" PEGANGLAH KUAT KUAT BODOHHH!"
" PEGANGLAH NIIIIII!"
" Okay okay, bismillahirrahmanirrahim" Zain dekatkan pisau pada leher ayam kampung. Cukup lincah tangannya bergerak mengelar leher ayam jantan itu. Lima saat sebelum ayam dicampak semula kedalam semak. Dibiarkan menggelupur pada saat saat terakhir hidupnya.
Rinik peluh pada dahinya, Zaquan lap dengan belakang telapak tangan. Zen sisip kembali pisau ke dalam sarung selesai dibasuh. Zu masih teruja melihat tiga ekor ayam jantan tadi terkapai kapai menggelupur di atas tanah.
" Huyooo Zen sembelih ayam " Zaquan datang menganjing. Di tangannya ada cerek berisi air panas dengan satu mangkuk besar. Melihatkan Zen dengan Zafran yang sudah mencabut selipar ingin masuk ke dalam rumah, dia jadi bengang.
" Woi cabut bulu dulu lah! "
" Kitorang dah sembelih! Abang lah pulak"
"Ah tak ada tak ada, sini dua dua! "
Gaya anak soleh, Zen Zafran hanya akur.
" Suruh lah Zu jugak. " sempat Zafran mengomel. Niat menyambung Dota di dalam bilik ditangguh lagi. Pasu besar yang ummi susun secara terlangkup di tepi rumah orkid mereka ambil jadikan bangku.
Zaquan, perlahan menyiram air panas pada badan dua ekor ayam yang sudah habis nyawanya tadi.
Zu ikut duduk di sebelah Zaquan, kononnya ingin menolong. Lengan bajunya disinsing hingga siku.
" Zu, kau ni selamba je tayang rambut. Masuk pakai tudung! " arah Zaquan melihatkan Zu yang selamba badak sahaja melepak di luar rumah tanpa tudung.
" Mana ada orang! Bukannya Zu dok main sampai jalan pun, orang kat sini je! " Zu masih berkeras. Zaquan sudah bercekak pinggang.
" Heh kang aku aihhh.. Masuk sekarang. Kau tak nampak ada bangla potong rumput kat simpang tu. Abang suruh dia cium kau tahulah! "
Dengar nama bangla barulah mencicit Zu bergerak ke dalam rumah.
Teliti diorang mencabut bulu ayam. Kadang kadang Zaquan merungut bila Zen Zafran seperti sambil lewa menolong.
" Dah siap potong bawang? " suara ummi yang tiba tiba muncul dari belakang buat aku terus menumpukan perhatian pada kerja aku. Tergendala terus aktiviti mengintai mereka sejak tadi.
" Hah? Oh dah dah. " Bawang besar yang sudah siap dipotong aku asingkan ke dalam pinggan. Tiga batang serai yang kami beli semalam, aku ketuk dengan lesung.
" Ummi, tomyam ni nanti nak masukkan ayam je ke?"
" Semalam ummi ada beli sotong kat kedai ikan depan tu, masukkan sekali lah. Lepas tu Mell tolong tengokkan ada lagi tak baki cendawan hari tu. Kalau ada masukkan sekali. "
" Okay! " pintu peti sejuk aku buka luas. Laci sayuran di kedudukan paling bawah aku selongkar.
Hehe, harini ummi mintak aku siapkan lauk utama seorang sorang. Katanya, dia tak nak tolong langsung. Kononnya nak uji aku lah itu lah ini lah. Aku iyakan sahaja. Bukan senang ummi nak bagi kepercayaan macam ni pada aku tau. Lagi lagi hari ni ada tetamu nak datang. Entah, tiba tiba ada rasa teruja menyambut kedatangan keluarga belah ummi.
***
" Ummiiii, mak ngah dah sampaii! " Zen menjerit dari ruang tamu. Wajah ummi aku lihat terus berseri. Ada nada gembira melatari wajah tua itu. Api pada dapur gas dimatikan, sebelum dia bergerak ke hadapan.
Serentak itu, aku dengar laungan salam dari pintu depan.
" Jom kak Mell. " Zu yang tiba tiba masuk ke dapur menarik tangan aku, untuk turut ke hadapan menyambut mereka.
YOU ARE READING
Redrose
Teen FictionMellisa, 23 Sebetulnya, dia hanya ingin lari dari realiti kehidupan. Realiti hidup yang baginya hanya menyempitkan keadaan. Dia tak punya sesiapa dalam hidupnya. Tuhan? Dia tidak kenal siapa tuhannya. Apa yang dia tahu, setiap perkara, dia yang cora...