Empat Puluh Satu [ Truth ]

16K 771 132
                                    

Press the 🌟button to vote now!

Mellisa

" Siapa dia tu?" Jade simpan bekas first aid semula di dalam almari.

Soalanya aku biarkan tidak berbalas. Aku henyakkan punggung di birai katil.

" Dia lah kan lelaki tu? what don't you just say the truth Mell. Tengok dia dah fikir macam macam." Aku nampak Jade sudah bergerak mengambil sweater miliknya di atas sofa.

" Untuk apa? Suka hati dia lah nak fikir apa. Tak ada kena mengena dengan I."

" See? You dengan keras kepala you. Tak habis habis."

" Jade, kalau you nak sebelahkan lelaki itu, that's it. You pun boleh pergi dengan dia. You know nothing about us." Aku jadi marah.

" Look, I'm sorry okay, I don't know what happened between you and him before. But this.. bekas bekas love bite dekat leher you ni, sebab dia lah kan?"

Aku hanya mendiamkan diri.

" You tak payah cakap lah Mell, dah obvious sangat. "

Aku sengaja buat tak dengar apa yang Jade cakap. Hati aku terlampau sakit dengan Zaquan. Walau separuh jiwa aku masih menyalahkan Zaquan, dan meyakinkan aku bahawa Zaquan lah yang menyebabkan aku kembali ke tempat ini. Separuh lagi terus menerus mendesak membela lelaki itu.

" Jade, can we not talk about this right now?"

" Okay. I'm sorry. I patut biarkan you cool dulu. Ni.. jangan lupa nak makan ubat. Madam suruh you rehat. Tak pasal pasal pengsan kat studio tadi. Risau semua orang. Btw since when you ada low blood pressure ni?"

" Sebenarnya I pun baru tahu. Syukur, masa I jatuh pengsan tu, ada korang semua. Especially you Jade, thank you so much sebab tolong I hantar ubat ubat ni sampai bilik. Siap ada bubur Mcdonald lagi hee. " Aku paksa senyum memandang Jade.

" Nah, sokay. Always know that you can rely on me okay. Dah I balik dulu. Always answer my call tau. Tiffany dah tunggu I kat bawah. Tadi I tumpang dia. "

Aku sekadar menganggukkan kepala sambil menghantar dia keluar.

" Cakap kat Tiffany, thanks juga."

" Sure. " ucap Jade sebelum dia berlalu.

Jade ialah manager agency aku. Dan Tiffany, tunangannya merupakan anak kepada Madam. Sejak hari pertama aku disini, mereka lah yang memberi tunjuk ajar, membantu aku dalam segala hal.

Pintu aku kunci, dan almari besar di sisi kanan aku buka lacinya. Dua mangkuk kecil lilin aromatherapy aku bawa keluar dan nyalakan.

Kepala aku darat kan pada bantal. Mata aku pejam rapat rapat supaya segalanya tentang Zaquan aku lupakan.

***

Three weeks later;

Zaquan

Dah tiga minggu selepas aku berjumpa Mell. Esoknya aku pergi lagi ke hotel itu, ke bilik yang sama. Tapi dia sudah keluar.

Aku keluarkan telefon yang berdering.

" Assalamualaikum ummi. Sihat?" Suara serak aku yang keluar.

" Sihat lah. Zaquan pulak.. sihat?"

" Sihat ummi. Zaquan okey je" laju aku membalas. Malas ingin menambah curiga ummi.

" Iyelah tu.. ummi tahu Zaquan tak sihat. Tolonglah dengar cakap ummi. Dah duduk jauh dengan ummi ni pandai lah jaga diri. Bukannya susah. Baru jaga diri, belum jaga anak bini."

Redrose Where stories live. Discover now