"I do anything to get your heart.. Trust me.. I will.."
Wonho melangkah keluar dari kafe dengan hati yang berbaur pelik. Sanggupkah aku?
"Hyung.. Wonho hyung.. Tunggu" jerit Kwang Soo.
Wonho berpaling dan memandang pelik Kwang Soo. "Hyung mesti pelik kenapa saya cakap dengan hyung macam tu tadi. Jom kita borak dekat taman sana" ujar Kwang Soo tersenyum.
Mereka berdua duduk di taman. Kwang Soo mengeluh sebelum memulakan ceritanya.
"Hyo noona dulu lagi manja, senyum selalu dan peramah gila tak kira dengan lelaki atau perempuan. Hati dia pendek kata memang baik la. Tapi lepas dia kena tinggal dengan lelaki tak guna tu 3 tahun lepas semuanya berubah" kata Kwang Soo, mukanya seperti menahan amarah yang amat.
Wonho mengerutkan dahinya. "Kena tinggal? Jadi Hyo noona memang pernah bercinta la ni?". Kwang Soo mengangguk, "Hyo noona jenis susah nak terima orang dalam hidup dia, bayangkan saja dia duduk di luar negara sejak umur dia 12 tahun lagi. Hanya rapat dengan Il Guk hyung saja".
"Noona masa tu di Paris, bercinta di sana dengan orang Korea juga. Mereka masih belajar lagi, sesekali Hyo noona akan balik ke Korea untuk tengokkan kafe tu. Bila noona balik Paris, dia terkejut tengok ex dia dengan rakan sebiliknya. Lelaki tu kata noona tu hanya digamekan saja. Pertaruhan gila rakan sebiliknya dengan rakan serumah yang lain".
"Bila noona tahu semuanya, mereka putus dan noona balik ke Korea. Masa tu, noona lebih banyak berkurung dan termenung sahaja. Puas jugak Il Guk hyung pujuk hingga suatu hari tu, noona keluar dan buat macam tak pernah ada apa² berlaku" sambung Kwang Soo.
Wonho terkedu. Apa yang dia buat sama seperti lelaki tu buat pada Ji Hyo dulu. Wonho meraup mukanya dan matanya memandang Kwang Soo yang hanya mendonggak ke langit.
Kwang Soo mengeluh lagi "sebab tu kami semua jadi overprotective terhadap noona. Kami hanya mahukan yang terbaik untuk noona. Bila noona terluka, kami pun terluka".
Wonho terdiam "hyung janji, hyung akan buat Hyo noona sentiasa happy" tepuk Wonho pada bahu Kwang Soo. Kwang Soo tiba² melompat. Eh dah kenapa budak ni.
"Yahooo.. Janji hyung?" Soal Kwang Soo selepas membuat lompatan peliknya tu. Wonho mengangguk laju dan tersenyum.
Dia pasti, hatinya memang sudah dicuri pencuri hati bermata bulat tu. Dia yakin seyakinnya.
"Hyung menari jom.. Penat la bercerita hal sedih noona...."
Wonho hanya ╮(╯▽╰)╭ apa² je la budak...
~~skip~~
Apartment Wonho...
YOU ARE READING
Sweet Talker ♥ Complete ♥
RomanceSi mulut manis berjumpa si mulut puaka.. Bermulanya misi taruhan memikat, tetapi hati mula terpikat.. "Awwww.. Tak sangka ada bunga dekat sini... "Pergi mati dengan ayat² kambing kau.." .......... "Tak sangka aku betul² terkena.. Kau hebat.. Thanks...