Aku hempas pintu kereta kuat.
"KAU INGAT BENDA NI KELAKAR KE SIAL!"
Aku ketap gigi mendengar tawa Fahmi yang masih bersisa.
" Tak sangka, taste kau macam ni do, aku ingat stok alim alim. "
Mulut aku tak habis habis memaki entah siapa. Jantung aku berdegup terlalu kencang saat ini. Tangan aku menggigil memegang stereng. Jiwa aku berperang untuk mempercayai kata Fahmi atau tidak. Aku terlampau takut untuk percaya sebab separuh jiwa aku keras memaksa aku untuk memekakkan telinga,
dan terus mempercayai bahawa perempuan yang aku puja itu takkan sanggup melakukan perkara bodoh macam itu.
Mellisa bukan perempuan macam tu. Aku kenal dia. Dia.. dia bukan macam tu. Mellisa yang aku kenal, ialah gadis yang baik baik. Dia terlampau suci untuk serahkan badan dia untuk benda macam tu. Dia takkan buat benda bodoh macam tu. Fahmi tipu je kan?
Kan?
Butang start kereta aku tekan sekali. Handbrake aku turunkan. Stereng aku kilas ke kiri.
" Kau nak percaya atau tidak tu terserah Zaquan. Tapi jangan sampai dah lunyai perempuan tu kena rodok nanti baru kau nak kisah. Btw kalau tergerak hati kau nak jumpa dia, carik lah dia kat PlayClub, KL. Bai "
Aku sumpah akan tumbuk muka kau, kalau kau tipu Fahmi. Aku janji.
Sepanjang perjalanan, entah berapa lampu isyarat yang aku langgar. Dah lebih jam 2 pagi, highway dah mula lengang. Fikiran aku kosong dan aku tak boleh berhenti dari terus memikirkan andai apa yang Fahmi cakap tu betul. Aku tak boleh bayangkan kalau Mellisa yang aku sanjung selama ni, boleh buat benda macam tu. Aku terlampau takut.
Aku sayang dia.
Aku nak jaga dia.
"Please Mellisa. Don't do that. Please. "Itu ayat yang aku ulang berkali kali dalam otak hingga terluah keluar mulut.
Dua puluh minit, kereta aku sudah siap terparkir betul betul di seberang Play Club. Aku perhatikan dari jauh, pintu masuk yang berdinding lampu neon. Dan hati aku, masih berperang sesama sendiri.
YOU ARE READING
Redrose
Teen FictionMellisa, 23 Sebetulnya, dia hanya ingin lari dari realiti kehidupan. Realiti hidup yang baginya hanya menyempitkan keadaan. Dia tak punya sesiapa dalam hidupnya. Tuhan? Dia tidak kenal siapa tuhannya. Apa yang dia tahu, setiap perkara, dia yang cora...