Mellisa
[5.44pm] Forget me.Itu sahaja. Cuma itu sahaja yang ditinggalkan Mellisa melalui whatsapp, selepas semua ini terjadi. Dua perkataan yang mungkin bagi dia cukup untuk membuatkan aku melupakan semuanya dan menganggap tiada apa apa yang terjadi. Bodoh.
Aku campak telefon pada katil. Melantun beberapa kali sebelum berhenti betul betul di bucu katil. Langkah aku atur menuju koridor. Aku tolak sliding door ke tepi. Membiarkan angin senja menolak tubuh.
Mata aku pejamkan rapat. Kenapa aku boleh terkesan macam ni sekali dengan perempuan yang aku baru kenal tak sampai sebulan? Perempuan yang tiba tiba datang dalam hidup aku.
Aku sendiri keliru dengan perasaan aku.
Aku geram. Aku sedih. Aku marah dan yang paling penting, aku risau dengan keadaan dia sekarang. Aku nak tahu apa dia buat sekarang, aku nak tahu dia kat mana. Aku nak tahu dia dengan siapa.
Semuanya pasal dia, dia, dia.
Dan akhirnya malam itu, aku panjangkan sujud terakhir aku. Berkali kali aku sebut nama perempuan yang sama dengan penuh keikhlasan. Meminta dan merayu agar dia dilindungi dan dalam keadaan sihat sejahtera. Aku tahu, tiada siapa pun yang akan mendengar doa aku selain Dia. Jadi aku luahkan tentang segala-galanya di situ. Dan sumpah aku tak menipu bila ada air mata yang mengalir keluar.
Betapa aku terlalu memikirkan tentang perempuan yang sama sepanjang masa sampaikan aku sebut namanya dalam doa selepas solat aku melebihi tentang doa untuk diriku.
Cinta??
Aku tak menipu bila aku cakap yang sejujur nya aku dah mula sayang dia and I do care about her.
But Love is whole lot different than that. Dan bila aku kata cinta, kalau boleh aku mahu ucapkannya hanya pada seorang. And I want that "someone" to be the only one. Someone I can spend my whole life with." Zaquan, ummi tanya sikit boleh? "
Bicara ummi memecah kesunyian di meja makan malam ini. Cuma ada aku dan dia tika ini. Nadia sejak petang tadi keluar makan menyambut ulang tahun hari kelahiran kawan baiknya.Aku angguk sekali.
" Zaquan, rokok ke?"
Spontan aku terus menoleh ke wajah ummi yang masih beriak tenang. Aku tak boleh gambarkan perasaan terkejut bila tiba tiba soalan itu yang meluncur keluar dari mulut ummi.
Aku gigit bibir. Pura pura langsung tak terkesan dengan soalan ummi. Tapi cuma Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebar yang aku tika ini.
" Zaquan? Ummi tahu Zaquan dengar. Ummi tanya, Zaquan merokok ke? "
" Mana ada. " Aku menguis daging merah dengan hujung jari. Hilang selera makan aku.
" Ummi tahu Zaquan tipu, and you know how much I hate to be lied to. Ummi bukan jadi seorang ibu semalam, Zaquan. I know you more than you think. "
Aku tarik nafas panjang bila ada sebak yang meraja di hati. Aku tak tahu nak luah pada siapa. Aku tak nak nangis depan ummi. Aku anak lelaki. Lelaki kena kuat dan aku tak nak nampak lemah, at least bukan dihadapan sesiapa.
Dan bila tangan ummi naik memegang tangan aku, aku tak boleh kawal bila ada air mata yang membasahi tubir mata.
" Ummi.. abang, abang tak tahu nak cakap dengan siapa. Ummi takkan faham. "
Aku cuba untuk fokus tidak memandang wajah ummi, aku takut kalau air mata itu akhirnya jatuh mengalir.
" Then, fahamkan ummi. Pasal Mellisa ke? "
Aku hanya menunduk, tak mampu bersuara. Bersyukur sekarang cuma ada aku dan ummi di ruangan ini. Aku tak mahu adik adik aku melihat betapa lemahnya abang mereka hanya kerana seorang perempuan yang dia baru kenal.
YOU ARE READING
Redrose
Teen FictionMellisa, 23 Sebetulnya, dia hanya ingin lari dari realiti kehidupan. Realiti hidup yang baginya hanya menyempitkan keadaan. Dia tak punya sesiapa dalam hidupnya. Tuhan? Dia tidak kenal siapa tuhannya. Apa yang dia tahu, setiap perkara, dia yang cora...