• Bab 19

1.3K 132 6
                                    

      Selepas meninggalkan sehelai nota, aku terus pergi untuk pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Selepas meninggalkan sehelai nota, aku terus pergi untuk pulang ke rumah. Aku harap dia akan suka dengan bubur buatan aku tu. Hehehe, aku ni tak ada lah pandai masak sebenarnya. Cuma dulu aku pernah belajar masak bubur dengan ayah aku masa kecil. Tadi, aku dah pun jumpa penyangak yang pukul Jimin dan membayar hutangnya. Mereka dah berjanji untuk tak kacau Jimin lepasni. Lega rasanya !





“ Yah ! Park Yeonni ! ”





     Aku memberhentikan langkah apabila dengar bunyi motor berhenti di sebelah aku dan sahutan yang memang tak menyenangkan telinga. Dia membuka helmetnya dengan kasar dan turun dari motor. Dia ni, memang tak kasi aku senang sekejap kan ? Dia berdiri di hadapan aku dengan muka masam. Dah kenapa pula dia ni ?



“ Nak apa pulak ni ? ”





“ Yah ! Kau daripada mana, huh ? Apesal tak balik rumah lagi ? Rasanya balik sekolah tadi, kau terus balik rumah. Ni kenapa tak balik lagi ? ” tanya dia. Eh eh, yang dia sibuk dengan hal aku kenapa pula ? Dah macam makcik Nam pula nak menyibuk !





“ Eh eh, yang kau melebih kenapa ? Sukahati aku lah nak pergi mana pun. Kau siapa nak tahu ? ” tanya aku dan menyilangkan tangan ke dada. Tiba-tiba, dia mendekatkan wajahnya dengan aku. Aku agak terkejut dan mengundur sedepa darinya. Pahal dia ni ?!





“ Kau tu hamba aku. Kau lupa ? Lebih baik kau bagitahu. Kau keluar dengan Jimin kan ? ” tanya dia dengan nada serius. Aku mula menelan air liur bila dia tengok aku dengan sangat dingin. Peh, boleh beku aku kalau tengok tatapan dia tu ! Aku segera mengalihkan pandangan.





“ Mana ada ! Aku pergi rumah kawan aku lah ! Dia minta aku ajar subjek Science. Mana ada aku pergi jumpa Jimin ! ” ungkal aku. Bukan apa, aku takut kalau aku cakap perkara sebenar dia makin marah. Aduhai, payah betul nak jaga hati orang ni. Akhirnya, muka yang masam mencuka tu berubah seperti biasa.





“ Oh yeke. Aku ingatkan, kau jumpa Jimin. Bukan apa, aku tak suka kau menggedik dengan mana-mana kawan aku selagi kau bergelar hamba aku. Faham ? ” ucap Taehyung. Dia ingat aku ni hak dia ke sampai tak boleh nak rapat ngan mana-mana kawan dia ? Siot punya orang !




“ Sukahati kau lah. Ni yang kau cari aku kenapa pula ? ”





“ Aku..nak minta tolong kau sesuatu boleh ? ”





“ Tolong apa ? Aku tak ada masa tau nak melayan kau. Aku ada benda nak buat dekat rumah. ” ucap aku dan cuba untuk melarikan diri. Tapi, dia lagi pantas menghalang jalan aku. Aduhai, tak boleh ke Taehyung kau bagi aku berehat dekat rumah ? Dahlah tadi melayan Jimin. Ni sekarang, kau ?!

Your Choices [KTH]Where stories live. Discover now