Tiga Puluh Satu [ Helpless ]

16.9K 593 49
                                    


" So here it is." Madam Tina menghulurkan satu set kertas putih bersaiz A4 yang telah di stapler bersama kepada aku. Sebatang pen hitam turut diberikan bersama.

Wanita yang pada pengamatan aku, berusia lewat 40an itu, aku pandang matanya.

" Actually skop kerja awak tak lah susah mana sayang. You kira beruntung tau, you kerja bawah I. You tak payah nak melacur macam pelacur murah murah tu. Bekerja di bawah agency I, kita bersikap profesional. I tak paksa you layan laki laki kat luar tu sampai ke bilik sayang, all you have to do is to lure them with your sexiness. Being a pole dancer isn't that hard darling. And look at you, I don't see any problem with your sexy body. And since Hud told me that you're quite good, I'm sure, you already have the basic. So don't worry sayang, you'll be guided by the professionals. "

Aku sorokkan gemuruh dengan menggigit hujung bibir.

" So make up your mind darling. You nak ke tak nak? I'm afraid ramai lagi yang nak ganti tempat you kalau you tolak. "

Kate di sebelah aku, hanya tersenyum, seolah mengiakan kata hati aku.

" I..I terima. "

Tangan aku akhirnya turun mencoret tanda tangan di atas garis lurus pada helaian kertas itu.

" Welcome, Mellisa. "

***

Aku baringkan badan pada sofa. Penat. Dari pagi sampai petang aku keluar cari Mell. Macam orang bodoh, aku balik pergi apartment lama, tengok rumah dia dah tukar pemilik. Kak Anne pun dari gayanya langsung tak tahu menahu. Bantal empat segi bercorak vintage aku tekapkan ke kepala. Terasa berat sangat otak bila fikir pasal benda ni. Separuh jiwa aku masih memberontak memaksa aku keluar mencari Mell. Tapi separuh lagi cuba mencari rasional.

Bodoh Zaquan,
Memang dari awal lagi, kau ajak Mell untuk stay rumah sebab dia tak ada tempat tinggal. And dari awal lagi kau tahu, lambat cepat dia akan keluar jugak dari sini. So, kenapa kau nak rasa bersalah sekarang. Mellisa tu bukan budak kecik lagi. Pandai pandai lah dia hidup, lagipun dia ad-

"Ahhhhh! Pergi mampos ah sana! Sikit pun aku tak kisah " Bantal aku baling ke bawah.

Apasal childish sangat kau ni Mell? Perempuan, sikit sikit nak merajuk. Tak fikir panjang.

Tapi, entahlah. Sumpah mulanya, aku tolong dia cuma atas dasar simpati. Sebab aku kesian. That's it. Tak lebih tak kurang. Tapi sekarang, entah macam mana, ada satu urge dalam diri aku untuk lindungi dia. Macam dia dah jadi satu priority untuk aku jaga. Padahal dia bukan siapa siapa. Mellisa bukan sesiapa. Dia bukannya kawan aku. Kenal pun kebetulan. We barely know each other.

" Abang, apa yang jadi sebenarnya? " Zu, yang entah datang dari mana, tiba tiba duduk di sebelah aku.

" Tak ada apa apa lah. "

Kunci kereta yang aku letak di atas meja, aku ambil. Malas berlama, aku bercadang nak tidur dalam bilik.

" Abang, can we talk for a minute, please. "

Aku tolak rambut ke belakang malas. Lambat lambat, aku duduk di hadapannya.

" Hmm. "

" Apa yang jadi semalam? You know, everything went well until last night. Kak Mell berkurung dalam bilik. Tanak bukak mulut langsung masa makan. Bila Zen ajak main chess, dia langsung tak join, kenapa bang? "

" Entahlah, abang.. abang tak tahu. Benda, abang cuma cakap apa je. Selama ni banyak lagi benda pelik abang buat kat dia. Berlawan cakap, selamba je. Tapi dia cool je, entah semalam nak sensitif sangat. "

" Apa dia? " Zu sudah hilang sabar.

Aku tarik nafas.

