Dua Belas [ As Promised ]

29.1K 687 57
                                    

Zaquan

Aku tolong masukkan dua buah bagasi besar milik Mell ke dalam Honda Civic nya. Hampir penuh but keretanya aku sumbat dengan segala macam barang miliknya. Notis pengosongan rumah dalam masa seminggu sudah berakhir. Aku pandang Mellisa di sebelah yang masih termenung. Ada nada sedih di wajahnya. Aku tak perlu jadi pak nujum untuk mengetahui perasaannya tika ini.

"Betul ke apa kita buat ni Zaquan?" ayat yang keluar dari mulutnya membuatkan aku hilang kata.

Jujur aku tak tahu. Tindakan yang aku pilih ni, merupakan pilihan yang aku buat di saat aku buntu. Terikat dengan janji yang aku ikat. Menyesal kah aku? Cadangan spontan yang keluar dari mulut aku tempoh hari ternyata sehingga hari ini membuatkan aku berada di persimpangan.

Aku masih ingat hari itu,

" Mell, apa kata kau tumpang dulu rumah family aku kat Klang?"

"What?! No! "

"Please at least hear me first, aku rasa since kau masih belum dapat rumah, kau stay lah dulu rumah umi aku. Lagipun adik-adik lelaki aku duduk hostel. Mell, kau stay je-"

"Zaquan, I don't even know them! " seperti aku agak, Mell pada awalnya menolak cadangan aku.

"Fine, then you nak tinggal mana? Due untuk kosongkan apartment ni ada lagi tiga hari kan? Memang senang pun nak cari rumah sewa last-last minute macam ni. You are my priority right now okay? So, please think about it. At least stay dengan family aku sampai kau jumpa rumah sewa okay? Umi mesti gembira jumpa kau Mell. Please Mell.. "

Aku lihat garis sendu pada wajah Mell. Keliru mungkin.

" Mell, I'm sure you'll be fine-"

" I hope so,"

Dan kenapa hari ini aku mempersoalkan lagi kepuatusan aku tempoh hari.

"Kenapa? " Aku balas pertanyaannya dengan soalan.

Dia membuang pandang ke hadapan. Termenung lagi melihat tompokan awan putih yang melatari langit kosong. Kami akan bertolak ke rumah umi di Klang pukul 9 pagi nanti. Aku yang membuat keputusan membenarkan Mellisa tinggal di rumah umi sementara urusan menyewa rumah baru siap sepenuhnya. Awalnya cadangan aku ini ditolak terus oleh Mellisa. Katanya tak mahu terhutang budi. Gagap jugak lah aku nak cerita satu persatu kepada umi hari tu. Lama juga aku disoal siasat oleh umi tentang perempuan yang akan aku bawa pulang ini.

Aku hanya mampu berharap semuanya berjalan lancar.

" Don't worry, we'll be fine." Aku hadiahkan senyum paling ikhlas untuknya.

I'm sorry for the short update! Enjoy! 💕💕💕

#RedRose

Redrose Where stories live. Discover now