Zaquan
Aku mainkan debu tanah di bawah kaki dengan hujung sneakers, sengaja mengotorkan lagi kasut yang aku baru beli tak sampai dua minggu itu. Mata aku sesekali melilau mencari batang tubuh Zain dan Zafran. Entah apa diorang buat yang lama sangat kat atas tu aku pun tak tau.
Aku pejam mata , apabila sekali lagi otak secara spontan mengulang tayang kejadian tadi. Tipu lah kalau aku cakap aku langsung tak nampak apa yang jadi kat stesen minyak tadi. Buktinya sekarang aku masih berperang untuk berpura-pura langsung tak terkesan dengan semua tadi.
Dan bohonglah kalau aku cakap sikit pun aku tak kisah, bila diri aku meronta ronta ingin menghalang tubuh lelaki itu dari memeluk badan Mell. Fakta yang aku bukanlah siapa-siapa dalam hidup Mell menikam setiap perasaan aku. Lambat-lambat aku hadiahkan senyum sinis untuk diri aku sendiri. Bodoh Zaquan, kau tak ada hak sikit pun untuk ambil tahu fasal hidup dia.
Tapi percayalah sebolehnya aku tak nak dia menangis lagi, aku tak akan ada selamanya dengan dia nanti, dan aku pasti ada satu hari bila aku dan dia akan terpaksa juga berpisah pergi membawa haluan hidup sendiri. Dan aku tak nak dia tersilap langkah pergi kepada lelaki yang sama. That asshole doesn't even deserves her. Memang aku tak layak nak cakap apa-apa but she deserves someone who can treat her better at least.
I wonder what's really on your mind Mell?
Kenapa kau cukup bodoh untuk terima dia balik lepas semuanya?
Bila senang senang dia tinggalkan kau dulu?Sumpah otak aku penuh dengan persoalan-persoalan retorikal yang aku pasti masing-masing tak ada jawapan yang konkrit. Aku geleng sekali. Tak percaya apabila masalah Mell ni boleh membuatkan aku hilang punca sampai macam ni. Gila.
Dan bila aku pandang wajah sedih nya buat aku rasa tak berguna sangat. Aku lihat dia yang masih duduk membelakangi aku." Mell kau okay tak?"
Aku pandang wajah mulus itu dalam dalam. Berusaha seupayanya membaca riak wajahnya, namun apa yang aku jumpa hanya nada sugul. Ekspresi kosong yang terbias pada wajahnya buat aku lemas dalam sepasang mata miliknya.
" I'm fine " perlahan sahaja balasnya namun disertai dengan senyuman tawar. Sejak pulang dari stesen minyak tadi dia masih dengan sikap dinginnya. Termenung dan termenung, aku tak tahu apa yang berada dalam fikirannya sekarang.
Aku mengeluh lagi. Malas melayani perasaan, aku bergerak menuju kereta semula. Berharap dua beradik itu akan datang dengan segera. Setengah jam lagi waktu solat Jumaat dan aku tak nak terlepas.Dua saat sebelum aku rasa bahu aku ditepuk.
" Zaquan! "
Aku spontan berpaling, menangkap satu wajah yang familiar dalam ingatan aku.
" Amboi kau, makin kaya sekarang, kereta besar, kerja senang, terus tak ingat aku dah kan! "
Classmate aku masa dekat UPM. Aku ingat- ingat lupa namanya sebenarnya. Lebih kurang Fahmi-Fahman macam tulah. Tapi nama bapak dia aku ingat betul. Bapak dia namanya Rembulan. Dulu satu kelas aku duk ejek bapak dia sambil nyanyi lagu kau ilham ku kalau tak silap yang liriknya ada "-rembulan mengambang kini makin suram.. " setiap pagi. What a good old days.
Aku sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepala. Ceh, tak sangka boleh jumpa kat sini.
" It's been almost 5 years, tak sangka terjumpa kau kat sini do. " aku peluk dia selepas tangannya aku salam.
" Aku mati mati ingat kau stay abroad lepas graduate weh. "
" Taklah, mak aku suruh kerja sini je, eh by the way kau ke sini buat apa? Ambil anak? "
" Anak otak kau! Aku ada anak rambut je weh sekarang ni. Taklah aku ambik makwe aku, dia praktikal cikgu Biologi kat sini. "
Aku angguk sekadar berbasa-basi.
" Bosanlah bio, tapi kan weh kalau nak ungkit cerita dulu, kau still ngan Farah ke? " Siapa tak tahu kisah lelaki di hadapan aku ini dengan Farah Rossi dulu. Kecoh satu fakulti bila ada gosip kononnya dia melamar Farah masa hari merdeka. Entah betul entah tak, aku pun tak tau.
"Dak aih, lepas je graduate dia terus kena kahwin paksa dengan jiran dia. Masa tu frust gila kut aku. 3 tahun kitorang couple bagai nak rak, sesenang mak dia paksa. Tapi sampai sekarang aku tak jumpa dia lagi, orang kata laki dia mandul, tulah baru nak menyesal mak dia, ada lelaki yang kuat dan perkasa macam aku, nak pulak kat orang mati pucuk. Aku bet kalau aku kahwin ngan anak dia, berderet cucu dia dah"
Aku yang mendengar sudah tergelak. Bodoh ke mati pucuk? Nauzubillahiminzalik, mohon dijauhkan penyakit tu wehh.
" Ni sapa, adik kau ke weh, muka sikit punya cantik! " matanya melirik pada Mell yang sedang berjalan ke arah aku.
"Oh dia..dia tunang aku. Hah, kenalkan ni Mellisa, Mell ni kawan aku Fahmi. " Aku pandang riak wajah Mellisa yang berubah mendengar suara aku. Pandangannya kini tertumpu memandang aku meminta penjelasan.
" Ceit tunang pulak, okaylah good luck for you two. Yana dah sampai tu, aku gerak dulu" Aku angguk, aku assume Yana itu nama makwe dialah kut. Dari jauh aku dapat lihat seorang perempuan dengan kebaya pendek berwarna biru muda berlari ke arah Fahmi. Wow, not bad.
"Ehem, " dia berdehem.
" Tunang? Well, that escalated quickly so, mind to tell me why? " Ada senyum tersungging pada bibirnya.
" Of course, but not now. " Aku dapat lihat dia membuat muka bila aku berkata begitu.
" Abang! " aku berpaling untuk melihat Zain dan Zafran di belakang aku.
" Korang lambat sangat buat apa? " pandangan aku mencerun memandang mereka bila mereka tunduk menyalami tangan aku.
" Kaulah Zafran, berak lama gila. "
" Berak otak kau, dia yang dating tadi. "Aku sudah mengangkat bagasi mereka ke dalam but kereta. Malas melayan kerenah manusia tak serupa orang macam ni.
" Eh jap, looks like we have someone right here. "
Aku berdiri tegak, melihat mereka yang sedang memandang Mellisa dengan senyuman gaya lelaki gatal. Oh mula dah." Fuck off kids, kat dalam nanti aku cerita." Aku hadiahkan senyum buat Mellisa yang menjeling aku. Terasa bahu aku ditumbuk perlahan olehnya.
YOU ARE READING
Redrose
Teen FictionMellisa, 23 Sebetulnya, dia hanya ingin lari dari realiti kehidupan. Realiti hidup yang baginya hanya menyempitkan keadaan. Dia tak punya sesiapa dalam hidupnya. Tuhan? Dia tidak kenal siapa tuhannya. Apa yang dia tahu, setiap perkara, dia yang cora...