" Malam tadi, dia gaduh dengan Nadia. Macam budak kecil kau tahu tak, pasal solat je pun. Benda kalau si Mell tu tak nak solat, naik atas. Tahu kan mulut anak Mak ngah tu macam mana? Abang pulak entah macam mana, boleh pulak ternaik suara kat dia. "

" Well, that explains a lot."

" Explains what? "

" She cried all night Abang. See? Abang selalu sebelahkan Kak Nadia. I mean dari dulu lagi. Kita adik beradik semua tau perangai Kak Nadia tu macam mana. Dari dia duduk Jepun sampai sekarang sama je. Abang tau kan, Kak Mell tu bukan ada siapa siapa kat sini. Pernah abang dengar cerita keluarga dia? Macam mana dia tinggalkan keluarga dia? Sebab apa dia duduk seorang sorang? Tak pernah lah kut kan? Konon abang dah kenal lama dengan dia, tapi Zu rasa, Zu lebih kenal dia. Memang Zu nak sebelahkan Kak Mell pun sekarang ni. Kalau abang tau dia tak solat. Pernah abang ajar dia? Kalau nak berdakwah bang, bukan dengan pinggirkan dia. Entah kat mana, dengan siapa dia tidur malam ni, Abang ada fikir? "

Aku pejamkan mata. Cuba menghadam semuanya yang Zu cakap. Sedikit sebanyak, apa yang keluar dari mulut Zu, terus masuk dalam hati aku.

Betullah, kalau difikirkan. Aku tak pernah kenal Mellisa dan aku tak pernah cuba pun untuk kenal dia. Perempuan yang tiba tiba datang dalam hidup aku. Yang kalau dulu aku percaya cuma kebetulan.
Bodoh Zaquan, perempuan yang kau tak kenal tu lah, yang kau pernah peluk, pernah kau cium hari tu. Kau ambil kesempatan sebab kau tahu dia akan diamkan benda tu.

Lelaki jenis apa kau ni sial. Kalau dulu aku pasti aku bukannya lelaki yang selamba bangang pegang perempuan suka hati. Aku tahu hukum agama, halal haram. Nak lagi, aku dibesarkan dalam keluarga yang cukup ilmu agamanya. Walau jauh mana pun aku pergi belajar, merantau ke negara luar, aku tetap tak lepas dengan agama aku.

Tapi dengan kau Mell..
Sumpah, cuma dengan kau je.

Aku jadi Zaquan yang kalah dengan nafsu. Bila aku dengan kau, terus hilang sempadan halal haram yang kalau dulu cukup aku jaga. Aku boleh peluk, cium kau suka hati. Tapi aku cakap dengan diri aku, yang kononnya semuanya atas dorongan nafsu semata. I lied.

Aku suka kau

"Abang, fikir lah sendiri apa abang nak buat. Nah- "

Zu hulurkan sekeping kad putih kepada aku.

" I don't know what it is, I found it on her bed. but I think it might help. Abang, please take her home. "

Butir butir huruf diatas business kad aku baca sekali lalu. Hud?

***

" Assalamualaikum. "

" Hello? Can I know whom am I speaking to?" Ada nada formal pada suaranya.

" Zaquan. Kenal lagi tak? "

" Zaqu- Ohh Zaquan. Ingat pejabat agama mana telefon tadi. " Hud sorok ketawa. Tak sangka lelaki itu akan menelefonnya hari ini.

" Nak apa bro? Macam terdesak je. "

" Free tak? Aku nak jumpa kau sekejap. Sekejap je. "

" Hmm, hari ni tak boleh lah bro. Sibuk, malam karang pun tak boleh, lagiii sibuk. Well, kau tahulah kan, kalau malam ad-"

" Esok. Esok kita jumpa. Nanti aku bagi masa dengan tempat. Assalamualaikum. "

Hud tak boleh tahan gelak, bila panggilan terputus begitu sahaja. Tahu, lelaki itu mesti tengah panas dengannya. Lantak sana. Takkanlah Hud nak kalah senang senang. Ini Hud lah.

Redrose Where stories live. Discover now