• Bab 44

945 87 4
                                    

﹏﹏﹏◈◈﹏﹏﹏




         Aku membuka kedua matanya apabila telefon dia berbunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Aku membuka kedua matanya apabila telefon dia berbunyi. Yeonni ambil telefon tu dan tengok mesej Taehee yang hantar gambar nota aku minta. Haih, ingatkan apalah. Aku melirik jam yang sudah pukul 9.00 malam. Aku bersandar di birai katil dan termenung sendirian memikir kan mimpi aku tadi. Memori aku semakin lama semakin bertambah baik. V, aku sukakan V dan bukannya Chimchim. Aku menggeleng dan turun dari katil. Aku membuka laci mengambil diari lama aku.







“ Kenapa aku boleh sukakan V ? Bukan ke aku suka dengan Chimchim ? Kenapa cinta aku berubah ?! Mesti ada sebab kan ?! ” ucap aku dan membelek diari itu. Tapi, tiada satu pun cerita tentang kenapa perasaan aku boleh berpindah kepada V. Adakah sebab dia seorang yang baik atau sebab Chimchim ada buat sesuatu pada aku ? Aku mengetap gigi dan menghempas diari itu ke atas meja solek itu.






“ Tak faham betul lah ! ”





       Tiba-tiba, pintu bilik aku dibuka. Aku pandang ke pintu dan tengok Yeolhee yang sudah berpakaian cantik itu. Aduhai, dia ni suka buat orang sakit jantung kan ?! Penat dah aku ulang untuk ketuk pintu. Aku pandang dia yang sedang tenung aku dengan tajam. Biasanya, kalau dia dah pakai lawa-lawa macam ni mesti dia nak keluar. Kelihatan ibu tiri aku muncul di sebelahnya. Oh, dia pun pakai lawa semacam. Mesti nak pergi shopping.






“ Hei perempuan, aku dengan anak aku nak keluar. Kau duduk di rumah dan jaga rumah ni. Jangan pandai-pandai nak keluar tanpa izin aku. Kalau aku tahu kau keluar juga, siaplah. Aku ada sediakan menu untuk kau masak. Sebab balik dari shopping kawan-kawan aku nak datang sambut harijadi Yeolhee. Pastikan kau masak ! Faham tak ?! ” ucap Puan Nam dengan nada serius.






Nae algeusseumnida.




“ Dengar tu ! JANGAN NAK MERAYAP DENGAN JIMIN ATAU TAEHYUNG ! ”





BUM!





“ Hah, stress betul lah aku dengan dua orang. Mak dengan anak sama je perangai. Aku ni dah lah tak sihat. Boleh pula dia nak suruh aku masak untuk harijadi anak dia ? Ingat, aku ni bibik ke ?! Argh ! Menyakitkan hati aku betul lah ! ” keluh aku selepas diorang tutup pintu. Nampaknya, aku tak boleh nak study malam ni. Terpaksa lah masak untuk anak kesayangan dia tu.

Your Choices [KTH]Where stories live. Discover now