyakit yang dihidapinya adalah punca Yahzid kasihan sehingga tidak dapat membezakan yang mana salah dan benar.

"Ayah takkan marah kalau anak ayah tak buat salah. Apa yang jadi petang tadi bukanlah kesalahan Nufa dan Su. Orang yang datang serang kita, pijak maruah kita lagi, takkan kita nak diam? Kalau ayah kat tempat Nufa dan Su, ayah akan buat benda yang sama." Jelas Yahzid memegang tangan kedua anak perempuannya sebelum memeluk mereka dengan erat. Berair mata Nafisah melihat saat-saat begini berlaku didepan matanya. Sungguh indah.

Nik Nufa merasakan inilah hari yang paling membahagiakan dalam hidupnya setelah sekian lama ayahnya tidak memeluknya lagi. Kali terakhir dipeluk oleh ayah sewaktu dia berusia lima belas, itu pun kerana mendapat keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan menengah rendah. Yahzid tahu meskipun perwatakkannya agak tegas namun jauh disudut hatinya masih terselit rasa itu, rasa kasihnya terhadap kedua anak perempuan. Dia akui terkadang agak susah untuk dia tunjuk rasa sayang itu memandangkan anak-anaknya menganggap ayah mereka garang. Ayah sayang Nufa dan Su...

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now