Song - I Do , Melly Goeslow
Hari ini adalah hari paling besar buat Azad dan Isabella. Kedua mereka akan disatukan di kediaman mewah Isabella sendiri berwalikan Dato Erwin. Pada sebelah tengahari pula majlis sanding akan diadakan terus. Nik Nufa dan Adam turut serta menghadiri majlis akad nikah awal pagi lagi. Adam kelihatan mengantuk sekali pagi itu, barangkali kerana diajak menemani Azad semalaman yang mengadu gugup. Akad nikah je pun? Apelah.
"Menguap bukan main, macam ni kena balik lah tidur aje," usik Nik Nufa memerhatikan Adam beberapa kali menguap sebaik saja berhenti mematuhi lampu isyarat merah.
"Kalau saya balik, silap silap Azad boleh lari tau. Dah lah semalam mintak teman sakan suruh ajak berbual, nervous katanya. Huargh!" Sekali lagi Adam menutup mulutnya apabila menguap buat kesekian kalinya. Nik Nufa hanya tergelak kecil. Bagaimanalah agaknya rupa Isabella hari ini? Pasti cantik menawan. Gadis berdarah Rusia itu pastinya memukau siapa saja yang melihatnya.
Sekali lafaz saja, Elvarina Isabella sah bergelar isteri kepada Sheikh Azad. Kini Azad boleh menghembuskan nafas lega kerana segala ketakutannya sudah berakhir namun dia sedar tanggungjawabnya kini lebih besar. Dia harus mendidik Isabella menjadi muslimah yang sejati, dia mahu isterinya melangkah kesyurga bersama persis impian orang lain. Wajah Isabella yang mengenakan tudung bawal putih sudah semestinya memukau orang sekeliling. Ini kali pertama Azad melihat Isabella memakai tudung, sungguh hatinya terpukau. Cincin yang dihulurkan oleh ibu Azad disarung terus ke jari manis Isabella lantas mereka saling bersalaman. Nik Nufa menggeleng kepalanya melihat Adam cuba melelapkan matanya tatkala menunggu majlis sanding bermula sebentar lagi.
"Sayang... mengantuknya awak," tapak tangan Nik Nufa mengelus perlahan pipi dan telinga suaminya membuatkan Adam menggeliat kegelian. Belum sempat Nik Nufa mengalihkan tangannya Adam sudah menjadikan tangan Nik Nufa sebagai bantal. Selesanya...
Azad melihat pintu bilik yang disediakan untuknya terbuka sedikit. Isabella melangkah masuk perlahan ke dalam biliknya, hampir saja dia terkejut melihat suaminya sendiri baring di katil. Sungguh kekok. Isabella menanggalkan veil dan tudung yang dia pakai tadi sebelum melepaskan ikatan rambut ikalnya. Mata Azad masih leka memandang Isabella, atau lebih tepat seseorang yang sudah menjadi miliknya. Isabella mengangkat sebelah keningnya tanda aneh, pelik ke muka aku? Kenapa tengok macam tak puas hati?
Bermula pandang pertama
Terlihat kamu di depan mata
Terasa debar di dada
Menahan rasa bila kau ada
Kau buat ku terpaku sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu
Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi"Lagu apa tu?" Tanya Isabella nampaknya belum dapat menangkap rangkap lagu tersebut.
"Lagu jampi," balas Azad ringkas.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Nouvelles#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...