• Bab 34

1K 100 14
                                    

“ HUH ?! JADI, AWAK IALAH CHIMCHIM ?! ”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ HUH ?! JADI, AWAK IALAH CHIMCHIM ?! ”





“ Ye, nama sebenar saya Park Jimin. Awak yang beri panggilan Chimchim tu pada saya sebab saya pernah pakai baju kuning yang ada corak teady bear. Dulu, saya anggap panggilan nama tu seakan ejekan tapi bila awak yang panggil, ianya comel. ” ucap Jimin. Aku terkedu seketika apabila memikirkan kalau dia ialah Chimchim. Bila baca balik diary lama aku tu, memang aku ni seperti obses dengan lelaki nama Chimchim. Tak sangka pula ianya Jimin !






“ Awak nak cakap dengan saya, budak lelaki yang saya selalu ceritakan dalam buku diary saya tu ialah awak ? Awak ialah cinta pertama saya dulu ?! Awak, Park Jimin ?! ” ucap aku yang masih lagi tak percaya dengan pengakuan dia. Dia menganggukkan kepala dan melepaskan tangan aku yang dia genggam tadi. Perasaan kekok mula menyinggah.





“ Sekarang awak dah tahu kan ? ”





“ Ye, saya betul-betul tak sangka kalau cinta pertama saya dulu, ialah awak Jimin. Kenapa awak tak bagitahu terus kalau awak Chimchim ? ” tanya aku. Yela, dia sendiri cakap aku kawan dia dari kecil. Aku mula-mula ingatkan dia ialah Taetae. Aduhai, apa perlu aku buat sekarang ? Dia mesti akan tuntut cinta dekat aku nanti.





Mianhae, saya tak sedia lagi masa tu. Lagipun, saya tak nak buat awak pening kalau paksa awak mengingat. Jadi, apa perasaan awak bila dapat tahu saya ialah cinta pertama awak ? ” tanya Jimin dengan nada serius. Kan aku dah cakap dia akan tanya soalan begitu ? Aku menggumam bibir kerana berasa gementar.





“ Tak rasa apapun, cuma siapa sangka awak cinta pertama saya dulu. ”





“ Dulu sahaja ke ? Sekarang macam mana ? Adakah perasaan awak masih sama, Yeonni ? ” tanya Jimin. Aku terdiam mendengar soalannya. Sebab aku sendiri pun tak tahu nak bagi jawapan apa. Lagipun, aku masih belum pasti. Memang aku dah ada sebuah perasaan cinta pada Jimin. Tapi, Taehyung ? Aku masih berfikir tentangnya.





“ Saya— ”





“ Awak sukakan orang lain ? ”





Geugeon aniya. Saya tak ada perasaan pada sesiapa pun. Saya perlukan masa Jimin. Walaupun kita kenal dari kecil, memori saya masih dalam proses penyembuhan. Jadi, saya masih keliru dengan semua benda. Mianhaeyo. ” ucap aku dan memandang wajahnya dengan riak sayu. Ye, masih ada banyak memori yang aku tak ingat.

Your Choices [KTH]Where stories live. Discover now