Lima Belas [ Tak Faham ]

21.1K 496 15
                                    

Mellisa

Aku masukkan kuah asam pedas yang masih berasap nipis ke dalam mangkuk seramik bewarna kuning. Aroma daun kesum dengan bunga kantan menyatu ke persekitaran mencipta satu harmoni bau yang membuat sesiapa sahaja boleh menelan air liur. Aku sendiri kecur air liur melihatnya. Gabungan tenaga aku dan Umi hari ini. Sedikit sebanyak rasa syukur mengalir dalam diri aku, dalam masa kurang sehari aku sudah boleh bergaul rapat dengan wanita separuh umur di sebelah aku. Aku dilayan mesra hingga mengusir terus perasaan kekok pada pertemuan pertama ini. Aku perasan sejak tadi langsung tidak ada pertanyaan keluar dari mulutnya tentang latar belakang hidup aku. Meski aku tahu, entah berapa banyak pertanyaan yang berlegar legar di dalam otaknya tentang aku. Dan ya, aku harap sangat dia tidak menanyakan apa apa tentang hidup aku.

"Segini cukup ke Ummi? " Aku suakan mangkuk seramik kuning itu kepadanya.

"Cukup dah tu, Zulaikha tak makan sangat asam pedas ni, Zaquan je yang suka. Lepas tu boleh terus hantar depan, kejap lagi diorang turun lah tu. "

"Oh okay. " aku membawa dengan berhati hati hingga ke meja. Mata aku tak lepas dari mengawasi kuah yang berkocak setiap kali aku berjalan. Panas woi!

"Watch out! "
" Huh-"

Hampir sahaja kuah yang panas itu melimpah ke badan Zaquan yang tiba tiba melintas di laluan aku. Aku naikkan pandangan menyapa matanya. Mata aku jatuh pada pakaiannya yang sudah bertukar. Baju hitam tadi telah bertukar kepada jersi bola Manchester United dipadankan dengan kain pelekat kotak kotak.

Entah kenapa gelak besar tiba tiba terhambur dari mulut aku. Imej hampir bogel Zaquan tadi melintas pada minda aku. Muka terkejutnya apabila mendapati aku yang berada di belakangnya sejak dari awal dimainkan semula dalam minda aku. Zaquan mukanya sudah memerah geram. Pandangannya ditala ke arah lain.

"Sinilah! "

Mangkuk seramik dirampas dari tangan aku sebelum di bawanya ke meja makan. Aku hanya memandang. Selesai meletakkannya di atas meja dia pandang aku tak lepas. Mulutnya bergerak gerak seperti ingin berkata sesuatu. Tapi sekejap sekejap matanya bergerak ke arah ummi yang sedang memotong mangga di dapur.

"Ish sinilah"

Lengan baju aku yang panjang ditariknya laju. Hingga terlorot kolar baju aku dari bahu. Ish apa ni! Aku ditarik menuju ke bahagian bawah tangga.

"Apalah Zaquan?! "

Lengan baju aku masih tak dilepaskan. Zaquan seakan mengintai kelibat ummi dari 'tempat persembunyian' kami. Apabila rasa kurang selamat, kami masuk lebih dalam. Terasa seperti pendatang asing yang menyorok apabila diserbu polis. Dia tak sedar menyorok hingga kepala aku betul betul kurang sejengkal dan dadanya.

"Zaquan.. erghmm" aku tolak tubuhnya kebelakang namun tersepit dengan dinding. Pandangan kami melekat. Tapi mata Zaquan lebih dahulu melekat pada bahu aku. Bahagian bahu aku yang terdedah menampakkan tali bra berwarna peach, senada dengan kulit aku. Halkum nya bergerak turun naik menelan liur.

"Zaquan, kenapa ni? " aku tolak dadanya untuk mengalihkan perhatiannya kepada aku.

Tapi pandangan kuyu Zaquan yang menangkap mata aku. Nafasnya juga kian berat. Tangannya pula naik memegang pipi aku sebelum kepalanya disengetkan dan didekatkan ke wajah aku.

" Mellisa, can I....can I kiss you? " sekali lagi pandangan itu seakan merayu.

Aku tersentak, belum sempat aku kata apa apa, bibirnya laju mencari bibir aku.

"What's on your mind? " aku tolak tubuhnya hingga menghempap dinding sambil aku tekankan suara aku agar tidak didengari ummi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"What's on your mind? " aku tolak tubuhnya hingga menghempap dinding sambil aku tekankan suara aku agar tidak didengari ummi.

Dia nampak sudah keluar dari imaginasinya. Aku pandang wajahnya yang seakan keliru.

" Tak, aku.. " suara nya jadi berat.

