"When the past keep turning back in my memory's..."
🏬 WH Company
"Hai Minji.. En. Shin ada tak?" Tegur Ji Hyo pada p.a buah hatinya, sejak dua menjak rutinnya memang suka sangat menghantar apa² makanan kepada Wonho.
"Ehh Miss Ji Hyo.. Ada je.. Jap ya, saya interkom dia" Minji tersenyum mesra.
Ji Hyo menggelengkan kepalanya "tak perlulah, dia sibukkan.. Biarkan dia dengan kerjanya.. Nanti saya sendiri tunggu dia dekat kereta je, saja tanya takut dia tak ada dekat pejabat je.. Haaa sebelum terlupa ni untuk awak ya" diserahkan sekotak dessert pada Minji.
Minji tersenyum, "Terima kasih Miss Ji Hyo, susah² je.. Apa ni? Miss buat sendiri ya" tangannya lincah membuka kotak.
"Waaaahh bau dia harumnya.. Rasa mesti tip top kan..
"Alaa.. Untuk Minji je ke? Oppa punya sayang? Tak aci la macam ni" soal Wonho yang memeluk Ji Hyo dari arah belakang.
"Yah!! Terkejut saya, awak ni.. Malu la sikit Minji tengok tu" Ji Hyo sudah menepuk kuat tangan yang memeluknya.
Wonho hanya tersengih, tangannya masih setia memeluk kekasih hati. Minji hanya mampu tergelak, macam² la boss aku ni.
"En. Shin Wonho lepas la, awak nak buat drama romantik apanya kat lobi syarikat awak ni.. Baik lepas sebelum saya ni gigit tangan awak ni" ugut Ji Hyo.
Dengar perkataan gigit je, terus dilepaskan pelukan. "Heee.. Mian sayang.. Untuk oppa ada tak? Lapar ni.. Rindu nak makan dessert sayang buat" sengaja dimuncungkan bibirnya.
"Bukan kata taknak ke? Kelmarin saja kata berat badan dah naik la apa la.. Mengalahkan saya yang perempuan ni" ejek Ji Hyo.
Wonho mengeleng pantas "eh oppa sasa beb.. Haaa tengok lengan"
YOU ARE READING
Sweet Talker ♥ Complete ♥
RomanceSi mulut manis berjumpa si mulut puaka.. Bermulanya misi taruhan memikat, tetapi hati mula terpikat.. "Awwww.. Tak sangka ada bunga dekat sini... "Pergi mati dengan ayat² kambing kau.." .......... "Tak sangka aku betul² terkena.. Kau hebat.. Thanks...