Satu [ kebetulan? ]

46.5K 945 14
                                    

"Babe, wanna join us tonight?" Hud rangkul leher aku kedalam dadanya. Rambut wavy yang aku baru highlight merah semalam sengaja dikusutkannya. Aku merengek perlahan dalam pelukannya. Benci apabila rambut yang aku dandan lama diusik dengan tangannya. Dagu aku ditarik perlahan supaya wajahku menghadapnya. Ada bau Heineken keluar dari mulutnya. Sekali lagi suara husky itu menyapa telinga.

"Mel, jomlah, it's gonna be fun! Apa kata Jane nanti kalau you tak datang?" pujuknya lagi, kali ini beserta ciuman di pipiku. Aku hanya diam memandang cawan berisi beer yang sudah berisi kurang separuh dihadapan aku.

Dari semalam sebenarnya, aku menolak pelawaan Hud untuk ikut turun menyertai mereka. Hari ini, mereka mengajak pula aku menyambut parti hari jadi Jane di rumahnya. Aku tengok jam di pergelangan tangan kanan, 11.45.

" Please.". Kali ini, aku jelas tidak dapat menolak lagi apabila sepasang tangan itu menarik aku bangun.

" Okay." Bingkas aku bangun sambil tangan,  menarik sling bag Mango di atas meja sebelum aku sangkut ke bahu.

" That's my girl." bahu aku yang terdedah dia cium.

Aku carik senyum kosong.

***

" Hud, berhentikan I dekat rumah I jap. I need to change first." Ujarku usai melihat pakaian yang tersarung di badanku.

Hud melarikan pandangannya pada tubuhku. Melihat sekilas mini dress yang aku pakai sebelum matanya menyapaku semula.

"Mell, you already look good in this"

"Hud, please. It won't be more than 5 minutes, I promise"

"Okay then" ujar Hud beserta keluhan, tahu, aku tidak akan menepati masa yang aku janjikan tadi sebelum kereta dibelok ke persimpangan kondominium aku.

"I tunggu you dalam kereta je k. Cepat sikit"

"Okay"

Aku berlari anak menaiki tangga. Lif rosak pagi tadi, jadi aku terpaksa menggunakan tangga yang gelap ini untuk naik ke rumah di tingkat tiga. Malas nak sibukkan diri membuat aduan bagai. Alah, esok-esok adalah beberapa mak cik mak cik kepoh yang sibuk buat aduan tentang kerosakan lif ini.

Mulut aku sibuk menyanyi beberapa baris lagu yang spontan melintas di kepala.Tangga yang gelap, terasa sesak pada penglihatan aku. Sengaja aku humming untuk buang jauh jauh rasa takut.

Entah macam mana, tiba tiba aku hampir jatuh ke belakang apabila tubuh aku terlanggar satu susuk tubuh yang tiba tiba melanggar aku dari kedudukan bertentangan.

Terjatuh plastik sampah yang dipegang lelaki itu menyebabkan tin tin kosong di dalam plastik bertaburan jatuh. High heels yang aku pakai menyukarkan aku untuk kembali menstabilkan diri. Aku cuba capai pemegang tangga namun terlepas.

"Fuck-" bicara aku hilang bertabur apabila terasa sepasang tangan itu menyambut aku dari terjatuh sebelum memeluk aku kemas ke dalam dadanya.

Sepatutnya aku menolak keras pelukan itu. Sepatutnya aku terus menyembur entah siapa yang suka-suka memeluk aku itu. Tapi, entah kenapa, aku sendiri tidak pasti, aku hanya kaget dalam pelukan kemas itu.
Sumpah, walau sekejap aku dapat menangkap detak jantung orang yang berada dihadapanku ini. Laju.

Pap, satu saat selepas itu, aku ditolak kehadapan semula, namun kedua belah tangannya masih melekat di kedua lenganku untuk mengelak aku dari terjatuh semula.Kesempatan itu, aku cuba untuk mencuri pandang wajah orang dihadapanku.

Dia- lelaki berketinggian lebih kurang 180 cm. Dengan samar-samar cahaya lampu yang asyik berkelip ini, aku lihat dia memandang ketepi, mengelak untuk bertentang mata dengan aku. Mukanya sudah merah habis, malu? Entah. Tapi tangannya sudah sedikit menggeletar memegang lenganku.

"-Cik, I'm sorry." satu suara keluar dari bibir milik lelaki dihadapan aku ini. Aku masih berdiri memandang wajah itu, sebelum aku pura pura batuk, menghilangkan cuak di dada.

"Tepilah!" Tubuh itu aku tolak ke tepi laju. Kaki aku atur pantas meninggalkan dia yang masih berhenti termangu di tangga, terus aku teringat tentang Hud yang masih setia menunggu di dalam kereta. Langkahan kaki aku lajukan.

sipi sipi aku masih boleh lihat lelaki itu seolah kaku di tempatnya.

Sling bag digeledah. Tangan aku mencari-cari segugus kunci yang sepatutnya berada disitu. Sebelum aku terpandangkan pintu rumah sebelah yang dulunya tidak berpenghuni kini sedang terbuka luas.

'Eh, dah ada orang masuk dah? '

#RedRose

Redrose Where stories live. Discover now