Sweet -28-

2.6K 224 35
                                    

"Starting again?...."

Wonho dan Jong Hyun masih lagi memandang di antara satu sama. Ingat ni acara renung merenung ke?

"Kalau aku tak dapat Ji Hyo, kau pun takkan dapat dia" sekali lagi Jong Hyun cuba menaikkan darah Wonho.

"Dia pun taknak dekat kau la.. Kau cakap la apa pun.. Aku ni sikit pun takkan goyah ok" dengan tenangnya Wonho membalas.

Jong Suk dan Kwang Soo yang baru selesai menutup kedai, mula memandang ke arah mereka bertiga.

"Owhh god.. Dia ni memang tak faham bahasa ke apa? Meh.. Soo kita cakap bahasa alien dengan dia" Jong Suk mula menarik tangan Kwang Soo ke sisi Ji Hyo.

Tanpa Ji Hyo sedar dia sendiri memegang rapat hujung baju Wonho. Kwang Soo yang perasan kelakuan noonanya mula menyiku lengan Jong Suk.

"Wae!!" Bisik Jong Suk, geram pulak dengan panjang ni. Kita sibuk nak leraikan orang tengah bergaduh ni, dia pulak sibuk nak menyenggol² dengan kita.

"Tu..." Kwang Soo menunjuk ke arah tangan Ji Hyo yang pegang baju Wonho. Jong Suk tersenyum, alahai noona ni marah² sayang ya.

"Noona ok tak ni?" Sergahan Kwang Soo menyebabkan dia terperanjat. "Ha? Haaa.. Ok²" jawab Ji Hyo tergagap². Hujung baju Wonho yang dipegangnya dilepaskan.

"Tolong leraikan mereka ni.." Pinta Ji Hyo lagi. Kwang Soo mengangguk laju.

"Hyung.. Dah la.. Layan la orang gila ni.. Hey kau kambing.. #%$¥¥}∆×÷Π∆£€.." Kwang Soo mula membebel.

Pakk!!!

"Auwww.. Kepala aku" kwang Soo memegang kepalanya.

"Kau cakap apa setannn.. Haissh aku elok je kat sini, menyirap pula tengok kau cakap bahasa alien ni..  Hyung.. Biar je si kambing ni.. Dah la mari balik" Jong Suk cuba menenangkan suasana tegang.

Jong Hyun hanya memandang "uuu siap ada backup tu.. Pengecut!" Jong Hyun mencuba lagi untuk naikkan darah Wonho.

Wonho mengepal penumbuknya, namun ditahan cepat Jong Suk. "Hyung.." Jong Suk mengelengkan kepalanya.

Jong Hyun masih tidak mahu mengalah dan mula bertekak lagi, kali ni dengan Kwang Soo pula.
Ji Hyo sudah naik pening.

"Yahh!!!! Senyap semua.. Bising.. Naik pening kepala aku ni.. Kau Jong Hyun balik la dan aku takkan terima kau balik.. Mati hidup balik pun aku taknak!!.. Baik aku balik dari tengok drama sebabak ni" Ji Hyo mula melangkah pergi, dah la naik bas hari ni menyampah betul.

Wonho mula gelisah melihat Ji Hyo berjalan laju, ishhkk dia ni.. Kenapa degil sangat. "Jong Suk, tolong setelkan alien sepet ni.. Hyung nak kejar noona".

Jong Suk mengangguk, dengan pantasnya Kwang Soo dan dia menghalang Jong Hyun dari ikut sama mengejar. Mereka berdua berdiri tegak dengan tangan disilangkan ke dada. Over betul 😕

...........

"Sayang!!!... Tunggu.. Jangan laju sangat.. Yuhuuuu.. Sayang" jerit Wonho.

Aduii kenapa la terjerit² malam ni. Malunya aku, ahh buat tak kenal je. Ji Hyo mula berjalan dengan lebih laju, mukanya ditutup dengan beg silangnya.

"Yeah got you.." Wonho sudah memeluk dari arah belakang. Ji Hyo yang terkejut terjerit kecil dan serta merta mereka berdua berdiri statik.

"Bwoo!! Shin Wonho!!!"

"Ya.. Saya sayang" Wonho sudah meletakkan dagunya di atas bahu Ji Hyo pelukannya dieratkan. Rindu betul.

"Lepas laa.. Ishkk orang tengok la.. Malu tau tak" Ji Hyo mula mahu merenggangkan pelukan Wonho.

Sweet Talker ♥ Complete ♥Where stories live. Discover now