"Apa ni mama? Kenapa tiba-tiba je balik?" Rungut Adam mahukan penjelasan sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah.
"Saya malu tahu tak awak tinggalkan majlis anak kita macam tu je, macam orang kurang adab!" Marah Dato Hazlan merasakan maruahnya dipijak-pijak kerana terlalu ikutkan perangai isterinya tadi. Seharusnya dia biar saja isterinya mengamuk sendiri.
"Awak dengan Adam boleh diam tak? Saya lagi malu nak berbesan dengan orang macam tu! Adam, from now on berhenti jumpa Nik Nufa. Mama boleh carikan jodoh yang lagi elok daripada anak dorang tu!" Tegas Datin Hawa berdepan dengan Adam. Pening kepala Adam memikirkan perkara apa yang mengubah perangai mamanya menjadi sebegitu dingin.
"No, taknak. Taknak!" Jerit Adam berlari masuk biliknya meninggalkan perbincangan mereka. Tindakan mamanya benar-benar tidak masuk akal. Hantu apa yang merasuk mamanya sehingga hubungan mereka dipaksa putus.
Dato Hazlan juga meninggalkan Datin Hawa yang masih bercekak pinggang tidak tahu apa lagi yang mahu dimarahkan pada isterinya. Dia merasa kasihan dengan keluarga Nik Nufa dihina seperti itu tadi. Andai saja dia boleh berpatah balik ke rumah mereka untuk meminta maaf diatas sikap isterinya tadi namun dia sedar semua itu akan memburukkan lagi keadaan apabila isterinya lebih melenting nanti. Adam melemparkan pasu bunga disisi katilnya tepat ke pintu sebaik saja menghempas pintu biliknya tadi tanda protes. Jeritannya sengaja dikuatkan untuk melepaskan rasa geram.
🥀🥀🥀
"Dokter macam mana?" Serbu Yahzid dan Nafisah ke arah Dokter Sabrina.
"Nufa okay cuma--- dia terkejut sikit. Buat masa ni kita jangan ganggu dia dulu. Bagi dia masa untuk berehat." Pesan Dokter Sabrina masih tersenyum tidak mahu keluarga itu susah itu.
"Er--- dokter boleh saya cakap sikit?" Nafisah menarik tangan Dokter Sabrina ke tepi dinding. Nik Suhana sengaja memasang telinga mendengar perbualan mamanya.
"Tapi kenapa kak? Bukan ke Adam tu---" tanya Dokter Sabrina aneh.
"Saya tak boleh nak cerita, yang penting jangan benarkan Adam berjumpa dengan Nufa. Tolong ye? Demi saya, demi kesihatan anak saya." Pinta Nafisah merayu. Dokter Sabrina hanya mengangguk menghormati permintaan Nafisah. Dia harus menjaga privasi keluarga itu meskipun Adam juga orang yang sangat dia kenali.
Abang Adam tak boleh jumpa dengan akak? Tapi kenapa?
Dalam amukannya yang semakin menjadi-jadi, Adam kembali duduk di katil kerana merasa letih. Rambutnya diusap ke belakang bersama satu keluhan berat. Dalam kekusutan biliknya yang bersepah teruk tadi, Adam mencari telefon untuk menghubungi Nik Nufa. Mungkin tunangnya tahu apa yang baru berlaku sebentar tadi. Sekurangnya dia mesti tahu kenapa mama mahu memutuskan hubungan mereka.
"Hello?"
"Kak Nufa ada kat hospital. Dia terkejut tapi abang jangan risau keadaan dia dah okay. Cuma belum sedar."
"Abang Adam datang sana sekarang." Ujar Adam sudah agak perangai mamanya tadi pasti mempengaruhi kesihatan Nik Nufa.
""Jangan! Mama dah larang abang Adam datang sini. Semua staf dengan Dokter dah dapat makluman. Abang tunggu je, apa-apa Su bagitahu abang." Bisik Nik Suhana dalam pada masa yang sama matanya memerhatikan mamanya takut tertangkap pula.
Adam melepaskan keluhan sekali lagi tanda kepalanya benar-benar berserabut. Lepas satu masalah belum selesai, timbul pula masalah lain. Hatinya meronta-ronta ingin terus berada dekat dengan Nik Nufa tapi apakan daya, Mekwan pula yang bersikap dingin seperti mama. Sebenarnya ada apa diantara mama dan Mekwan? Kenapa mereka bersikap sama sebegini?
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...