Dua Puluh Empat [ ❤ ]

25.4K 689 96
                                    

Mellisa

" Open check lah!" aku separuh terjerit apabila Zain menggerakkan Bishop nya di atas papan catur. Tak perasan mungkin kedudukan Queen aku yang sejak dari awal aku letakkan disitu. Terus dia letakkan semula di tempatnya. Tertekan, rambutnya yang sedia tidak bersikat sengaja di kusut kan. Hehehe tadi nak sangat challenge aku chess! Bukan nak takbur lah, aku dulu pernah menang peringkat negeri masa dekat sekolah menengah. Taklah hebat mana tapi setakat lawan beginners bolehlah kot menang hehe.

[ siapa sini pandai chess? angkat tangan! ]

Zafran di sebelah masih setia menunggu balasan lawan dari Zain. Oh one more thing, Aku macam dah boleh beza sikit diorang ni. Kalau tersasul panggil sikit tu adalah kadang kadang. Unik sangat diorang ni, gaya sama, perangai sama, cara cakap pun sama.

" Noob lah kau! " Kepala Zain ditolak Zafran. Penat mungkin menunggu.

" Susah bodoh. "

Aku ketawa mengekek. Pandangan aku larikan melihat Zu yang baru menuruni tangga menyertai kami. Di tangannya ada sebuah novel sederhana tebal dengan corak bunga ros merah sebagai muka depan. Nak juga menyempit dia duduk di sebelah aku. Serta merta hidung aku menangkap bau wangi Enchanteur dari badannya. Baru mandi kan haruslah wangi.

" Abang mana? " dia tanya sambil matanya dilarikan ke ruang tamu.

" Basuh kereta kat luar, Isnin kan kerja." Aku kembali fokus apabila Zain sudah membuat serang balas. Sedang aku berkira kira ingin membalas, fokus aku dipecahkan dengan bunyi telefon berbunyi nyaring di atas sofa. Kami berempat serentak mendongak. Heh, masing masing malas mengangkat bontot, akhirnya Zafran yang mengalah.

" Ummiiiii, mak ngah telefon! "

Terkocoh kocoh ummi berlari dari luar rumah. Tapak tangannya yang basah dilap ke baju. Entah apa yang diusahakan di luar pun aku tak tahu, aku lihat mukanya yang jelas beriak ceria.

" Assalamualaikum angah. Allahuakbar..baru reti nak telefon. Wasap pun tak berbalas!"

Ummi terus duduk di sofa. Kakinya diunjurkan.

" Ada je ni kat rumah. Semua ada Zen Zafran pun balik. Allah, boleh je.. apa tak bolehnya? Bila tu? "

" Insya Allah! Nanti kita cerita lebih."

Telefon diletakkan semula ke sisi. Masih tersisa senyuman di wajah tua itu, buat aku ingin tahu mengapa. Aku jadi hilang fokus terhadap permainan.

"Akak jalan." bunyi buah catur berlaga buat pandangan aku kembali jatuh pada papan catur. Tau tau sahaja kuda aku sudah tinggal satu. Malas berlama aku tolak castle satu petak sebelum ke hujung menghalang King miliknya dari bergerak setapak ke hadapan. Gelabah, dia mula mencari jalan cuba bebas sebelum aku tamatkan permainan dengan menolak Queen ke depan mencipta taktik Checkmate bodoh.

" Kenapa ummi? " and yeah the curiosity gets the best of me.

" Adik ummi nak singgah tidur sini. Ya Allah rindunya. Lama betul tak datang, raya lepas pun tak balik. "

Aku sekadar mengangguk perlahan. Aku lihat mereka bertiga yang semacam tiada reaksi.

" Diorang tinggal mana ummi? " tanya aku sekadar berbahasa basi.

" Johor. Ni pun singgah sini alang alang nak jenguk apartment baru anak dia dekat KL sana. Anak dia baru je balik Malaysia seminggu lepas, baru lepas graduated" aku menelan maklumat yang baru aku terima tadi dalam otak.

" Nadia pun ada? "

Mata aku menangkap tubuh Zaquan yang tiba tiba melangkah ke dalam rumah dengan kain buruk di tangan.

Redrose Where stories live. Discover now