Aku melangkah keluar dari kelas dengan perasaan kecewa. Pertama, sebab aku kena marah dengan cikgu Jay tu. Hahah, aku lupa siapkan kerja sekolah dia tu yang dia marah. Kedua, sebab cikgu kelas aku suruh Jimin yang bawa Nayeon keliling sekolah ni. Herm, kenapa tak pilih aku ? Bukanlah sebab aku jeles ke apa, tapi aku suka berkawan dengan Nayeon. Aku rasa tenang bila dengan dia. Haih, jahat sangat ke aku sampai cikgu lebih pilih Jimin daripada aku ?
“ Taehyung oppa. ”
Aku berhenti dari berjalan dan menoleh ke belakang. Ah, dia ni rupanya. Bekas kekasih aku yang ke-29 atau 30 mungkin ? Nama dia Soo Ah budak kelas 4-5. Aku memusingkan badan menghadap dia dan berikan tenungan malas padanya. Bukan apa, aku tak ada mood lagi nak layan siapa-siapa sekarang. Kenapa mesti kau yang muncul di depan aku ? Haih, malas betul lah. Dia menundukkan kepala dan mengambil nafas sedalamnya. Dah kenapa dia ni ?
“ Kau nak apa ? ”
“ Oppa, kenapa tak balas langsung mesej saya ? Saya masih sayangkan oppa. Jomlah kita couple semula. ”
“ Berapa kali aku nak cakap dengan kau ? Aku, kalau dah putus dengan seseorang aku tak akan couple lagi dengan perempuan tu. Lagipun, aku dah tak suka dengan kau. Carilah orang lain, Soo Ah. Rimas aku lah dengan kau ni. ” ucap aku dengan nada sindiran dan berlalu pergi. Tapi, tiba-tiba dia memeluk aku dari belakang. Dengan pantas, aku menolak supaya tidak peluk aku. Aku pandang dia dengan tajam.
“ Oppa, bagi lah saya peluang. Apa kurangnya saya di mata oppa ?! Oppa dah ada orang baru ke ? ”
“ Kalau ada pun, apa masalahnya dengan kau ? Kau siapa nak tentukan hidup aku ? ”
“ Mwo ?! Wah, cepat betul oppa cari orang lain kan ?! Apa, cantik sangat ke perempuan tu sampai oppa putuskan saya ?! Heh, cakap jelah kalau oppa sebenarnya mainkan dia saja kan ? Saya tahulah kalau oppa tu kaki perempuan ! Just leave her ! Saya lagi layak bersama oppa berbanding perempuan tu ! ” ucap Soo Ah dengan nada tinggi. Tenungan aku semakin tajam membuatkan dia sedikir terkejut dan gerun. Aku rapatkan diri aku dengan dia.
“ Kau cermin dulu diri kau. Taraf kau dengan aku, sangat lah jauh. Kau tu bagaikan sampah. Sedarlah, kau pun dah kena jerat permainan aku. Lantaklah kau nak cakap aku apapun. Tapi, aku tak akan suka kau. Perempuan yang aku suka kalini, 100% lebih cantik dan lebih layak berbanding sampah macam kau. Malulah sikit, merayu macam ni. Kau, tak ada maruah ke ? Kau pun, cuma nak duit aku kan ? So, mirror yourself dear. ” ucap aku dengan nada mendatar.
YOU ARE READING
Your Choices [KTH]
Romantizm▷ YOUR CHOICE "Kau pilih lah mana yang terbaik untuk kau. Sama ada aku atau diorang berdua. Ingat cakap aku, pilihan yang kau buat tu biar lah berdasarkan hati kau. Kalau kau betul cintakan dia, pilihlah. Jangan pilih atas dasar terpaksa." edit: in...