1

2.6K 251 88
                                    

Aku melangkah masuk kedalam rumah baru kami. Ya aku berpindah dari Daegu ke Busan atas pekerjaan appaku.

Cantik. Besar. Dan ya kene pindah sekolah jugak. Aih. Tahun ni dah 3 kali pindah sekolah.

Aku mengambil beg bajuku dan mengemasnya. Dalam beberapa minit, lori yang membawa semua perabot rumahku telah sampai.

Haritu juga kami kemas semuanya. Penat juga. Nasib tak banyak sangat perabot.

+

Aku melangkah masuk ke sekolah baruku. Besar jugak lah. Aku berjalan dan mencari kelasku. 5a1. Mana ya?

"Minta maaf ahjumma tumpang tanya, mana kelas 5a1 ya?" tanyaku kepada ahjumma yang bekerja di situ.

"5a1 dekat block b tingkat 3 hujung sekali"  kata ahjumma tersebut. "Kamsahamnida" kataku dan terus berjalan ke kelasku.

5a1

Aku terus mengetuk pintu setelah nampak nama kelasku.

tok tok

"Oh ya ni budak baru dalam kelas kamu semua ya. Awak masuk lah" kata cikgu tersebut.

Aku masuk dan berdiri di hadapan kelas.

"Kamu boleh kenalkan diri" kata cikgu.

"Annyeonghaseyo, Kim Jungmin imnida, sila tunjuk ajar" kataku.

'cantik sia'

'sapa yeoja ni? ew jangan harap boleh jadi queenka sekolah ni'

'boleh game dengan dia ni'

'yeoja ni macam senang je nak pijak kepala'

'wah she's so cute'

"Jungmin, nama saya Jeon Taeyoon. Panggil Miss saja ya. Jungmin boleh duduk di sebelahh... Jimin. Jimin sila angkat tangan" kata Miss.

Mataku meliar mencari seseorang yang bernama Jimin. Dia duduk di barisan tengah selang 3 meja yang berada di depanku.

Aku berjalan dan duduk di sebelah Jimin. Dalam diam-diam aku memandang mukanya.

'Bunuh'

'kau patut mati'

'pukul 8, Restoran X'

'gantung'

'waeyo tak luangkan masa dengan Jimin?'

'Urgh hate school'

'nak ponteng nanti'

'chandelier'

'doktor'

'pistol or sniper'

'Apa kata kita siat kulit dia?'

Aku pendang ke depan dan cuba untuk fokus.  Tapi Jimin ni anggap aku tak wujud ke? Sebelah je pun. Langsung tak kenalkan diri. Aku kembali memandang mukanya.

'potong kaki dia, tangan, kepala'

'kalau letak racun? tak best lah'

Gosh makin pening aku di buatnya. Aku terus memandang kehadapan dan fokus apa yang cikgu ajar. Aku cuba untuk melupakan perkara tadi. Seram aku dibuatnya.

|||||||||||

The Sixth Sense Girl- P.J.M✔Where stories live. Discover now