5 Tahun
Dah genap 5 tahun aku berpisah dengan Taehyung. Sekarang, aku dah jadi seorang Cikgu ! Hehe, impian aku daripada kecil lagi. Nak tahu aku mengajar dekat mana ? Mestilah dekat Seika High School.
Aku memang tak boleh nak berpisah dengan sekolah ni. Haha, itu maknanya aku sayang sekolah ni. Taehee pun jadi cikgu macam aku. Jimin pula jadi pilot sekarang. Jarang nampak dia. Asyik ada flight je. Dia sekarang bercinta dengan Yuju. Nayeon pulak dah kerja dekat luar negara.
Baekhyun masih lagi dirawat dalam Hospital mental. Cuma, penyakit dia dah semakin pulih. Tak seteruk macam dulu. Hurm, adalah jugak aku datang melawat. Tapi, dia taknak jumpa aku.
Mak tiri aku dengan Yeolhee dah balik dan bertaubat. Haha, dia dah baik dengan aku. Mungkin sebab harta peninggalan ayah aku itu sebenarnya diwariskan ke aku. Hahaha, so sekarang diorang tak nak melawan aku.
Ala, aku bukannya kejam sangat nak dera diorang. Diorang pun ada hak ke atas harta appa aku. Kongsi-kongsi lah ye. Bangtan ? Diorang dah ada kerjaya masing-masing. Dah lama tak jumpa diorang. Rindulah !
" Yeonni !! "
" Kau ni Taehee, suka buat aku macam ni. Kalau aku mati macam mana ? Tak sempat nak kahwin dengan Taehyung. " ucap aku dan mengurut dada dengan tangan.
" Eheheh, mianhae. Apa tu, appa aku panggil kau dekat pejabat. Katanya, ada berita penting. " ucap Taehee. Eh ? Ada apa agaknya pengetua panggil ?
" Oh, okay. "
Aku terus pergi dekat pejabat dan membuka pintu. Kelihatan Pengetua Kim tengah selak-selak fail yang tebal. Aku menunduk hormat dan tersenyum. Ada berita gembira agaknya yang dia nak bagitahu kat aku.
" Maaf tuan kerana menganggu, tuan ada panggil saya kan tadi ? " tanya aku. Pengetua Kim menutup fail yang tebal tu dan melihat aku. Wajah dia nampak tenang dan biasa je.
" Ini, pasal Taehyung. Besok dia balik dan besok juga hari perkahwinan dia. Jadi, saya nak jemput kamu untuk datang. " ucap Pengetua Kim.
" Ha ?! Perkahwinan ? Taehyung dengan siapa ? " tanya aku. Series, aku terkejut gila bila Pengetua Kim cakap macam tu. Taehyung nak kahwin dengan siapa ? Aku kan ?
YOU ARE READING
Your Choices [KTH]
Romance▷ YOUR CHOICE "Kau pilih lah mana yang terbaik untuk kau. Sama ada aku atau diorang berdua. Ingat cakap aku, pilihan yang kau buat tu biar lah berdasarkan hati kau. Kalau kau betul cintakan dia, pilihlah. Jangan pilih atas dasar terpaksa." edit: in...