Part 25

9K 507 31
                                    

"Semalam balik lambat pergi jumpa anak dorang kan?!" Tanya Datin Hawa geram. Wajah Adam ditundukkan ke bawah, malas mahu bersuara. Dia sedar jika dia membuka mulut pasti mereka akan bergaduh.

"Harini Adam jangan pergi mana-mana. Mama dah aturkan perkenalan Adam dengan Mila, anak kawan mama." Tegas Datin Hawa mahu arahannya diikuti.

"Masa bila Adam kata Adam nak kenal dengan anak kawan mama?" Adam membuka mulut membantah arahan mamanya.

"Entah awak ni jangan nak pandai-pandai boleh? Syarikat perlukan Adam harini. Ada mesyuarat penting." Dato Hazlan mencelah mahu menyelamatkan Adam. Lagi pula dia sudah tahu perangai teruk Mila. Masakan anaknya mahu dikorbankan demi hubungan persahabatan isterinya. Adam berhak dapatkan kehidupan yang lebih baik.

"Awak jangan ingat saya tak tahu, syarikat perlukan Adam sampai pukul dua petang je. Lepas tu Adam free kan? Daripada dia pergi merayap entah jumpa anak dorang tu baik jumpa dengan Mila." Sindir Datin Hawa memeluk tubuhnya. Bibirnya dijongket sedikit tanda masih menyampah.

Dato Hazlan mengangguk menyuruh Adam setuju. Adam terpaksa bersetuju memandangkan dia percaya papanya mempunyai rancangan yang lebih baik untuknya.

"Okay, Adam balik." Balas Adam sebelum keluar bersama Dato Hazlan.

Haa macam ni kan senang kerja aku. Bolehlah aku bawak Mila pergi huru harakan kedai dorang. Tunggu kau Yahzid!

"Macam mana ni papa? Makin tak tenang Adam memikirkan mama, nak dilawan dia mulalah sakit. Takkan Adam nak ikut kehendak mama selalu? Habis kalau mama suruh Adam kahwin dengan anak kawan dia?" Tanya Adam sedikit bermasam muka. Sungguh dia tidak tahan kalau terpaksa mengikuti apa saja kata mamanya.

"Mama setuju, papa? Papa tak setuju anak papa dilepaskan pada perempuan macam Mila. Papa tahu kegiatan anak kawan mama tapi... papa tak sanggup nak burukkan depan mama. Adam takkan kahwin dengan perempuan macam tu." Tegas Dato Hazlan tegas dengan pendiriannya. Adam menghela nafasnya risau. Kepalanya semakin serabut. Mahu saja dia bawa Nik Nufa lari dan hidup berdua jauh daripada kekusutan ini!

                        🥀🥀🥀

"Tak boleh ke kami rawat anak kami di rumah? Rasanya sudah seminggu anak kami terlantar disini." Pinta Yahzid memujuk Doktor Sabrina.

"Boleh tapi macam mana proses chemo? Rasanya agak menyusahkan pakcik kalau terpaksa datang dua tiga kali seminggu. Lebih baik Nik Nufa tetap disin, sekurangnya ada jururawat yang sentiasa memantau keadaannya setiap hari." Jelas Doktor Sabrina masih tidak mahu menanggung risiko membenarkan Nik Nufa pulang ke rumah.

"Saya rela bawak dia datang sini selalu, tolong benarkan anak saya balik?" Rayu Yahzid lagi.

"Kalau macam tu baiklah... saya akan buatkan surat. Petang nanti Nufa dah boleh keluar."

Yahzid menarik nafas lega. Dia tahu Nik Nufa sudah bosan berbaring saja di atas katil. Anaknya amat memerlukan aktiviti yang mampu mencergaskan tubuhnya kembali. Buktinya selepas disahkan sakit, dia aktif di restoren saja tanpa mengadu sebarang kesakitan. Dengan cara ini juga Nik Nufa sentiasa berada dekat dengannya. Dia tidak mahu Adam mendekati Nik Nufa lagi.

"Kak... macam mana abang Adam nak jumpa kalau akak balik?" Bisik Nik Suhana apabila ayahnya termenung memikirkan sesuatu.

"Akak tak tahu... kau kena bagitahu Adam. Nanti kita fikirkan caranya. Ye?" Arah Nik Nufa segera menolak lengan adiknya apabila Yahzid mendekati mereka.

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now