Tujuh Belas [ Keliru ]

21K 444 14
                                    

Mellisa

" We need to talk. "

Zaquan pandang aku dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Dia masih fokus dengan pemanduannya sejak memulakan perjalanan tadi.
" Kenapa? "

Ada riak serabut pada wajahnya. Kejap kejap dia meraup rambutnya ke belakang. Nampak sangat dia masih berperang dengan perasaan sendiri.

" -Zaquan, kenapa ni? If anything happened please don't hesitate to tell me, I'm all ears. "

" Okay then,"

Aku dapat dengar satu helaan nafas panjang diambilnya. Grip genggaman pada stereng kereta juga berubah,nampak macam gelisah semacam.

"-at first aku nak kau tahu dan faham betul betul keadaan aku Mell. " jeda. Lambat lambat sepasang mata itu kembali singgah pada wajah aku. Ada nada

" -Aku bukan budak lelaki yang baik gila nak mampus, aku pun macam lelaki lain yang ada rasa that feels towards different gender,especially when I'm with you. Kau perempuan Mell, sepatutnya kau tahu tu. Jadi, satu je aku betul betul mintak, please jaga batas pemakaian kau kat rumah. Dan bila aku kata batas pemakaian, bukannya dengan cara kau berpakaian macam pagi tadi. You know, dengan cara kau yang hanya bertuala atau half naked. Bila aku tengok kau macam tu, aku rasa ish, entahlah. Salah satu sebab adalah aku tak nak benda bodoh macam malam tadi tu jadi lagi. Aku sampai sekarang tak faham dengan perangai aku ni. Jujur, aku ni jenis unpredictable dan sebab tu aku tak nak something bad happens to you later. "

" - Most importantly , kau tahu kan adik adik aku tu nak balik dah, kalau kau tengok aku macam ni, depa tu lagilah macam setan. So, Would you mind to put on something yang lebih 'menutup' dari sebelum ni? Dan kalau aku cakap ni buat kau marah atau tersinggung aku betul mintak maaf, " dia habiskan ayatnya.

Jujur sedikit sebanyak perkataannya tadi terkesan di hati aku. Dari aku kecik, aku dibesarkan dengan keluarga yang khilaf dalam beragama. Apatah lagi semenjak aku berpindah ke sini, aku langsung hilang arah. Bodohlah kalau aku tak perasan setiap lirikan matanya bila dia memandang aku. Betul kata dia, aku perempuan aku patut tahu itu. Aku jeling dia yang kelihatan risau melihatkan reaksi aku yang hanya mendiamkan diri.

"Mell, again I'm so-"

"No, it's okay, saya faham Zaquan, it's not even your fault. After all you're right about that, saya patut faham awak. And of course from now on I'll put on something better okay. "

"Thanks " aku lihat ada senyuman terbit di wajahnya usai aku mengucapkan semua itu. Senyuman manis seperti selalu. Senyuman yang aku rindu.

Dalam diam aku terfikir selama mana aku akan terperangkap dalam hidupnya. Tempoh masa berlalu terlalu cepat dan aku tahu aku tidak boleh lama di sini. The fact that I am just an outsider and I'm not belong in here. Urusan rumah sewa, aku masih belum lihat mana mana jalan keluar. Aku perlu kerja baru.

Dan ya, kereta yang tadinya senyap sudah bertambah serinya. Aku dan Zaquan sudah mula bercakap kembali. Sibuk dia bercerita tentang perangai 'macam haram' adik kembarnya. Setiap ceritanya membuatkan aku bertambah teruja untuk bertemu dengan mereka berdua. Zain dengan perangai syaitan nya dan Zafran dengan gaya acah alimnya. Aku perasan kejap kejap dia meraup rambutnya ke belakang. Jari dua mengetuk stereng ikut irama lagu

" Nanti aku ingat nak isi minyak dululah, dah nak E dah ni. Zu tu kalau bawak kereta memang kedekut nak isi minyak, kadang nak isi pun mintak duit aku, Kau nak apa apa ke? " pertanyaan itu aku balas dengan anggukan. Eleh aku time intern dulu pun kedekut. Semua benda nak catu. Nasib baik ada Hud, merasa lah jadi manusia sikit. Hm.

