Part 7

14.7K 988 31
                                    

"Kak, kenapa Abang Adam tak datang harini? Sepatutnya ini hari kelapan dia ushar akak." Tegur Nik Suhana menolong kakaknya memberi ikan dalam akuarium itu makan.

Hmm pelik jugak. Cepat betul dia putus asa. Typical lelaki masa nak je bersungguh, dah kena marah terus mengalah. Mesti tak berani datang lagi. Eleh!

"Biarlah dia. Kau sibuk kenapa?" Balas Nik Nufa tidak mahu fikir lagi. Sesekali Mek Wan memerhatikan pintu masuk depan mengharapkan kedatangan Adam seperti hari-hari sebelumnya. Mek Wan tahu Adam pasti terluka disebabkan sikap anaknya kelmarin.

"Maaa kenapa sedih je ni?" Nik Suhana memeluk bahu mamanya yang kelihatan muram.

"Mama risau... selalunya masa-masa macam ni, Adam dah datang. Mama kesian kat dia." Luah Mek Wan kecewa persis dengan apa yang dirasakan oleh dia sendiri.

"Maaa kan ada nombo Abang Adam, apa kata--- mama telefon je?" Cadang Nik Suhana setelah berfikir sejenak. Mek Wan segera mengeluarkan telefonnya mencari nombor Adam. Sekurangnya dia mesti meminta maaf pada Adam kerana sikap Nik Nufa semalam.

                        🥀. 🥀. 🥀

"Adam, bukaklah pintu ni..." Suara Datin Hawa memecah kesunyian rumah itu sekali lagi apabila tibanya hari siang. Datin Hawa segera turun ke tingkat bawah untuk memaklumkan pada suaminya.

"Sudahlah tu. Jangan kacau Adam. Biarkan dia berehat, harini kan cuti." Balas Dato Hazlan positif.

"Abang tak risau ke?! Adam tak keluar bilik dari petang semalam. Saya risau tahu tak?!" Marah Datin Hawa mula menangis geram dengan sikap suaminya seperti tak kisah saja dengan anak sendiri.

Dato Hazlan akui apa yang diperkatakan oleh isterinya ada benarnya. Dia segera menyelongkar laci mencari kunci lain bilik Adam kerana dihuni perasaan risau. Selalunya Adam tak mengurung diri sebegini lama di bilik, paling kurang malam semalam patutnya Adam keluar makan malam tapi lansung tak keluar.

"Adam!" Datin Hawa menerpa ke arah Adam apabila pintu bilik itu berjaya dibuka. Muka Adam yang pucat disentuh berulangkali diikuti dengan Dato Hazlan.

"Adam--- demam ni. Jom kita bawak dia bawak pergi hospital!" Arah Dato Hazlan mahu membantu anaknya bangun namun tangan papanya dilepaskan perlahan.

"Taknak paa... Adam nak tidur." Tegur Adam perlahan. Batuk menyusuli setiap tuturnya.

"Adam pleaselah, kita pergi hospital ye? Mama risau. Panas sangat badan Adam ni." Ujar Datin Hawa tidak mempedulikan bantahan anaknya.

Adam masih berdegil. Selimut putih ditariknya menutupi muka tanda tidak mahu diganggu. Dato Hazlan menarik langsir menutupi cahaya yang masuk supaya Adam boleh berehat dengan tenang. Datin Hawa masih berdegil memujuk Adam ke hospital juga. Degil dibalas degil. Tak akan jadi apa.

"Sudahlah Hawa... daripada awak pujuk dia yang sememangnya taknak, baik awak turun masakkan bubur. Jangan lupa ubat sekali." Arah Dato Hazlan memeriksa suhu badan Adam.

Bunyi telefon Adam berdering di bawah menyebabkan Datin Hawa segera berlari lantas mengangkatnya.

"Siapa bercakap ye ni?"

"Saya Hawa, mama Adam. Boleh saya tahu siapa di sana?"

"Saya Mek Wan, mama Nik Nufa. Adam mana ye puan?"

"Adam----- demam panas. Boleh saya pesan bubur ayam untuk Adam? Kalau boleh... Nik Nufa yang hantar." Pesan Datin Hawa. Dia serba salah mahu menyuruh Nik Nufa datang ke sini namun siapa tahu keberadaan gadis itu disini mampu memujuk Adam ke hospital.

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now