Mellisa
"Ice Cream?" Zaquan menyuakan sebatang Ice cream Magnum Gold kepada aku.
"Hujan hujan ni?" Aku buat muka pelik.
"Why not?" aku gelak sebelum menyambut huluran ice cream dari tangannya.
Aku tarik hujung lengan baju Zaquan menuju ke meja bulat di depan Seven Eleven ini, usai pembayaran dibuat. Idea spontan Zaquan sebenarnya, nak singgah Seven Eleven petang-petang macam ni. Kempunan aiskrim katanya. Aku tahu itu cuma alasannya rekaannya untuk mengajak aku keluar dalam usaha menggembirakan aku. Aku tak tahu tapi aku berasa sungguh selamat dengan lelaki di hadapan aku ini. Siapa sangka pengenalan singkat aku dan Zaquan membawa kami sejauh ini. Tanpa aku sedar, lelaki ini telah menyelamatkan aku, menampar pipi aku dan sekarang kami sedang duduk berdua sambil menikmati aiskrim di luar Seven E.
Aku menarik zip sweater rapat ke dada apabila sejuk mencengkam tulang. Hidung yang kian memerah aku tekan dengan belakang sweater. Sensitif gila! Pantang betul bila sejuk sikit. Kerja gila betul bantai aiskrim sejuk-sejuk camni.
Aku angkat pandangan dan menangkap mata Zaquan yang sedang merenung aku. Hujung bibirnya terselit senyum.
Lambat lambat tawa terhambur dari mulutnya. Membuatkan kening aku bertaut, pelik. Tindakan spontan, aku raba hidung menolak kemungkinan sekiranya ada cairan hingus yang meleleh di situ. Melihat reaksi spontan aku, bertambah kuat gelak tawa Zaquan. Tak suka betul, apabila dipermainkan macam ni. Geram, aku cubit lengannya membuatkan Zaquan mengaduh dalam tawa.
"Tak kelakar lah Zaquan! "
"No, Mell. You know what? You remind me to one of my childhood riddles. Kejap aku ingat balik."
Aku sudah pelik. Apa kena mengena aku dengan teka tekinya pula sekarang? Aku lihat dia sudah bermain dengan jari jarinya dengan mengetuk-ngetuk meja dalam usaha mengingati semula ceritanya.
"Oh okay! You pernah dengar tak teka teki ni?" Zaquan, satu benda yang aku belajar tentangnya hari ni, unpredictable.
"Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang kalau turun, dia perlahan, tapi kalau naik dia laju?" Zaquan menjongketkan kening kirinya, menduga aku.
(Readers pun boleh teka, kalau bijak. Jangan risau soalan ini tidak memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi )
"Hah? Yoyo?"
"No."
"Tali pancing?"
"Nope."
"I don't know! Just give me the answer! "
" The answer isssss-"
"Iss?" soal aku tak sabar.
"hingus! "
Aku berhenti untuk berfikir selama beberapa saat sebelum aku ketawa galak. Sumpah aku tak terfikir langsung ke situ. Aku pandang Zaquan yang turut gelak.
YOU ARE READING
Redrose
TienerfictieMellisa, 23 Sebetulnya, dia hanya ingin lari dari realiti kehidupan. Realiti hidup yang baginya hanya menyempitkan keadaan. Dia tak punya sesiapa dalam hidupnya. Tuhan? Dia tidak kenal siapa tuhannya. Apa yang dia tahu, setiap perkara, dia yang cora...