Empat Puluh Empat [ ❤ ]

15.4K 744 110
                                    

" Kahwin? Kau nak kita kahwin kan? Let's see how much you want me to be your wife Zaquan. What if you tell ummi the truth. "

Suasana hening di rumah ummi aku pecahkan dengan permintaan luar biasa aku terhadap Zaquan.

"Mell, jangan buat aku macam ni please?"

Aku pandang wajah Zaquan yang pucat. Ada air mata yang bertakung.

" Come on Zaquan, you heard me. kalau betul kau nak kahwin dengan aku, kalau betul-betul kau sayang kan aku, macam kau canangkan dekat ummi, just tell her the truth. Itu harga aku untuk perkahwinan kita. " senafas aku memberi kata putus.

Zaquan terkedu. Dia menggeleng perlahan.

" Mellisa, Ya Allah..kenapa sekarang?"

Sebab aku tahu dia tidak berani. Aku tahu dia tidak mampu. Ya, aku tahu dia takut. Itu yang aku mahu dia rasakan. Aku mahu dia mengalah. Lupakan niatnya untuk bertanggungjawab. Lupakan niatnya untuk berkahwin dengan aku.

Zaquan meraup rambutnya kebelakang. Matanya tidak lagi memandang aku sebaliknya dilakukan ke lantai. Empat pasang mata memandangnya waktu ini. Masing masing menunggu penjelasan darinya.

Bibirnya digigit.

" Zaquan..Zaquan Najmi, apa ni? Zaquan buat apa?" tangan ummi terus menggenggam tangan Zaquan. Aku dapat lihat wajah tua itu yang risau dengan keadaan sekarang.

Zaquan tak mampu menahan air mata yang mengugut untuk jatuh. Tersedu sedan dia menangis. Bergetar tubuhnya menahan sebak. Sedaya upaya dia menahan tangisannya namun dia gagal.

" That's it Zaquan. Kalau kau sendiri tak berani nak cakap, lupakan aku."

Aku berikan senyuman paling sinis untuknya sebelum aku berlalu meninggalkan mereka. Seperti aku agak, dia tidak berani.

Aku teruskan berpaling berjalan meninggalkan Ummi dan Zaquan.

" Ummi..."

Ada suara dari bibir lelaki itu setelah lama membisu, serentak menyebabkan aku berpaling semula. Zaquan sudah sujud dihadapan Ummi. Kaki Ummi dicium lama.

" Ya Allah, Zaquan! Kenapa ni? Bangun, kenapa cium kaki Ummi?"ummi kaget. Tubuh Zaquan ditarik.

Zaquan tenggelam dalam sedu yang panjang. Badannya terhincut hincut menahan tangis.

"Zaqu.. Zaquan.. anak tak guna ummi. Zaquan memang anak yang derhaka, Zaq.. Zaquan berdosa ummi..ampunkan Zaquan.. "

Ummi sudah menunduk. Badan anaknya ditarik supaya berdiri, tapi Zaquan enggan. Kaki ummi dicium rapat. Habis basah dengan air mata yang masih belum berhenti.

" Zaquan anak yang baik, nak.. Semua anak ummi, anak yang baik baik. Kenapa ni sayang?"

Zaquan jeda lama. Tangisannya tidak berhenti.

" Ummi..Zaq– Zaquan d.. d.. dah berzina ummi. Zaquan dah berzina de..dengan Mellisa. "

" Ya Allah..." Ummi jatuh terduduk. Wajah Ummi jelas terkesima. Singgah nya berita itu ke pendengarannya ibarat dunianya turut musnah berkecai.

Aku yang juga terkejut terus mendapatkan tubuh tua itu. Tubuh itu aku dakap. Aku tak mampu menahan air mata dari mengalir turun melihat wajah ummi. Akhirnya aku turut menangis di sisi Ummi.

Terkejut. Aku tidak sangka Zaquan senekad ini. Zaquan masih belum bangkit dari sujudnya ,tidak berhenti kata maaf meluncur dari bibirnya.

" Ya Allah Zaquan.. anak Ummi..sampai nya hati Zaquan buat ummi macam ni, Ya Allah teganya hati Zaquan, "

Redrose Where stories live. Discover now