Jimin menarik tangan aku sehingga ke tempat permainan shooter. Kini, bayangan Taehyung dah tak kelihatan. Aku melihat tangan aku yang masih digenggam kemas oleh Jimin. Hangat, tapak tangan Jimin sangat hangat. Aku sukakannya. Jimin yang perasan itu, terus meleraikan pegangan tersebut. Dia menggosok-gosok lehernya tanda rasa segan dengan aku. Hehehe, comel lah dia ni.
“ Mianhae sebab tarik tangan awak tadi. Mesti sakit kan tangan awak ? Saya genggam kuat kan tadi ? Maafkan saya. ” ucap Jimin dan menundukkan kepalanya. Aku segera menggelengkan kepala dan menunjukkan pergelangan tangan aku kepadanya. Tak ada langsung kesan merah. Maknanya, dia genggam tangan aku lembut sahaja.
“ Taklah, tak kuat pun. ”
“ Huft, baguslah. Serba salah saya sebab tarik awak sampai ke sini. Oh ye, saya menang kan tadi ? Anak patung ni, awak ambillah. Tak akan saya nak simpan dolphins berwarna merah jambu ni kat dalam bilik saya. Kena gelak dengan Yoongi hyung pulak nanti. ” ucap Jimin dan menghulurkan dolphins itu kepada aku. Aku dengan senang hatinya, ambil patung tersebut. Comelnya, teringat pula dengan aliens.
“ Aliens. ”
“ Awak, masih ingat aliens ? ”
“ Herm ? Awak tahu..pasal aliens ? ”
“ Mestilah saya tahu ! Mana mungkin saya tak tahu pasal patung tu. Lagipun, awak yang berikan patung aliens tu pada saya dulu sebelum saya tinggalkan rumah anak yatim tu. Masih elok patung tu di rumah saya tau. ” ucap Jimin dan terkekeh ketawa. Aku terkejut mendengar kata-katanya. Macam mana pula, dia ada anak patung aliens tu ? Siapa Jimin sebenarnya ?
“ Geundae..”
“ Hesh, tak payahlah paksa diri awak untuk ingat semua tu. Nanti, awak sakit pula. Jomlah kita main permainan di sini, jangan membazir kan token yang ada ni. Herm, kita main yang itulah ! ” ucap Jimin dan mendekati sebuah permainan zombie shooter. Aku masih tercengang dengan ayat Jimin tadi. Aku nak tahu, macam mana dia boleh ada anak patung tu ? Dia ke yang aku jumpa di makam appa dulu ?
‘Jimin, awak ke..V ?’
Aku menggelengkan kepala dengan laju. Tak mungkinlah Jimin tu V. Aku tahu V yang aku jumpa tu, nampak berbeza dengan Jimin. Mungkin, patung yang Jimin maksudkan tu lain ataupun kebetulan sahaja sama dengan patung aliens yang V dapat. Cuma, apa kaitan dia dengan masa lalu aku ? Esh, lantak lah ! Aku mengambil satu pistol di permainan zombie shooter itu. Jimin memasukkan token ke dalamnya.
YOU ARE READING
Your Choices [KTH]
Romance▷ YOUR CHOICE "Kau pilih lah mana yang terbaik untuk kau. Sama ada aku atau diorang berdua. Ingat cakap aku, pilihan yang kau buat tu biar lah berdasarkan hati kau. Kalau kau betul cintakan dia, pilihlah. Jangan pilih atas dasar terpaksa." edit: in...