• Bab 9

1.6K 169 9
                                    

      Selepas makan di restoran jjajangmyeon, aku dengan Yeonni pergi ke kedai buku yang berhampiran dengan restoran yang kitorang pergi tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Selepas makan di restoran jjajangmyeon, aku dengan Yeonni pergi ke kedai buku yang berhampiran dengan restoran yang kitorang pergi tadi. Aku nak cari buku rujukan untuk pelajaran esok. Tu yang sengaja singgah kedai buku. Rasanya ini kali pertama aku datang kedai buku. Hahaha, sejak bila lah Kim Taehyung minat buku ni ? Bukan ke Taehyung suka bola keranjang ? Ini semua sebab dia. Aku nak perhatian dari dia.





“ Yah Yeonni, buku ni okay tak ? Ke buku yang ni ? Aku tak tahu nak pilih yang mana sebab isi kandungan dia lebih kurang je. Kau kan lebih arif pasal buku, kau pilihkan lah satu untuk aku. ” tanya aku dan menayangkan dua buku latihan Kimia di depannnya. Dia mengambil buku yang di tangan kanan aku dan membelek-belek di dalamnya. Dia menayangkan buku yang di tangan kirinya.




“ Aku pilih yang ni. Buku ni lebih sesuai sebab nota nya lebih ringkas dan ada contoh. Kau tu dah lah susah faham, baca nota ringkas macam ni bagus tau. Jadi, kau beli yang ni. ” ucap dia. Aku mengangguk dan meletakkan semula buku yang pilihan pertama. Aku melihat dia yang sibuk membelek buku di bahagian novel. Dia ambil sebuah buku dan membaca bahagian belakang buku itu.




“ Kau, ada nak beli apa-apa tak ? ”





“ Tak ada. Rumah aku dah banyak buku. Semua belum habis baca lagi. Dah jom bayar, kau dah habis pilih kan ? ” ucap dia dan meletakkan semua buku itu di raknya. Dia berjalan pergi ke kaunter. Aku mencuri tengok buku yang dia belek tadi. Apa yang seronok dengan buku tu sampai dia tak berganjak dari bahagian novel ? Aku tahu dia nak beli sebenarnya.




Old Little Prince




      Aku tertawa kecil apabila membaca tajuk buku tu. Macam budak-budak lah, baca buku macam ni. Aku ingat dia jenis baca huku sekolah je. Aku ambil buku itu dan terus pergi ke kaunter. Selepas membayar buku-buku itu, aku dan Yeonni berjalan keluar dari kedai tu. Aku berdiri di sebelah nya dan mengeluarkan buku yang dia suka itu. Aku menghulurkan buku itu di hadapannya.




“ Nah. ”




        Aku berdehem kecil. Rasa kekok pula bila buat baik dengan dia. Kalau tak selalunya nak cari gaduh je dengan dia. Yeonni terkejut bila nampak buku itu ada di hadapan mukanya. Aku dah agak dia akan buat muka terkejut itu. Dia mengambil buku itu dan melihatnya. Muka dia mula merona merah. Dia pandang aku semula dengan riak muka tak percaya. Baru tahu ke kalau aku ni baik sebenarnya ?




Mwoya ?! Ya—yang kau beli buku ni kenapa ? Untuk aku ke ni ?! Serieslah ?! Kenapa kau bagi aku buku ni ? Yah ! ” tanya dia yang kelihatan teruja dengan senyuman lebar. Dia ambil buku itu dan membeleknya. Dia ni, memang obses dengan buku agaknya. Aku tersenyum dan mengangguk. Dia ni memang Comel kan ? Boleh tak nak cubit pipi dia ?





Your Choices [KTH]Where stories live. Discover now