Zaquan
Sekejap sekejap aku tengok lagi jam Swatch pada pergelangan tangan kiri. Putaran jam saat yang aku rasa macam lembab semacam buat aku tak betah duduk. Hah, nilah yang aku tak suka, mana pulak budak ni, kata semalam beria nak pergi sekali. Ni dah pukul berapa tak keluar lagi dari bilik, tidur lagi ke? Dah dekat 15 minit aku dok bersila kat ruang tamu ni, bayang perempuan itu langsung aku tak nampak. Haih, nak suruh Zu tengokkan, pagi pagi pukul 6.30 dah keluar rumah, ummi pulak dah pergi kursus haji sejak sejam lepas.Hah baguslah tu, dahlah aku berdua je, kang Jabatan Agama Islam datang naya kahwin free. Siot je, tadi masa ummi nak keluar pun, macam tak percaya je nak tinggal kami berdua, even after aku kata dah nak gerak dah, itu pun nak jeling jeling lagi dengan aku. Bukan main tak percaya ummi dengan aku.
Ceh aku pun macam tak boleh percaya dengan diri aku sekarang.
Serentak tiba-tiba scene malam tadi terulang tayang dalam otak, sumpah kalau Mellisa tak halang, aku dah cium bibir dia. Serious talk, aku macam kena rasuk nak cium bibir tu time tu, ababi lah, lepas tu, sumpah aku tak boleh langsung nak pandang mata dia.
Aku tak tahu apa pasal aku macam lemah sangat bila berhadapan dengan perempuan itu malam tadi.
Malam tadi je ke?
Siallah, aku tak tahu apa kena dengan aku sekarang ni. Sebelum ni, aku yakin aku bukannya orang yang boleh lentok senang senang macam tu. Tak termasuk lagi bila aku terbayang bayang je perempuan tu kalau malam. Kalau cuma bayang je lain cerita lah kan, ni dah sampai .. alahhh!
Bodoh Zaquan, masa kau selamat kan dia dulu kau kata nak selamatkan dia lah, nak jaga dia lah, siap berjanji bagai, sekarang tak sampai sehari kau dah nak rogol dia ke? Apa tak tahan sangat tengok dia macam tu, bukan dia duk menari tiang depan kau, sampai nak feeling feeling bagai. Come on wehh, takkan nak buat perangai bangang sekarang. Entah kenapa otak kembali mempersoalkan kembali keputusan aku menjemput Mellisa ke rumah. Ceh kau patut kenal diri kau dulu Zaquan heh.
Mengingatkan yang aku makin lama makin lambat, aku panjat semula tangga menuju bilik dia. Pintu kayu yang masih tertutup rapat itu aku pandang. Ni kalau aku biar mahu pukul berapa baru pergi. Kang tinggal sorang tak sedap pulak. Tangan sudah diangkat mahu mengetuk pintu, tapi ditahan satu suara dalam diri.
Alah, semalam dah tak layan dia, takkan nak buat muka baik pulak, ish malulah saya nanti.
"Ah gasak lah! "
*Tok tok
Tiada balasan
*Tok tok
*Tok tok" Woi! Tidur lagi ke? Agak agak lah! " gumam aku sendiri.
Akhir nya aku mengalah, baru hendak melangkah pergi, aku dapat dengar bunyi tombol pintu dipusingkan. Serentak aku menoleh untuk melihat satu susuk tubuh yang sedang berdiri di muka pintu.
Mellisa berdiri dengan kepala sahaja yang terjulur keluar dari pintu bilik. Badannya disorokkan. Jap, dia tak pakai baju ke? What the heck?
"Sorry saya dalam bilik air tadi, give me another five minutes! "
Aku tenung dia dengan satu pandangan tajam. Dia.. budak ni memang sengaja nak goda aku ke hape sekarang ni? Tanpa balasan, aku berlalu turun ke bawah, malas nak berlama. Ada benda yang aku kena setel dengan budak tu hari ni jugak, ceh dia kena sedar, aku ni lelaki bukan budak kecik 4 tahun yang tak ada nafsu.
Kunci kereta aku genggam dalam tapak tangan kiri, sebelum berjalan menuju ke luar rumah. Mazda 6 yang tersadai di halaman aku dekati. Malas nak tunggu kat rumah, buat geram je.
Dalam hati masih membentak. Aku kena juga cakap dengan perempuan tu, nak nak lagi Zain dengan Zafran nak balik dah. Tak boleh tangguh dah. Diorang tu dahlah 2×5 je dengan aku. Kalau aku yang si abang pun tak tahan tengok, ni lagi budak pelesit dua ekor tu.
Selang lima minit aku dapat lihat dia berlari anak menuju kereta aku.
" Sorry saya overslept! Malam tadi teman Zu layan movie sampai pagi" itu ayat pertama dia selepas masuk ke dalam kereta.
" tak ada alarm ke? " bentak aku laju tanpa sedikit pun pandangan aku singgah ke wajahnya.
" ngantuk sangat malam tadi, tak sempat nak set, terus tertidur" katanya lagi sambil memasang seat belt.
" Semalam beria sangat nak ikut, lain kali kalau-"
" ok ok my bad, sorry lah, " bibirnya dicebikkan.
Ceh dia yang salah,
Doa naik kenderaan aku baca sebelum memulakan perjalanan. Tabiat kami anak beranak yang semakin kurang dipraktikkan seiring zaman. Masing masing dah besar, makin lupa dengan amalan yang diajar sejak kecik. Dulu, Zain dengan Zafran selalu berebut sampai bergaduh kalau nak baca doa. Sekarang heh, naik kereta belek phone dulu.
Aku lihat dia sudah dalam dunia nya bila dia hanya termenung ke luar. Dalam diam aku memuji kecantikannya hari ini. Entah, walau hanya memakai kemeja lengan panjang kosong berwarna mint dengan hanya seluar jeans lusuh, dia kelihatan sangat cantik dan bila aku kata cantik, yes I really mean it.
Macam biasa aku terus sumbat earbuds Sennheiser Momentum dalam telinga. Dua saat sebelum rentak lagu Hymn for the weekend-Coldplay yang sudah sampai ke minit ke 2 menyatu seiring kekacauan minda hingga tanpa aku sedar buat aku tersenyum sendiri.
Jam di paparan radio menunjukkan angka menginjak ke jam 9. Aku ada beberapa jam utk menjemput adik aku dan solat Jumaat sekali di Melaka.
Takkanlah sepanjang perjalanan ni nak diam je kan. Tapi takkanlah aku yang nak start bercerita bagai pulak.
15 minit aku masih melayan perasaan sendiri.
20 minit masih sama memenangkan ego.
Nak masuk minit 30, aku dah penat, aku ada benda penting nak setel, kalau tak parah aku kena.
"Mell, "
#RedRose
2nd July 2016
YOU ARE READING
Redrose
Teen FictionMellisa, 23 Sebetulnya, dia hanya ingin lari dari realiti kehidupan. Realiti hidup yang baginya hanya menyempitkan keadaan. Dia tak punya sesiapa dalam hidupnya. Tuhan? Dia tidak kenal siapa tuhannya. Apa yang dia tahu, setiap perkara, dia yang cora...