(Muzik - I Do, Melly Goeslow & Rama)
Adam membuka matanya perlahan sebaik saja terasa cahaya luar menerpa tepat ke wajahnya. Tangannya meraba bahagian kanan katil bagaikan mencari sesuatu, Nik Nufa. Dia kembali tersengih malu saat baru teringat Nik Nufa sudah semalaman menginap di rumah keluarga mertuanya. Katanya terlalu rindukan ayah, mama dan Nik Suhana. Lagi pula kesihatan isterinya tidak lagi membimbangkan dan kelihatan sudah sangat cergas. Setiap hujung minggu ada saja rancangan Nik Nufa dan Isabella, macam belangkas berkepit sehinggakan Azad mengadu tiada masa untuk keluar berdating dengan bakal tunangnya.
"Nak kemana pagi-pagi ni Adam?" Tanya Datin Hawa bertembung dengan anak lelakinya ketika mahu menuruni anak tangga.
"Jemput Nik Nufa,"
"Ya Allah Adam, bini awak tu tak kemana pun. Selamat dengan keluarga sendiri. Bagilah dia luangkan masa sampai petang ke malam ke." Datin Hawa menggelengkan kepalanya. Anak muda sekarang susah mahu berenggang dengan orang tersayang, kalau zaman aku dulu tak jumpa sebulan pun biasa lagi.
Betul jugak kata mama, takkanlah nak kacau Nufa. Dah lama sangat dia tak luangkan masa dengan keluarga. Biarlah dia sekali sekala jadi anak dara balik dalam keluarga. Elok ajak Azad keluar lah, tengok wayang!
🥀🥀🥀
"Apa yang kak Nufa cakapkan semalam tu---"
"Apa? Akak cakap apa?" Soal Nik Nufa aneh.
"Semalam tu?"
"Aku cakap kau jangan tahu nak bercinta je, belajar sampai habis. Aku takde siapa nak ambik alih kedai ayah?" Omel Nik Nufa terpaksa mengulangi kembali apa yang dinasihatkan pada adiknya semalam sebelum tidur.
"Kak Nufa takde? Nak pergi mana?" Itu sebenarnya yang bermain difikirannya. Belum sempat dia bertanya lebih, suara dengkuran lembut kakaknya kedengaran tanda sudah lena.
"Aku kan dah kahwin, kena ikut suami lah. Kau jelah harapan ayah untuk dia wariskan restoren tu nanti."
Macam jauh sangat restoren ayah dengan rumah suami dia. Naik motor pun boleh sampailah.
"Ni taknak bawak balik ke kak?" Tanya Nik Suhana terlihat Nik Nufa meninggalkan beberapa barangnya dibilik.
"Eh kau nak halau aku ke sampai suruh angkut bawak pergi semua? Biar jelah kat sini, nanti korang rindu pulak..."
Nik Suhana mengejar kakaknya apabila Nik Nufa mengugut mahu membuka rahsia percintaan adiknya dengan budak lelaki disekolahnya. SPM pun tak lepas lagi, gatal! Nafisah dan Yahzid sudah lama tidak melihat kedua beradik itu bergurau, Nik Nufa sudah kembali meskipun anak perempuannya sudah menjadi milik orang lain. Gelak tawa kedua anaknya yang mereka rindukan sudah kembali menyinari rumah ini. Nik Suhana menyorok dibelakang tubuh Nafisah sebaik saja tangan kakaknya laju mahu menarik lengan bajunya. Dasar anak manja, sikit sikit belakang mama!
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...