• Bab 28

1.2K 115 25
                                    

🏡 Rumah Taehyung 🏡

🏡 Rumah Taehyung 🏡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


     Aku duduk di atas sofa selepas memasuki rumah Taehyung. Aku terpanar melihat dalaman rumah Taehyung yang sangat mewah dan elegant. Boleh dikatakan barangan perabot dalam rumah Taehyung ni di import dari luar negara. Memang patutlah ramai perempuan nak jadi kekasih dia, orang kaya lah katakan. Tapi, kesian lah dia. Selalu di permainkan oleh perempuan. Taehyung melemparkan sehelai tuala pada aku.






Gomawo.






“ Urm, aku nak pergi mandi dulu. Kalau kau nak makan atau minum, boleh pergi dapur. Pembantu rumah aku tak ada sebab dia balik kampung. Jadi, pandai-pandai lah ya. ” ucap Taehyung dan berlalu pergi. Aku mengelap rambut aku yang basah. Nasib baiklah baju sekolah aku tak berapa basah. Kalau tak, mahunya aku pakai baju dia lagi.







     Haus pula rasanya tekak aku ni. Selepas mengeringkan diri, aku berjalan ke arah dapur. Sambil-sambil tu, aku memerhati persekitaran rumah itu. Aku rasa, keluarga Taehyung ni lagi kaya daripada keluarga aku. Ni semua hasil Tuan Kim yang bersusah payah menjaga sekolah itu. Langkah aku terhenti melihat frame gambar yang tergantung di dinding. Ianya gambar keluarga Taehyung.






“ Herm ? ”






      Ada yang tak kena pada gambar keluarga ni. Ye, Taehyung tak ada di dalam gambar tersebut. Yang ada cumalah Taehee, Puan Kim dan Tuan Kim. Kenapa, Taehyung tak ada di dalam gambar ni ? Takkanlah, terlupa nak ambil. Siapa Taehyung pada keluarga ni sebenarnya ? Aku terpandang satu lagi gambar di sebelahnya. Ianya gambar Taehyung dengan seorang perempuan yang pakai cermin mata hitam dan mereka berada di pantai. Boleh dikatakan, umur mereka 9 atau 10 tahun masa tu.






Kwiyeopta.






      Aku hanya tersenyum dan berjalan ke dapur untuk minum air putih. Peh, dapur rumah ni sangatlah luas dan semua peralatan di rumah ni serba lengkap. Sebiji macam dapur restoran yang mahal-mahal tu. Agak-agak, ada berapa pembantu di dalam rumah ini ? Pakai chef lah tu. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi orang batuk dengan nada yang kuat. Kedua-dua bahu aku terhinjut akibat terkejut mendengar gemaan suara batuknya.





Your Choices [KTH]Where stories live. Discover now