Memang kalau boleh aku pun nak singgah Petronas dulu , alang alang nak cucuk duit sekali, adat orang menganggur lah, duk keluar duit je, masuknya tak ada. Selang lima minit, Zaquan membuat pusingan u-turn sebelum membelok kan kereta ke sebuah stesen Petronas, heh nasib baik lengang. Selalu waktu macam ni, konfem berbaris kereta nak isi minyak. Cuma ada lebih kurang sebuah kereta pada setiap pam pada satu satu masa.

Usai kereta berhenti di pam bernombor 8, aku berlari anak menuju ke mesra mart. Ada beberapa orang yang sedang beratur menunggu giliran menggunakan mesin ATM. Purse vincci yang sedari tadi dikelek, aku buka. Gelabah aku mencari sekeping kad berlogo Maybank di sebalik beberapa kad yang lain. Aku yakin aku bawak sekali masa pergi tadi. Tercoret juga sebuah senyuman apabila akhirnya aku menjumpai kad tersebut dibawah kad touch n go di kedudukan paling bawah. Rezeki aku juga apabila seorang wanita dihadapan aku akhirnya berlalu pergi. Urusan mengeluarkan duit aku lakukan agak tergesa gesa kerana aku yakin Zaquan sedang menunggu aku.

"Mell? "

Ada satu suara yang tidak asing menyapa di belakang aku. Aku cukup kenal dan rasanya tidak perlu aku menoleh untuk mengetahui pemilik suara itu. Dan ironinya, aku hanya berdiri tegak di situ tanpa bergerak sedikit pun. Entah, seperti hilang pertimbangan akal untuk membuat sebarang keputusan rasional.

" Mell, I know it's you, come here sayang. " ada tarikan pada lengan aku. Aku ikut berpusing menghadapnya, menatap sepasang mata yang aku nafikan keberadaannya di dalam dunia ini. Hud.

Ada senyuman yang sukar aku interpretasi kan untuk apa, terukir pada wajah nya tatkala memandang aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ada senyuman yang sukar aku interpretasi kan untuk apa, terukir pada wajah nya tatkala memandang aku.

" I miss you damn much" dia bergerak untuk memeluk aku dan seperti tadi aku hanya membatu walau seluruh jiwa aku menolak pelukan itu. Aku hanya berdiri disitu tanpa bergerak seinci pun. Bauan yang familiar menyuntik deria bau aku. Serta merta ada rasa lain terzahir di sebalik kekalutan jiwa aku tika itu. Dan entah apa yang merasuk aku, bila aku akhirnya membalas pelukan itu. Serta merta air mata mengalir keluar menuruni pipi. Terasa bodoh aku masa itu, tapi aku seolah tak berdaya melakukan apa. Aku perempuan bodoh yang tetap sayang dan sayang pada lelaki yang sama.

I act like I don't care, but deep down, I swear it's killing me.

Akhirnya aku menolaknya jauh. Menatap matanya kembali.

" Mell, I know things are quite different right now. I can't believe I said those mean things to you and only if I could turn back time, and now, all I hope is I'm not too late. Cause I'm pretty sure your heart is still mine sayang . it's so obvious and I can see it from your eyes babe, " ibu jarinya bergerak mengelap sisa air mata pada tubir mata aku.

Speechless.

" Nah, take this. Promise me, you'll call me okay. " sekeping kad berwarna putih tertera namanya diberi kepada aku.

" Mell, please contact me anytime soon. I will do everything possible to have you back. If you want, I can give you a job. Just call my number, okay sayang? " satu ciuman diberikan pada dahi aku sebelum dia bergerak meninggalkan aku yang terdiam seribu bahasa.


Redrose Where stories live. Discover now