Dua Puluh Lima

18.1K 456 37
                                    

Zaquan

Aku lihat senarai barang yang diberi ummi pagi tadi dengan teliti. Serabut lah, banyak sangat nak dibeli. Kalau ikut senarai ni semuanya lengkap dari sebesar besar pek beras hinggalah sekecil kecil bateri jam dapur. Itu lah ummi suka sangat beli time barang dah dekat nak habis, suka ditangguh tangguh sampai banyak bertimbun. Ni mak ngah nak datang baru nak sibuk beli barang dapur.

Aku pandang troli yang masih belum terisi apa apa sejak tadi. Aku sorong malas melalui barisan rak berisi detergen dan softener yang berbagai jenama.

Terhenti langkah aku apabila pasangan bangla dihadapan aku tiba tiba berhenti serentak. Hesh, besar kecik besar kecik je aku tengok sweet couple ni. Dengan baju undilah BN nya, kemonn, datang Aeon Big pun nak berpimpin tangan bagai dahlah dua dua sejenis. Gaya takut sesat gamaknya. Ingat lagi kes Zu masa dia 7 tahun dulu, dia pernah dicuit dagunya oleh seorang lelaki bangla di Jakel, lepas tu kemain dia nangis gaya orang hilang dara. Buktinya sampai sekarang Zu cukup tak suka dengan bangla ni. Aku sorok senyum.

" Apa lagi? " Mellisa pandang aku.

" Hah?" Aku pandang dia balik dengan muka pelik.

" Ish sinilah! "

Senarai tadi dirampas dari tangan aku. Lahh cakaplah barang,

Aku ikut sahaja langkah dia masuk melalui lorong rak rak yang menempatkan berbagai barangan. Cekap tangannya memilih satu satu barang dan dimasukkan cermat ke dalam troli. Ada gaya isteri mithali berakhlak terpuji. Hehe.

Zu berjalan mendekati kami sebelum meletakkan dua bungkusan coklat Cadbury dalam troli. Mukanya dibuat tidak berperasaan walaupun aku sudah hadiahkan sebuah jelingan maut. Hello, aku pergi tolak duit ummi pagi tadi, sebab nak belanja. Aku nak belanja barang dapur ummi, bukan nak sponsor lemak perempuan ni. Senyap senyap aku tukarkan coklat Cadbury dengan Coklat jenama Tango. HAHAHAHHAHAHAHAH, aku gelak jahat lagi. At least jimat sikit duit aku dua tiga ringgit. Eh, kira baiklah aku belanja!

Memang aku entah kenapa cukup tak masuk dengan Coklat Tango ni ha, rasanya macam tak boleh nak campur langsung dalam mulut.

Aku ikut je langkah Mell dari belakang, langsung tak berenggang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku ikut je langkah Mell dari belakang, langsung tak berenggang. Zu pulak dah hilang entah ke mana. Jam di pergelangan tangan aku jeling sekali seriously lama lagi ke. Aihhhhh penatlahhh!

" weh lama lagi ke? "

Aku langgar belakang badannya dengan troli.

" Ish, tadi nak ikut sangat " dia jeling aku.

Aku mencebik, bosan. Nanti kalau aku ada isteri, aku bagi duit suruh dia pergi sorang. Tak kuasa aku nak jalan. Melihatkan Mellisa yang sudah semakin menjauh, aku kejar langkahnya. Troli aku tolak laju sampai menyaingi badan Mell.

Aku senyum senget bila akhirnya kaki aku terhenti betul betul di hadapan ladies section. Aku jujur lah okay, aku bukanlah type pervert yang sangap tak kena tempat.

Redrose Where stories live. Discover now