• Bab 6

1.7K 160 8
                                    

“ Tak ada apalah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ Tak ada apalah. Awak fikir apa, huh ? ” tanya Jimin dan tertawa melihat reaksi aku. Hesh, dia ni mainkan aku pulak ! Aku punyalah berdebar bila dia cakap macam tu. Nasib baik kau hensem tau tak ! Kalau tak, sudah lama tapak tangan aku sampai di muka kau. Aku dah agak kalau dia bergurau. Tak mungkin lah dia suka dengan aku.





“ Tak adalah, saya terkejut bila awak tiba-tiba cakap macam tu. Awak pun tak payah lah cakap macam tu. Saje je buat orang sakit jantung lah. ” ucap aku dan tersengih kecil. Dia hanya tersenyum dan pandang ke depan. Aku nampak pipi dia sedikit merah. Teringat pulak dengan Taehyung. Sebab dia pun, bila malu ke apa. Pipi dia akan merah. Lebih merah daripada pipi Jimin.



Eh ? Pahal nama dia pulak yang aku mention ni ? Tak ada kaitan langsung lah dengan Jimin !



      Selepas beberapa minit berjalan, kitorang tiba di bus stop. Kebetulan dah ada bas yang berhenti. Cepat-cepat aku dengan Jimin naik dan duduk di tempat belakang sekali. Aku ambil tempat di sebelah tingkap. Manakala Jimin di sebelah aku. Bas itu pun mula bergerak ke destinasi seterusnya. Tak sabar nya nak balik, lepastu tidur. Esok nak kena hadap mamat tu pula. Aduhai, apalah nasib aku ni.



“ Aduhai, sejuknya malam ni. Nak kata ada salji. Takde rasanya. Mungkin sebab dah malam kot. ” rungut aku dan melihat ke luar. Angin luar tambah dengan penghawa dingin dalam bas ni. Peh, boleh mati kesejukan aku. Aku menggosok-gosok tapak tangan aku untuk mengurangkan rasa sejuk.



      Tiba-tiba, Jimin mengambil tangan aku dan mengenggamnya erat. Kemudian, dia masukkan tangan aku ke dalam poket jaketnya. Terasa hangat di tangan aku bila dia buat macam tu. Aku tersenyum dan hanya membiarkan tangan aku di dalam genggamannya. Jantung aku mula berdebar dengan kebaikannya. Terasa seperti, hanya aku dan dia sahaja yang ada di dalam dunia ni.


Gomawo. ”



“ Saya pun sejuk juga. Tak salah kan nak buat macam ni ? ”


       Aku hanya tersengih malu dan menganggukkan kepala. Aku tahu, niat dia nak pastikan aku kekal hangat. Baiknya hati dia. Malu pula aku rasa sekarang ni. Jimin menggenggam tangan aku lebih erat. Aku berasa sangat selesa dengan keadaan ni dan aku berharap ianya kekal hangat macam ni. Ini kali pertama aku rasa berdebar dengan dia. Mungkin sebab baru tahun ni, aku mula rapat dengannya.


Haih, kalau Taehyung tu macam Jimin mesti lebih seronok kan ? Takde lah asyik nak buli aku je. Eh kejap ! Apa kena dengan aku ni ?! Kenapa asyik nak mention nama dia ? Dah tak betul agaknya aku ni!



Your Choices [KTH]Where stories live. Discover now