Mellisa
Entah hari apa, entah bila, aku akhirnya bangun. Persekitaran yang asing lebih dulu menangkap perhatian aku berbanding keadaan diri aku sendiri. Bilik yang serba putih ini, aku perhati. Yang penting ini bukan bilik aku, bukan juga bilik Hud. Clueless.
Aku bangun mengejut, aku pandang tangan kiri yang terasa kebas. Terdapat satu wayar yang disambung terus ke sebuah bekas plastik berisi air. Hospital? Damn great!
Seperti versi ulang tayang, semua perkara semasa parti hari jadi Jane seakan dimainkan semula didalam minda aku.
Kosong.Rasa kosong itu datang lagi. Aku benci rasa tu, macam dikhianati sangat. Hud, aku sayang dia. He means the world to me. Sampai hati Hud, seperti setiap perlakuan Hud telah terakam kemas dalam minda aku tika ini. Terulang-ulang seperti kaset rosak. Menikam setiap kepercayaan aku padanya.
"Mel, oh my god, you've awake!" Aku dengar pintu dibuka, dan tau-tau sahaja Hud sedang memeluk aku. Wajah Hud jelas kelihatan lega apabila melihat aku sedar.
"You tak tahu, betapa risaunya I bila you jatuh kolam hari tu" tangan kanannya mengusap lembut kepala aku. Air mata aku tidak semena-mena jatuh turun mendengarnya. Separuh jiwa aku menangis teruk.
-Oh yeah? I thought you were busy fucking that slut.
Tangannya lincah menuangkan air kedalam gelas, sebelum disuakan kepada aku. Aku hirup perlahan, tekak yang tadinya kering aku basahkan.
"You dah 3 hari pengsan macam ni sayang, thank god you akhirnya bangun hari ni," Hud bangun, ingin mencium dahiku, sebelum aku tepis ke tepi. Jijik membayangkan bibir sama yang telah bergomol dengan perempuan kelmarin ingin mencium dahi aku hari ini. Aku entah kenapa terlebih emosi hari ini.
"Wh..why?" Hud jelas terkejut dengan reaksi aku.
Aku sekadar menggeleng lemah. Jujur, aku sebenarnya tidak mahu merosakkan hubungan kami ini. Lagi pun, aku tiada sesiapa dalam dunia ni.
Sejak 5 tahun aku buat keputusan lari ke sini. Hud lah yang membantu aku. Semuanya. Bantuan kewangan untuk sara hidup. Kondomininium yang aku duduk itu juga adalah hadiah Hud untuk aku.
Well, Hud anak orang kaya. His father owns a big company. Jadi boleh dikatakan hidup Hud senang.
"I'm sorry, I just wanna go back home." Ujar aku separuh hati.
Hud hanya terdiam dan mengangguk sebelum keluar, 5 minit kemudian dia masuk dengan membawa beg pakaian aku setelah mendapat kebenaran doktor untuk aku pulang ke rumah.
Sepanjang dalam kereta, aku diam. Hud asyik tanya keadaan aku. Setiap kali, balasan sama aku beri. Okay. Sampai di depan kondominium aku keluar. Hud seperti biasa ingin membukakan pintu, namun aku tolak. No, just not this time.
Aku malas mendengar sebarang kata dari Hud, yang pasti aku keluar dari kereta dan terus berjalan masuk ke bahagian tangga blok. Dari jauh aku dengar bunyi kereta pergi. Sebak, air mata aku jatuh lagi. Entah kenapa air mata aku, seakan tiada nilai hari ini.
Aku tak mampu nak melangkah lagi. Kaki aku lemah sangat hingga aku terjelopok jatuh di anak tangga pertama. Aku nangis semahu-mahunya kali itu. Jalan hidup ini, aku yang pilih. Aku memang manusia yang tiada nilai.
Perkenalan aku dengan Hud, bukan seindah drama tv. Bukan klise seperti babak novel. Tragis.
Aku ingat hari itu, aku melangkah dengan sisa kekuatan yang aku ada. Mengumpul cebisan kudrat yang tinggal. Aku teguhkan pendirian aku bahawa itulah satu-satunya
pilihan yang aku ada tika itu.Pelacur, murah kan aku?
Ya, memang itu pilihan aku, menjadi seorang pelacur pada umur 18 tahun. Peliknya aku langsung tak menyesal, meninggalkan mak di kampung. Persetankan ayah yang selalu memaki kami anak beranak. Kata ayah, lambat cepat, aku pasti dijualnya.
Jadi, hari itu aku pegang kata hati aku. Aku lari ke bandar. Well, aku tak boleh hidup. Aku tak ada duit. Duit aku cukup-cukup untuk tambang.
Aku masuk ke dalam satu agensi pelacuran ni, jijik. Aku tengok sekeliling aku, perempuan dilayan macam sampah. Digunakan macam pelampias nafsu. Lelaki-lelaki yang melanggan mereka tanpa belas terus merodok mereka. Aku lari keluar. Sumpah, aku tidak sanggup. Aku lari keluar setelah mendapat sejumlah wang dari Atan, bapak ayam aku, untuk sara hidup. Aku tak nak diperlakukan macam tu. Sebelum apa terjadi, aku nekad lari.
Bodoh, beberapa orang lelaki, berlari mengejar aku. Sampai seorang lelaki menghalang mereka, Hud.
Hingga sekarang, aku masih ingat kata-katanya malam itu."Aku nak beli dia, berapa pun, aku ambik."
Hud memang liar, tapi hatinya aku seorang yang faham. Sampai saat ini, dia tak pernah ungkit hal itu. Sekali pun tak! Aku ingat lagi malam itu, aku berjanji, itu kali terakhir aku menangis.Tapi bodoh kan aku? Malam ini, aku nangis lagi. Kecewa, amarah, sedih semuanya bersatu membentuk rasa kosong dalam diri aku. Wajah, aku sembam ke lutut. Dalam hati aku berharap sangat, tiada orang yang melalui tangga ini sekarang. Aku malu.
Tiba-tiba, aku dengar bunyi tapak kaki menuruni tangga sebelum berhenti beberapa anak tangga di belakang aku. Kaget, aku keraskan diri, aku takut.
"Cik?" Suara itu. Lelaki.
"Cik, naiklah bahaya duduk sini." Bahu aku digoyangkan.
"Fuckin leave me alone!!" Aku jerit.
Tiada balasan.Entah tiba-tiba tangan aku ditarik. Aku ingin merentapnya kembali, namun apabila aku mengangkat muka, aku lihat dia, aku jadi pegun.
Lelaki semalam.
Kali ini, wajahnya tegang.Aku harap sangat, aku boleh jalan, namun kaki aku lemah. Belum sempat aku terjatuh ke tanah, sepasang tangan itu lebih cekap menyambut aku. Aku didukung kemas. Wajah aku begitu hampir menyentuh lehernya. Sampai aku rasa bibir aku bergesel dengan lehernya. Aku dapat rasa ada bauan maskulin menyentuh deria aku.
#RedRose
YOU ARE READING
Redrose
Teen FictionMellisa, 23 Sebetulnya, dia hanya ingin lari dari realiti kehidupan. Realiti hidup yang baginya hanya menyempitkan keadaan. Dia tak punya sesiapa dalam hidupnya. Tuhan? Dia tidak kenal siapa tuhannya. Apa yang dia tahu, setiap perkara, dia yang cora...