Empat Puluh Enam[ Nikah ]

18.3K 824 135
                                    


Aku pandang Zaquan yang sedang memandu. Dia masih tenang dengan pemanduannya. Kami baru balik dari mengambil sijil kurus kahwin tadi. 

Dia masih lengkap berbaju Melayu warna hitam, siap bersamping berwarna perak. Bajunya senada dengan aku yang memakai baju kurung moden berwarna sama.
Di kepala aku masih terletak shawl satin berwarna putih lychee yang aku silang sahaja di bahu.

Pandangan aku yang tadinya hanya tertumpu pada jalan tiba tiba terarah kepadanya. Aku jadi terpesona melihat dia dari sisi tepi. Aku tak nafikan, dia nampak extra handsome hari ini. Wajahnya nampak berseri daripada kebiasaan. Aku perhatikan wajahnya dari rambutnya yang jatuh berjurai hingga ke dahi, turun hingga ke rahang yang tajam. Dia dari tadi hanya diam. Mata aku turun memandang lehernya yang berlekuk halkum. Muka aku serta merta jadi panas.

" Mell, hahaha asal tenung aku macam tu?"

Dia pandang aku sekilas. Habis terburai ketawanya melihat aku yang cepat cepat melihat hadapan semula.

Aku geleng laju.

" Mana ada."

" Yes you did. You just stared at me for for 2 minutes straight. Come on, I don't mind at all. It kinda excites me. Please tengok lagi."

" Please. Sikit pun saya tak ada hati nak tengok even awak menari bogel depan saya pun, "

" HAHAHAHA, asal sampai bogel bogel ni? Wait. Are you... Are you fantasizing about me being naked in front of you? What a beautiful thought you have in there sayang. "

Aku tarik muka geli. Malas nak layan dia yang sudah tergelak besar.

Dia buka cerita tentang perancangan perkahwinan. Pasal jemputan, persiapan katering, sehinggalah door gift untuk tetamu. Seperti biasa aku hanya mendengar tanpa menyampuk. 

" Mell... "

Seketika ucapan dia terhenti. Aku dapat rasa dadanya turun naik seperti berdebar. Pegangan pada stereng juga berubah.

" Mell, aku entahlah, macam tak percaya, esok kita akan kahwin. You know, kita berdua, building our own life, having our own kids. Grow old together. Demi Allah, Mell percayalah aku sayang sangat dengan kau. Aku nak jaga kau. I wanna give you everything you need in life. Even aku tak tahu wujud tak perasaan sayang tu bagi kau untuk aku. Aku tak paksa Mell. Let it comes naturally. "

Aku hanya diam menunduk, bermain hujung shawl. Hati aku berkecamuk dengan emosi kosong.

Bila saat Zaquan tinggalkan aku keseorangan di hotel malam itu, aku berjanji akan tutup pintu hati aku untuk lelaki ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bila saat Zaquan tinggalkan aku keseorangan di hotel malam itu, aku berjanji akan tutup pintu hati aku untuk lelaki ini. Aku pujuk diri aku untuk benci dia. Dan buang dia dari hidup aku. Siapa sangka, percaturan hidup bakal menyatukan aku dengan lelaki yang aku benci separuh jiwa aku ini. Tiba tiba terasa sebak. Aku pernah menaruh harapan untuk lelaki disebelah aku ini. Tapi bila aku cuba untuk menyambung semua perasaan itu, aku diuji dengan sakitnya rasa ditinggalkan.

Redrose Where stories live. Discover now