Abang Adam :
Kakak mana? Abang mesej tak reply.Nik Suhana menyorok membuka pesanan ringkas daripada Adam. Andai saja mama dan ayahnya tahu itu mesej daripada Adam mahu telefonnya dirampas terus. Nik Suhana segera masuk ke bilik dengan alasan mahu solat Asar sekaligus memeriksa keadaan kakaknya. Pintu bilik itu ditolak perlahan, ternyata benar dugaannya Nik Nufa sedang tidur akibat terlalu penat setelah menjalani rawatan chemo.
Nik Suhana :
Kak Nufa tidur. Dia penat. Abang kat luar ke?Adam mengeluh mengenangkan dia tidak dibenarkan mendekati Nik Nufa lagi. Selalunya mekwan yang datang mengambil pesanannya namun kali ini mekwan hanya menyuruh pekerjanya. Walaupun begitu Adam masih tetap gembira mengetahui mekwan masih tahu makanan kegemarannya seperti biasa. Selesai saja menjamu selera, Adam berjalan mendekati meja cashier, kebetulan mekwan sedang duduk mengira duit disitu.
"Kira mekwan,"
Macam suara Adam.
"Dua puluh ringgit, lima puluh sen." Balasnya mendatar saja.
"Sekejap eh Adam cari lima puluh sen, mana eh tadi ada----"
"Takpayahlah, diskaun." Potongnya segera menerima duit yang dihulur oleh Adam.
"Terima kasih mekwan, Adam doakan mekwan murah rezeki. Kirim salam pakyah dengan Nufa ye? Assalamualaikum..." Pamit Adam sebelum keluar dari restoren itu menuju ke keretanya.
Kenapa anak kau sangat-sangat berbudi bahasa Hawa? Kenapa anak kau betul-betul ikhlas? Aku tak sanggup hancurkan hubungan anak-anak kita...
"Kenapa Su tak kejut akak masa Adam datang?" Tanya Nik Nufa setelah membaca mesej daripada Adam.
"Kalau Su kejut pun, akak ingat ayah bagi akak keluar jumpa Abang Adam? Lagipun akak penat sangat tadi."
"Akak nak jumpa Adam..." Rengeknya seperti bayi mencebik bibir.
Datin Hawa sudah menunggu didepan pintu rumahnya. Melihat saja Adam balik, mulutnya sudah membebel marahkan Adam disebabkan sikapnya yang lancang membiarkan tetamu begitu saja. Dato Hazlan segera turun ke bawah apabila terdengar suara isterinya menjerit. Adam hanya memekakkan saja telinganya tidak mahu mendengar setiap jeritan mamanya. Datin Hawa tercungap-cungap memegang dadanya menyedari dia kekurangan nafas asyik menjerit.
"Mama!" Adam memegang bahu Datin Hawa menolong untuk duduk di sofa. Dia segera naik ke bilik untuk mencari ubat mamanya.
"Itulah awak, budak tu baru balik dah dimarahnya. Sekarang tengok siapa yang semput?" Sindir Dato Hazlan turut ke dapur mengambil air suam dan dihulurkan kepada Datin Hawa. Adam kembali turun membawa plastik ubat mamanya.
"Tolonglah Adam, jumpa Mila sekali je lagi. Bagi dia peluang," rayu Datin Hawa masih mahu meraih simpati anaknya. Dia tahu Adam pasti tidak sanggup menolak permintaannya.
"Taknak mama... Adam tak sukakan dia..."
"Ni mesti pasal budak tu kan?! Apa yang istimewa sangat dia?! Hah!" Bentak Datin Hawa lagi menyalahkan Nik Nufa.
"Kenapa nak babitkan anak orang pulak ni? Ini masalah awak dengan Adam kan?" Perli Dato Hazlan mula serabut.
"Tapi tetap budak tu punca! Kalau dah baka memainkan perasaan orang, keturunan mesti macam tu jugak. Awak sanggup ke tengok anak dia tinggalkan Adam nanti?"
"Nufa lain mama... dia takkan buat Adam macam tu." Adam cuba pertahankan Nik Nufa mahu mamanya faham.
"Takdenya lain, Adam tengok ayah dia. Macam tulah dia. Mama taknak Adam sakit hati dikemudian hari, mama sayangkan Adam..." Ujar Datin Hawa lembut. Tangan anaknya digenggam erat.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...