Tiga Puluh Lapan [ Regret ]

18.6K 550 51
                                    

Mellisa

Azan subuh dari masjid berdekatan mengejutkan aku dari tidur yang panjang. Bila aku buka mata segala yang berlaku semalam seakan diputar dihadapan mata. Aku tahan sebak di dada. Aku pejam mata perlahan dan dongak ke atas. Menghalang air mata yang mengugut untuk jatuh.

" it's over, Mellisa."
" it's over. You'll be fine. "

Ayat keramat itu aku ulang tak berhenti. Aku bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Rasa sakit pada bahagian bawah aku membuatkan aku berdecit kesakitan. Aku pandang sisi kanan katil di sebelah. Lelaki itu sudah tiada.

Aku ingat segala yang berlaku semalam, saat aku serahkan segala galanya kepada lelaki itu. Setiap saat dimana aku berserah diri kepada takdir. Setiap detik berlalu dengan sangat-sangat perlahan dan waktu itu tiada yang lebih aku harapkan selain untuk tidak melihat lelaki itu lagi dalam hidup aku.

Dan pagi ini Tuhan dengar suara hati aku.

Lelaki ini sudah hilang dari hidup aku. Selamanya.

Aku bangun dari katil perlahan lahan. Rasa pedih pada bahagian itu terasa menyengat bila aku berjalan. Aku masih ingat betapa ganas nya lelaki itu malam tadi. Bila memori itu tanpa diundang datang, aku pejam mata rapat-rapat. Sedaya upaya aku cuba untuk melupakan segalanya yang berlaku.
Segalanya tentang lelaki itu.

Tapi perasaan itu datang lagi walau sekuat mana aku cuba.

Sedih.
Sakit.
Benci.

Semuanya bercampur membentuk satu perasaan yang mencucuk cucuk segenap ruang hati aku. Mengoyak ngoyak jiwa yang sudah luka.

Aku kesat air mata yang berjurai jurai turun.

Langkah aku terhenti dihadapan cermin, bila aku ingin bergerak mengutip pakaian. Bahagian dada yang putih pucat kini sudah dinodai dengan kesan gigitan lelaki itu di sana sini.

Aku sudah tidak mampu menyorok sebak di dada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku sudah tidak mampu menyorok sebak di dada. Akhirnya aku terjatuh melorot ke lantai. Menangis dan menangis. Bilik kecil itu terasa sunyi sesunyinya. Betapa aku berharap bahawa tika ini aku ada tempat untuk bergantung. Dan hakikat yang aku tidak punya sesiapa menyentak minda.

You are on your own, Mellisa.
No one cares about you, they never did.

You feel lonely not when no one cares about you, but when someone you expect to care doesn't care about you

***
Zaquan

Aku tekan loceng bertalu talu. Persetankan waktu pagi yang masih gelap. Aku yakin ummi dan Zulaikha masih tidur waktu-waktu macam ini. Selepas aku keluar dari bilik hotel tadi, aku jadi hilang arah. Aku tak tahu hendak ke mana dan akhirnya aku menghala ke rumah. Aku ingin mandi sebersih bersihnya. Terasa badan aku sarat dengan dosa. Hati aku masih terlampau berat memikirkan hal semalam.

" Sekejap Zaquan." Aku dengar suara ummi menjerit dari dalam rumah. Terkopoh kopoh wanita itu berlari ke luar pagar utama.

Luluh jantung aku bila melihat wajah ummi. Aku palingkan wajah ketepi, menghalang air mata dari jatuh.

" Zaquan dari mana ni? Pagi pagi baru balik. Tak bawak kunci pagar ke?"

Aku sekadar cium salam tangan ummi dan bergerak masuk ke rumah. Ada riak risau pada wajah tua itu.

"Zaquan, ummi tanya ni. Dari mana?"

Aku akhirnya berhenti bila ummi menarik tangan aku.

"Zaquan.. Zaquan tidur rumah kawan, ni balik awal sebab dia nak gerak KLIA."

Senafas aku mengungkap satu ayat penipuan kepada ummi.

"Rumah kawan? Kawan yang mana?"

Aku mendongak memandang langit. Bibir aku gigit kuat. Berat hati aku kerana terpaksa menipu wanita di belakang aku ini.

" Rumah.. rumah Zahid ummi." jawab aku.

Lambat lambat aku bergerak masuk. Kereta aku biarkan terparkir di luar rumah.

" Zaquan okay tak ni? Macam ad–"

" –Ummi please, Zaquan nak naik mandi. Kejap lagi azan subuh."

Aku nampak Ummi mengangguk perlahan.

Aku panjat tangga laju laju. Azan subuh berkumandang. Terasa sayu sahaja pada pendengaran aku. Pintu bilik aku tutup perlahan.

Waktu ini jiwa aku terasa kosong yang amat. Terasa sudah begitu lama aku tidak menangis dan waktu ini aku menangis lagi. Menangis takutkan Allah, takutkan dosa. Menyesal dengan apa yang telah berlaku. Dan aku menangis semahu mahunya. Pakaian aku buka satu persatu.

Dengan tangan yang  masih menggigil aku pulas pili air.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air yang hangat entah kenapa terasa sejuk yang mencengkam hingga ke tulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Air yang hangat entah kenapa terasa sejuk yang mencengkam hingga ke tulang. Aku jadi terbayang wajah abah, wajah ummi. Mesti abah kecewa dengan Zaquan. Aku tak boleh bayang wajah ummi bila, ummi tahu semua ini.

Mesti Mellisa benci dengan kau. Ya Allah, apa aku dah buat dengan Mellisa?

You love her, don't you?

Aku tutup pili air, bila soalan itu  mengetuk minda.

#redrose

Assalamualaikum guyssssss hehehe sorry tau korang marah lambat update, berbulan bulan sampai 😥 Sorryyyyyy, writers block, but you can't blame me entirely, blame the ideas. I'm not sure if I ever mentioned this before, but I started writing Redrose without proper storyline plans. It just happened. No plot planning, no research, no characters outline, no nothing. It all started with random scenes that kept playing in my mind. And if you've been following Redrose from the very first chapter, you know that it takes almost a year for me to make it until this chapter. And it's been a while since the last time I updated my stories,
hiatus my ass.
The truth is I'm too lazy to even start it. I can't find the inspiration to write again. I don't want to write just because I have to. I used to feel the passion of writing but now it somehow has gone, I got so many people asking me to write again and I keep making excuses for not doing it. I'm so sorryyyyyy. Guys please bear with me, I love you guys soo much.

*next update = very very soon.
nak mintak maaf ni, appreciate sikit.

Redrose Where stories live. Discover now