🏬WH Company
"Aishhh ni semua pasal perempuan tu la, kalau tak mesti sempat nak jumpa dengan Anna" keluh Wonho sambil badannya dihempaskan ke sofa empuk di dalam biliknya. Anna? Gadis lain, pagi tadi dekat kafe gadis lain yang ni gadis lain pula. Such a player betul mamat ni.
Tok! Tok! Ketukan dari cermin luar memberhentikan Wonho dari terus membebel.
"Woiii senget!!" Terjegul muka Hanbin dari pintu. "Kau pergi kafe tu tak ajak aku ya? Aku dengar big boss dia ada tadi". Wonho mengangkat keningnya. Masuk bilik kerja aku untuk tanya ni je ke?.
"Big boss kafe'? Siapa? Penting sangat ke? Macam mana kau tahu pulak?" soal Wonho. Hanbin sudah tersengih. "Ada laa dia tu, pergghhhhh meletop kau. Gaya dia memang swag but sweet Sesuai betul dengan taste aku ni" dabik Hanbin.
Cehhh.. "Bukan kau pilih nak buat calon isteri pun, yang tepi jalan pun kau hadap" ejek Wonho. "Ciss aku yang kau kenakan" cebik Hanbin. "Dah, Kau jangan lupa meeting dengan client dari luar tu, aku tak nak hilang client ni" tegur Wonho.
Aiyayaya sir senyum Hanbin yang sudah bergerak keluar dari biliknya. Aishhh kerja menimbun, tak boleh la aku nak cuci mata tenghari ni keluh Wonho.
⏳⌛~skip~⌛⏳
~~coffee supplier~~
"Noona tak nak tanggalkan ke topeng muka noona ni, adooii ingat noona idol ke nak tutup² muka bagai" soal Kwang Soo. "Aigggoooo noona lupa la" kata Ji Hyo lalu menanggalkan topeng mukanya.
Terserlah kulitnya yang mulus, rambutnya yang ditutupi topi dibuka. "Haa, kan cantik macam ni" puji Kwang Soo.
"Kau baru tahu ke noona ni cantik, huh" kata Ji Hyo, rambutnya dilibas ke muka Kwang Soo. Perasan betul pendek ni, tapi noona memang cantik pun. Kalau la dia anggap aku lebih dari pekerja owwhh indahnya dunia renung Kwang Soo.
"Kau nak aku lempang muka kau kat sini ke? Pehal gila tenung² muka aku ni. Aiii ada jugak makan penumbuk ni kang" soal Ji Hyo, tangannya sudah digenggam acah² mahu menumbuk Kwang Soo.
Kwang Soo dah mengelak "ehhh jangan², jom kita lewat dah. Nanti noona lambat jumpa supplier tu".
Ji Hyo menjeling tajam. Siap kau kat kafe nanti. Kwang Soo sudah menelan air liurnya dengan perit. Pandangan ni memang aku kenal, balik nanti aku kena lari dulu kata hati Kwang Soo.
~⏳⌛~skip~⌛⏳~
🏬WH Company
Seharian di pejabat membuatkan Wonho gila mana taknya kerja menimbun, ditambah lagi dengan deringan fonnya sekejap Anna, sekejap Sally pendek kata semuanya dari perempuan.
YOU ARE READING
Sweet Talker ♥ Complete ♥
Roman d'amourSi mulut manis berjumpa si mulut puaka.. Bermulanya misi taruhan memikat, tetapi hati mula terpikat.. "Awwww.. Tak sangka ada bunga dekat sini... "Pergi mati dengan ayat² kambing kau.." .......... "Tak sangka aku betul² terkena.. Kau hebat.. Thanks...