" -ak.. aku cuma nak cakap, ah lupakan lah!"

Tubuh aku pula ditolak ke dinding. Sebelum Zaquan laju melangkah keluar dari ruangan itu, mukanya jelas berserabut ketika dia meninggalkan aku sendirian di situ. Apasal complicated sangat lelaki ni?

Aku pula melangkah keluar sebelum bergerak ke meja makan. Aku lihat Zaquan dan ummi sudah duduk di situ. Selang beberapa saat, Zulaikha pula turun menyertai kami.

"Sampai atas naik bau dia! Penangan kak Mell lah ni kan? Untung sapa dapat jadi laki dia kan ummi, kenyang manjang, perut petak petak pun boleh jadi belon, ye tak bang? "

Mata Zaquan langsung tidak singgah di wajah aku, sebaliknya dia hanya mengangguk acuh tak acuh dengan pertanyaan Zu. Sedikit sebanyak rasa kurang enak menyuntik hati aku.

" Alah campak campak je ni Zu. Kalau tak ada ummi menggelupur jugak akak," Zulaikha ambil tempat duduk bersebelahan dengan Zaquan, aku duduk berhadapan dengan Zaquan.

"Dah Zaquan, baca doa. Takkan makan bau je " seloroh ummi, tangan diangkat untuk menadah. Bacaan doa jelas keluar dari mulut Zaquan diselangi dengan ucapan amin kami.

" Mana satu yang akak masak?" aku jadi seronok dengan layanan mesra Zu.

" These two! " aku suakan sotong goreng tepung dengan sayur campur. Aku gelak pada akhir kata, sebab apalah sangat sotong goreng tepung dengan sayur campur tu. Kami makan selera, ahahahhaha aku yang selera sebenarnya, aku perhati dalam diam Zaquan yang langsung tidak memandang aku.

" Zulaikha ni Mell, nak goreng ikan pun sedepa jauhnya. Takut minyak! Bukan dia tahu pun jenis jenis ikan. Ikan bilis jelah yang dia mahir. "

Itu aku gelak. Zaquan masih diam membatu , adalah sekali sekali dia mencedok asam pedas ke dalam pinggannya. Apabila terasa kaki kami bergesel, kami memandang satu sama lain serentak. Tapi pandangan Zaquan lebih kepada- benci?

Ada rasa sedih menyuntik dasar hati, kenapa Zaquan? Aku nakkan perhatiannya. Keterlaluan kah aku untuk mahukan semua itu darinya? Macam selalu, ya macam selalu. Aku alihkan pandang, tunduk memandang makanan.

" Sedap betul collaboration akak dengan ummi! Rugi budak dua orang tu tak ada sini, entah makan apalah kat sana. Asik merungut je makanan tak sedap" ummi hanya mengangguk dengan kata kata Zu.

Budak dua orang? Oh ya, the twins! Teringin nak jumpa depa! Aku dulu pun asyik mengadu makanan tak sedap masa kat SBP.
Makanan mak jugak sedap

-Mak,

Aku terpana seketika. Sudah hampir 5 tahun panggilan itu tidak meniti di bibir aku. Kalau dahulu, nama itulah yang menjadi mangsa paksaan mendengar aduan aku bila di SBP. Cemburu, itu perasaan pertama apabila melihat keakraban keluarga lain. Dulu aku punya semua itu. Malah lebih dari ini. Sampailah ayah-

"Kenapa Mell? "
Imaginasi aku hilang pecah apabila terasa sentuhan pada tangan aku. Ummi. Aku angkat pandangan apabila ada tiga pasang mata serentak memandang aku.

" Tak ada apa apalah."

Zaquan pandang aku tak puas hati. Aku tahu pandangannya bukan pandangan kosong. Dia ingin tahu apa yang berada di fikiran aku. Aku hanya diamkan.

" Jadilah ye esok pagi, Mell Zaquan?"

"Hah?" aku pandang Ummi pelik.

"Ahahahhaha akak tak dengarlah tu, Ummi!" aku lihat Zulaikha pula ketawa. Apa ni?

"Esok budak dua orang tu balik, cuti semester jadi boleh tak abang dengan akak tolong ambilkan diorang? Sebab selalu pun Zu yang ambil, tapi esok Zu nak kena uruskan hal intern."

Aku pandang Zaquan yang sedang meratah ikan pari. Pandangannya kosong.

"Ohh, akak okay je, lagipun bukan buat apa pun kat sini, tapi tengoklah Zaquan free tak? "

Aku pandang Zaquan, menunggu jawapan darinya. Dia membalas pandangan aku dengan pandangan tajam.

" K"

#Redrose
6th June 2016

Redrose Where stories live. Discover now