Part 6

15.1K 984 35
                                    

Day 3

Melihat ketiadaan Nik Nufa, Adam bercadang mahu menitipkan kotak coklat itu atas meja saja namun sebelum sempat dia beredar hatinya berdebar dapat merasakan gadis yang dia sukai ada disitu.

"Coklat atas meja tu untuk awak." Adam menunjukkan coklat yang dia letakkan atas meja cashier itu sebelum masuk ke kereta. Matanya belum melepaskan melihat Nik Nufa yang menghampiri coklat tadi. Kad yang dia selitkan Nik Nufa simpan dalam laci.

Yes!

Ingat aku ni budak-budak ke nak umpan dengan benda alah ni? Kalau habis sekotak ni, mahu rongak gigi aku.  Elok bagi si Su tu biar jadi rongak!

Day 4

"Apa ni?" Tanya Nik Nufa menghampiri kotak sederhana besar yang Adam letakkan betul-betul atas meja depannya.

"Novel. Saya belikan untuk awak. Bacalah kalau awak free nanti. Menurut kajian, orang perempuan suka membaca tapi lebih kepada novel. Kan?" Teka Adam tersenyum seperti biasa mulai meninggalkan kedai itu. Tangan Nik Nufa terasa gatal mahu membuka reben yang diikat kemas pada kotak itu.

Banyaklah kau punya kajian. Ingat aku tak ada benda lain nak buat selain membaca benda alah tebal ni? Cukuplah masa belajar baca buku nota. Dah habis belajar, so settlelah. Malas aku nak tengok karangan lagi. Kalau novel seram aku terimalah, ini novel cinta? Kemonlah!

Day 6

"Aduh! Siapa pulak letak kotak hadiah berbelon kat sini! Semaklah." Rungut Nik Nufa naik darah apabila kerjanya mahu mengelap meja terhalang. Elok buang ni menyemak je!

"Eh awak! Jangan buang. Itu dari saya. Nanti awak bukak sendirilah." Adam tidak mahu meneruskan lagi takut terlepas cakap pula.

Dia hilang dari pandangan Nik Nufa setelah selesai tugasnya hari ini.

Sweatshirt? Pandai pulak pilih warna hitam. Jenama NIKE pulak. Takpe, baju ni aku ambik. Belon ni aku gantung depan kedai buat tayang!

Petang itu selepas habis waktu kerja, Adam bercadang mahu singgah di kedai Nik Nufa untuk membasahkan tekaknya yang sedia kering. Nasibnya baik apabila bayang Nik Nufa tidak kelihatan. Ini masanya untuk korek rahsia!

"Su, boleh abang tahu akak tu macam mana ye? Maksud abang, dia suka apa?" Tanya Adam setelah selesai Nik Suhana mengambil pesanan.

"Akak ni--- dia complicated sangat. Dia tak suka perkara yang berlebihan, contohnya dress up macam perempuan-perempuan sangat. Dia santai je." Terang Nik Suhana menerangkan ciri-ciri kakaknya terperinci.

"Okay last nak tanya, saiz kaki akak berapa?" Tanya Adam ingin tahu sebelum meneruskan rancangan seterusnya.

Nik Suhana berfikir sejenak cuba mengingati saiz kasut kakaknya. Rasanya sama je dengan saiz kaki dia.

"Tak silap Su--- saiz 38. Haaa betul lah." Jawab Nik Suhana yakin.

"Okay thanks Su!"

"Eh kejap! Abang Adam belum tahu kan apa yang akak tak suka?" Tegur Nik Suhana berpatah balik.

"Apa dia Su?" Ini part paling penting. Kalau tersilap langkah mahu merana aku!

"Akak paling benci warna oren. Jangan pernah ajak dia pergi tempat yang ada warna oren. Jangan belikan apa-apa barang atau makanan yang ada warna oren. Akak paling tak suka orang ushar dia bersyair bagai, ala-ala mendayu-dayu. Dia benci. Haa paling penting, jangan pernah sentuh barang peribadi dia. Dalam erti kata lain, semualah yang dia punya terutama handphone dia jangan sesekali sentuh atau check. Dia anti betul." Jelas Nik Suhana ingat-ingat lupa. Nampaknya segala info penting sudah diberitahu kepada Adam.

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now