Sebelas [ Heartless ]

30.1K 719 37
                                    

Zaquan

Aku tak pasti perasaan yang wujud dalam hati aku untuk Mellisa sekarang adakah sekadar simpati atau bukan. Jujur, aku tak pernah rasa macam ni. Terlalu banyak perasaan yang berselirat sesama sendiri mencorak satu lukisan abstrak yang aku sendiri tak pandai nak tafsirkan. Yang pasti, setiap rasa itu terlalu besar untuk aku abaikan. Aku sakit bila dia menangis. Aku bahagia bila dia tersenyum.

Satu saat, aku yakin perasaan aku untuk Mellisa hanyalah atas dasar simpati. Ya, aku simpati.

Jadi buat pertama kalinya, sebaris nama dia meniti dalam doa selepas solat aku. Bersungguh aku mendoakannya hari itu. Bagi aku, ujian hidupnya terlalu berat untuk gadis seperti dia. Tanpa belas masalah menimpanya dari segenap penjuru bagai butiran tasbih yang jatuh apabila talinya putus.

"Mell, nah." aku dekatkan mug berisi milo suam kepadanya. Mellisa hanya pandang tanpa ada niat untuk mengambilnya. Aku mengeluh lagi. Sejak sejam yang lalu, berpuluh puluh panggilan telefon dibuat kepada Hud namun tiada satu pun yang berbalas. Mellisa masih seperti tadi, duduk memeluk lutut di atas sofa. Aku risau dengan keadaannya jadi selepas solat asar, aku datang lagi menemuinya. Dan keadaannya masih sama, menangis dan menangis.

Aku tak pandai memujuk perempuan. Adik aku yang Zulaikha nangis tu pun, aku buat dek je. I'm heartless bila masuk bab mengayat memujuk.

"Mell, wake up. There's nothing you can change by crying."

Aku pandang Mellisa yang masih diam tak berkutik.

Mell, layanlah aku. Pandang mata aku bila aku cakap. Aku tahu kau sedih tapi apa yang aku boleh buat. Kau buat aku serba salah nak tinggalkan kau sorang. Kau buat aku rasa tak sedap nak biarkan kau seorang. Aku tak nak kau fikir kau tak ada siapa-siapa. Walau aku tak tahu background kau, family kau. Tapi percayalah I'll always be here. Kalaulah kau tahu betapa banyaknya aku fikir pasal kau hari ni, fikir pasal masalah kau.

Aku nak keluar sekejap sebelum aku dengar nada dering telefon Mell berbunyi nyaring.

Aku pandang Mellisa yang juga sedang memandang aku. Dari reaksi wajahnya aku dapat teka panggilan itu daripada lelaki bangsat itu. Tanpa tunggu izin Mellisa, aku rampas IPhone 5s itu dari tangannya.

Aku berlalu ke balkoni rumah. Sliding door aku tutup rapat. Ikon hijau aku slide ke tepi.

"Hi darling, dah dapat surat dari lawyer I? I bet dah lah kut, sebab sampai berpuluh call masuk," suara itu pertama mengetuk gegendang telinga aku. Aku ketap gigi geram.

"Bangsat, mana kau letak otak hah? Dulu bukan main kau sayang, sekarang dah bosan kau nak buang tepi je lah?! Kau pikir tu anak kucing ke sial ?"

"Alalala kucing jantan rupanya. Aku tak hamak pun perempuan tu actually. Dan kau, kalau kau nak bela sangat betina tu, belalah sana. Kau jangan nak berlagak gentle sangat kalau kau simpan dia pun sebab nak 'rasa' je. Aku dah cakap, perempuan tu tak hidup tak ada aku. Tengok, sejauh mana dia boleh pergi! Oh, lagi satu kau tolong cakapkan lagi kat betina tu, esok tak payah kerja dah. Aku dah tanak hadap muka dia sampai mampus. I wonder macam manalah dia nak hidup lepas ni? Kau tengok tengokkan jelah betina sundal tu, kang melacur pulak-"

" Bro, kau jaga sikit mulut puaka kau tu! Aku sumpah akan tumbuk muka kau, kalau kau ada kat sini sekarang! " aku genggam tangan, geram. Nafas aku sudah hilang rentak.

"Kau tengoklah, aku janji akan jaga dia lebih baik dari kau jaga dia. Kau yang bodoh sebab buang dia macam sampah. Kau yang bodoh sebab sakitkan hati perempuan yang sayang kau macam tu. Mungkin sekarang dia menangis sebab hilang kau and I'll make sure at the end kau tak lain macam memori kosong dalam hidup dia. Aku janji! Dan masa tu, aku tanak kau jumpa dia lagi."

Aku tak tahu apa yang merasuk aku bila aku menuturkan semua janji itu yang penting semuanya meluncur laju keluar dari mulut aku. Aku matikan telefon, sebelum terpandang satu susuk tubuh Mellisa yang sedang berdiri memandang aku tanpa riak di belakang aku.

" Mell.. aku" hilang terus kata dalam minda aku.

"Please Zaquan, don't make a promise you can't keep and don't say something unless you really meant it. "

Usai berkata dia berlalu masuk ke dalam, aku genggam tangan, untuk mencari beberapa kekuatan sebelum,

"Mell, I meant every single word that I said"

Aku lihat dia sudah berhenti melangkah. Matanya memandang aku tak percaya.

"If you let me, I'll take care of you." sambung aku.

Redrose Where stories live. Discover now