"He's back... Memory please go away.."
🌹 Jiji Café 🌹
"Selamat datang en.." Ucapan Jong Suk terhenti bila terpandang wajah dihadapannya. Pehal dia ni dekat sini?
"Hmmm.. Kenapa? Tak nak teruskan sapaan kepada pelanggan?" Tegur seseorang.
"Kalau kau ni, tak payah nak bagi sapaan.. Elok bagi pelempang je.. Buang masa aku je nak sapa kau, Kwang Soo kau serve orang gila ni" jerit Jong Suk pada Kwang Soo yang kebetulan lalu.
Kwang Soo memandang pelik, owhh dia ni. "Yaa encik, mahu minum apa?" Soal Kwang Soo bermalasan.
"Song Ji Hyo ada?" Soal si jejaka.
"Maaf kami jual kopi dan dessert sahaja.. Tak jual yeoja ya.. Kalau nak cari yeoja sila ke tempat lain" bidas Woo Bin yang datang ke kaunter.
Si jejaka sudah tersenyum sinis, ciss korang semua masih sama. Masih overprotective terhadap noona korang ya.
Matanya yang meliar menangkap kelibat pasangan yang bergurau mesra masuk ke dalam kafe.
"Heyy mana boleh oppa punya rambut lagi lembut okay.." Ahh gedik betul mamat ni. "Jangan over boleh tak, rambut Hyo lagi lembut" Ji Hyo sudah melibaskan rambutnya ke muka Wonho.
Gerakkan Ji Hyo terhenti saat melihat muka di hadapannya. Wonho yang masuk ke dalam kafe turut berhenti bila melihat Ji Hyo yang terkaku.
"Weiihh bro, lama gila tak nampak kau.. Mana kau hilang haa?" Separa menjerit Wonho menyapa si jejaka. Ji Hyo sudah memandang Wonho, dia kenal ke?.
"Aku baru sampai semalam.. Syarikat aku hantar aku jumpa kau semalam, tapi masa aku sampai kau dah keluar. By the way, who the beautiful lady?" Kening si jejaka sudah terangkat.
"Mrs. Shin Ji Hyo" Wonho memegang erat pinggang kecil Ji Hyo dan tersenyum lebar.
Ji Hyo sudah mula mencubit perut Wonho, "Aduii sayang, sakit la".
Si jejaka menghulurkan tangan, "Lee Jong Hyun.. Kawan Wonho.. Nice to meet you princess".
Ji Hyo mengambil tangan Wonho dan membiarkan Wonho yang menyambut huluran "Song Ji Hyo.. Just Song Ji Hyo not princess.. Only my Wonwon oppa can call me that.. Right baby boo" Ji Hyo tersenyum manja.
Wonho sudah memandang pelik tapi hatinya gembira, mana tanya dipanggil oppa. Mahunya nak melompat sekarang ni.
Jong Hyun tersenyum. Wonho? Lagi la, macam kerang busuk dah dengan sengihan melebar.
"Oppa duduk dulu dengan kawan oppa ni, Hyo buatkan kopi untuk oppa ya" Ji Hyo menolak lembut badan Wonho.
Wonho tersenyum lagi, bahagia betul hari ni. Woo Bin yang melihat dari tadi mempamerkan riak risau hinggakan Kwang Soo memanggilnya pun tak diendahkan.
YOU ARE READING
Sweet Talker ♥ Complete ♥
RomanceSi mulut manis berjumpa si mulut puaka.. Bermulanya misi taruhan memikat, tetapi hati mula terpikat.. "Awwww.. Tak sangka ada bunga dekat sini... "Pergi mati dengan ayat² kambing kau.." .......... "Tak sangka aku betul² terkena.. Kau hebat.. Thanks...