Zaquan"Marry me then"
Terbuntang mata aku apabila sebaris ayat itu spontan keluar dari bibir Mellisa , membuatkan bahagian sereberum otak aku berhenti berfungsi buat 0.001 saat.
"Wh.. What? " Aku tolak badannya ke hadapan. Merenung tidak percaya gadis di hadapan aku ini yang masih berlagak selamba bagai tiada apa-apa yang berlaku. Gila ke nak kahwin? Kenal pun tak sampai seminggu beb! Lambat-lambat, senyuman tersungging dari bibir comel itu sebelum diakhiri dengan derai ketawa gadis itu.
"Ahahahaha, Oh My God, Zaquan! Muka awak sumpah kelakar tadi! Saya gurau jelah" Mellisa spontan menampar bahu aku dengan tangan kirinya.
Aku meraup muka aku. Ceh, aku yang cuak semacam kenapa. Aku lihat Mellisa sudah mulai ketawa. terhibur mungkin, dengan reaksi spontan aku. Aku pandang geram wajah yang masih enak mengetawakan aku itu. Dalam diam entah kenapa aku rasa bahagia sangat, kerana paling kurang, aku dapat melenyapkan rasa sedih dia walaupun sekejap. Aku tenung wajah gadis itu yang sudah berada dalam dunianya sendiri tika ini.
Mellisa.. Mellisa you know what? That bastard, doesn't even deserve someone precious like you. Thank god, you don't end up with him.
Sumpah, kalau ikutkan hati, aku ingin sahaja memeluk gadis dihadapan aku ini.
Aku dapat rasa Mellisa memegang tangan aku. Mata sembabnya menyapa lembut kedua pandangan aku. Aku dapat lihat mata itu kembali berlinang air, namun tetap bibirnya tersenyum memandangku.
"Zaquan, I don't even know where to start. Thank you so much, kalau awak tak ada tadi, mesti.." Aku gigit bibir apabila melihat Mellisa kembali menangis.
"Shh, you'll be fine.". Terasa sempit salur trakea aku apabila gadis ini terus mengetatkan pelukannya pada batang tubuh aku. Tangan aku teragak agak mengusap belakang tubuhnya. Sudahlah gadis ini dari tadi hanya menutup bahagian atas tubuhnya yang bercoli semata dengan bantal sofa.
Sedari tadi, aku hanya mampu menahan rasa apabila melihat dada gebu milik gadis itu yang hanya ditutup dengan sehelai bra bewarna hot pink yang dipakainya. Kontra sahaja dengan kulit putih bersih gadis itu. Baju Tshirt hitamnya telah tercampak dibawah meja dari tadi.
Spontan, aku meneguk liur. Fuck, behave man!
Geram, aku menolak tubuhnya kehadapan perlahan. Aku cari pandangan matanya.
"Listen here, you may think that you'll never get over it, but trust me, you'll be fine. Okay?" Aku usap rambutnya. Laju sahaja tangan aku menyapu air mata di pipi itu.
Dan entah kenapa timbul satu permintaan paling bodoh dari mulut aku tika itu.
"Hmm, Mell, jom kita jenjalan. "
#RedRose
😈😈😈😈😈😈😈😈😈😈😈😈😈😈😈😈😈
Sikit sangat ke updatenya ? Aku pun rasa sikit. Hohoho sorry k. BTW, follow lah account wattpad I 💕
YOU ARE READING
Redrose
Teen FictionMellisa, 23 Sebetulnya, dia hanya ingin lari dari realiti kehidupan. Realiti hidup yang baginya hanya menyempitkan keadaan. Dia tak punya sesiapa dalam hidupnya. Tuhan? Dia tidak kenal siapa tuhannya. Apa yang dia tahu, setiap perkara, dia yang cora...