• Bab 21

1.3K 118 11
                                    

       Selepas puas berjalan dan berbual di taman, dia pun bawa aku pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Selepas puas berjalan dan berbual di taman, dia pun bawa aku pulang ke rumah. Aku nak balik sensorang sebenarnya, tapi dia tak benarkan. Katanya, dia tak suka biarkan aku balik sensorang. Tak pernah-pernah dia gentleman dengan aku. Tapi apapun, aku rasa seronok berjalan dengan dia harini. Walaupun, ianya fake sahaja. Dia memberhentikan motor hitam nya di depan rumah aku. Aku turun dari motor dan membuka helmet merah itu.






Gomawo, sebab dah tunaikan permintaan aku dan dah tolong aku jauhkan diri dari kekasih aku yang ramai tu. ”  ucap Taehyung. Aku mengangguk dan memberikan helmet itu kepadanya. Aku teringin nak tahu, kenapa dia ni jadi playboy ? Mesti ada sebab kan ? Walaupun, dia ni kaki perempuan tapi hakikat sebenar dia baik hati orangnya. Nak tanya, takut pula.







“ Taehyung-ah, sampai bila kau nak mainkan hati diorang ? Kau tak kesian ke tengok diorang menangis dan melalak sebab kau ? Kau bukannya series dengan mereka semua. ” ucap aku dengan pandangan agak series. Taehyung mengalihkan pandangan ke arah jalan raya.








“ Aku suka tengok diorang menangis dan berharap. Sama macam apa yang aku pernah lalui dulu. Tapi, sekarang aku nak berubah. Bila dah selalu buat, jiwa aku rasa kosong pula. Jadi, aku nak putuskan mereka satu persatu. ” ucap Taehyung. Aku tersenyum mendengar kata-katanya.







Jeongmal ? Wah, baguslah kalau macam tu. Aku, sokong sangat-sangat keputusan kau. Oh ye, kau ada berapa orang kekasih ? Mesti ambil masa kan nak putuskan mereka semua ? ” tanya aku. Agak-agak ada berapa makwe dia ? 100 ? 200 ? Peh, kalau beratus tu memang sah casanova.






“ Setakat ni, baru ada 25 orang. Separuh dari sekolah kita dan separuh lagi dari sekolah sebelah. Memang ambil masa yang panjang lah kan. Tapi, nak putuskan mereka ada syarat tau. Tak boleh lah suka-suka hati. ” ucap Taehyung dan pandang aku semula.





“ Syarat ? ”







“ Syaratnya, kau kena jadi kekasih palsu aku. Nak putuskan diorang kenalah ada sebab yang kukuh macam tu. Kalau tak, mesti aku dah kena belasah habis-habisan dengan mereka tu. Jadi, macam mana ? Kau nak ke jadi kekasih palsu aku ? Jangan risau, tak lama pun. Paling-paling 3/4 hari. ” ucap Taehyung.






“ Yah ! Michyeosseo ?! Tak nak aku ! Cukuplah tadi aku buat fake date dengan kau. Sekarang, kau nak aku jadi fake girlfriend pula ? Hah, kau jangan nak cari nahas Kim Taehyung ! Aku tak nak ! ” ucap aku yang menolak permintaannya. Cukuplah tadi sahaja aku tersekat berdua dengan dia !

Your Choices [KTH]Where stories live. Discover now