Sweet - Talker - The Day - i

2.6K 212 60
                                    

"Je ne reux pas vivire sans toi - I can't live without you"

Kediaman Song

"Song Ji Hyo.. Palli... Jangan buat perangai boleh tak? Omma ada banyak kerja nak buat lagi ni.." Omma Song menarik lembut tangan anak daranya.

"Ishhkk.. Kan Hyo dah kata.. Tak kisah pun baju apa.. Ikut suka hati omma la nak pilih macam mana.. Hyo dah ikutkan pilihan omma.. " Ji Hyo sudah menghentak kakinya tanda protes.

Omma Song sudah naik pening tengok perangai anaknya yang sorang ni. Nasib anak sendiri, kalau anak orang lain ni memang kena smack down dah.

"Omma pilih je la.. Kan pilihan omma dan appa pilihan terbaik.. Hyo nak tidur" terus saja Ji Hyo berlari ke biliknya.

Appa Song yang baru keluar dari dapur memandang Omma Song. "Dah kenapa awak ni? Terkulat² kat sini.. Bukan kata nak pergi amik baju pengantin ke?".

"Ishkk ni semua awak punya pasal la.. Tengok yang kat atas tu merajuk.. Saya tak kira.. Awak pujuk dia balik.. Saya pergi dulu.. Ingat pujuk dia.. Kalau tak tidur luar malam ni" Omma Song sudah mengambil beg tangannya dan berlalu keluar.

"Aishh macam mana nak pujuk ni.. Ni ikut perangai ayah la ni.. Sikit² nak merajuk" omel Appa Song.

"Huh.. Kaki mengumpat jugak kamu ni" sergah harabeoji dari belakang.

"Wargghhhhh.. Ayah bila sampai.. Tadi bukan keluar dengan Il Guk ke?" Soal Appa Song, tangannya memegang dada. Kus semangat, terkejut.

"Dua tahun yang lepas, dah tepi.. Ayah nak jumpa Hyo.. Ni kamu jangan lupa jemput ayah kamu tu.. Biarpun dia musuh mesra ayah, dia antara orang penting untuk majlis ni.." Harabeoji mula ke tingkat atas.

Appa Song sudah menepuk dahinya. Macam mana aku boleh lupa ayah aku sendiri ni.

°°°°°°°°°°°°°°°

"Hyo sayang.. Yuhuuu.. Harabeoji masuk ni" harabeoji memulas tombol pintu bilik Ji Hyo. Nasib tak kunci, kalau tak mahu kena melalak panggil cucu kesayangan buka pintu bilik.

"Laaa... Tidur rupanya.." Perlahan² harabeoji duduk dibirai katil. Diusap lembut kepala Ji Hyo dan kemudiannya tersenyum.

"Semuanya akan bertambah baik ya sayang.. Sayang cucu harabeoji ni" ucap harabeoji lagi dan berlalu keluar.

Perlahan² Ji Hyo membuka matanya. "Semuanya akan bertambah baik? Apa yang baik? Aku tak kenal pun siapa lelaki tu.. Aku tak cintakan dia pun.. Kalau aku lari? Bolehkan?" Omel Ji Hyo yang sudah pun terduduk.

"Kamu jangan pernah fikirkan menda tu sekalipun.. Appa dah pegangkan passport kamu, kunci kereta kamu.. Lagi dua hari kamu tu nak kahwin.. Jangan nak buat perangai" Appa Song mula bersuara dari muka pintu bilik yang dibuka separuh.

Ji Hyo hanya mencebik. Cepat je sorokkan aku punya passport, tak apa.. Nanti lepas majlis tu, aku lari.

•••••••••••••••••••

Gereja

Hari² yang ditunggukan telah tiba, yang menunggu pastinya sang pengantin lelaki dan seluruh ahli keluarga. Bagi Ji Hyo ini adalah hari pengebumiannya.

Sweet Talker ♥ Complete ♥Where stories live. Discover now