• Bab 35

1K 99 10
                                    

        Series cakap, otak aku sudah stress tengok soalan nombor 10 subjek Kimia ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        Series cakap, otak aku sudah stress tengok soalan nombor 10 subjek Kimia ni. Boleh tak aku bakar buku latihan Kimia ni sekarang ? Cikgu Sungjae memang seorang cikgu yang suka bagi soalan susah. Sebab tu lah aku tak pernah score tinggi subjek ni. Tapi, aku dah berazam untuk dapatkan A+ untuk subjek ni. Aku tak nak sia-siakan harapan ayah aku untuk tengok aku berjaya dalam akademik. Rasa macam nak nangis sahaja tau !





“ Ehem, susah ke soalan tu ? ”





      Aku melihat Yeonni. Dia mengambil buku latihan Kimia aku dan baca soalan itu. Aku tak tahu nak membalas apa terhadap soalannya. Patut ke aku minta tolong dengan dia ? Herm, tak apalah. Aku dalam keadaan darurat, jadi aku perlukan bantuannya. Aku nak sangat jawab soalan susah tu ! Aku nak berjaya dan banggakan keluarga aku ! Yeonni bangun dan pindah duduk di sebelah aku.





“ Haih, biar aku ajar. Kau kalau tak tahu, tanya jelah. Tak payah nak tenung soalan tu lama-lama. Dengar betul-betul, aku terangkan sekali sahaja. Tulis kat tepi kalau ada nota-nota penting ataupun tips formula. ” ucap Yeonni dan memberikan sebatang pen kepada aku. Aku hanya menganggukkan kepala dan fokus terhadap penerangannya.




     Aku mencuri lihat Yeonni yang sedang fokus mengajar aku itu. Dia menyelitkan rambutnya yang terjuntai ke belakang telinga. Bulu matanya yang lentik dan anak mata berwatna coklat hazel tu buatkan aku terpanar. Buatkan aku leka dengan apa yang dia ajar. Kenapa kau cantik sangat, Yeonni ? Haih, sepatutnya aku berhenti sukakan kau. Tapi, tengok kau cantik macam ni. Aku pun jadi kalah. Yeonni mengalihkan anak mata dan pandang aku.





“ Yah, kau dengar tak aku cakap apa ? Jangan nanti kau tak boleh buat kalau ada soalan seakan sama macam ni. ” ucap dia. Mata aku terkedip-kedip apabila dia renung dalam anak mata aku. Aku terus memandang ke depan dan menganggukkan kepala tanda aku faham. Aku tarik buku aku dari tangannya. Mesti pipi aku merona sangat merah ! Malunya !





“ Aku dengar, gomapta.





“ Kau, dari tadi tengok aku ? Wae ? ”




A—aniya. Aku perasan ada kesan lebam di celah bibir kau. Kau okay tak ? Kau bergaduh dengan siapa sampai ada lebam macam tu ? ” tanya aku dengan rasa gugup. Dia perasan ke aku pandang dia dari tadi ? Aduhai. Nasib aku nampak lebam di bibirnya, boleh jadikan topik mengelak. Dia menggeleng dan tutup mulutnya dengan mask semula.





Your Choices [KTH]Where stories live. Discover now