(Song - Cinta Bukan Mainan, Mirwana & Muhasabah Cinta, EdCoustic)
Tidur Adam dikejutkan dengan bacaan ayat Alquran yang indah dialunkan oleh suara isterinya, Nik Nufa. Dia akui dia sangat bersyukur dikurniakan seorang isteri yang begitu menjaga solat dan rajin membaca Alquran. Kadangkala dia sendiri rasa tercabar melihat kegigihan Nik Nufa menghabiskan begitu banyak helaian Alquran dalam sehari sedangkan dia sendiri jarang-jarang memegang Alquran. Terasa malu dengan isterinya...
"Sayang solat tahajjud ya?" Tegur Adam yang menarik selimut lantas duduk di hujung katil. Wajah Nik Nufa ditenungnya sambil tangannya mengenyeh mata.
"Solat taubat,"
"Solat taubat? Kenapa solat taubat? Selalu orang solat tahajjud kan pukul tiga empat pagi?" Tanya Adam pelik. Selalunya Nik Nufa hanya solat tahajjud dan terus membuka Alquran.
"Saja. Solat taubat selalu kan bagus, mati kan tak tahu bila. Haa alang alang Adam dah terjaga ni baik pergi wudhu, kita baca Alquran sama. Awak dah lama tak baca kan?" Cadang Nik Nufa baru teringat mahu memperdengarkan suara Adam membaca Alquran. Tidak banyak yang harus dibetulkan kerana suaminya sudah semakin lancar, tidak seperti dahulu lagi. Adam bingkas bangun dan mengikuti saja apa yang disarankan oleh Nik Nufa memandangkan dia sendiri sudah terjaga.
Selesai membaca Alquran bergilir-gilir, Nik Nufa turun ke bawah menyediakan sarapan buat seisi rumah seperti kebiasaannya. Hampir saja mahu tercabut jantungnya apabila terlihat seseorang tidur di ruang tamu dalam kegelapan. Sangkaannya pencuri mana tadi rupanya Abang Raz, kelihatannya Abang Raz baru saja melelapkan matanya. Sekali lagi Nik Nufa terkejut kerana disergah oleh Kak Tia yang entah dari mana muncul mahu mengambil air suam untuk diminumnnya. Menurut Kak Tia, suaminya baru saja tidur kerana asyik mencari inspirasi mahu mengubahsuai bilik tidur untuk bakal anak mereka nanti. Nik Nufa tersenyum ikut bahagia mendengar curhat Kak Tia. Nampaknya Abang Raz sudah tidak sabar mahu membuat persiapan demi menyambut anak mereka nanti.
Kalau lah aku mengandung... mesti Adam pun macam Abang Raz. Kesian Adam, setiap doanya pasti tak lupa menyelitkan moga dikurniakan anak...
"My seventy-seven roses..." tutur Nik Nufa mencium bunga ros sebelum disusun kemas dalam pasu kaca yang sudah padat.
"Rajinnya isteri Adam kira koleksi bunga dia, bunga yang nampak nak layu tu buang je sayang nanti Adam ganti lagi." Arah Adam duduk mengadap komputer ribanya di luar balkoni menyiapkan tugasan. Nik Nufa berjalan dan duduk berhadapan dengan Adam.
"Bunga layu tu buang? Sama juga dengan Nufa, kalau Nufa dah tak ada... Adam tolong cari pengganti? Yang seindah red and white roses tu." Adam menutup komputer riba yang dia tenung semenjak beberapa jam tadi. Wajah isterinya dipandang dengan penuh rasa marah sebelum berlalu pergi masuk ke dalam.
"Nufa salah cakap? Nufa minta ampun Adam... jangan marah saya please, Nufa merayu..." Nik Nufa membenamkan dahinya atas tangan Adam lantas diciumnya berulangkali untuk memohon maaf. Dia tidak mahu Adam memarahinya apatah lagi sampai terasa hati.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...